~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Showing posts with label pautan. Show all posts
Showing posts with label pautan. Show all posts

Kahwin oh!! Kahwin (kenapa aku tak kahwin2 lg?)

Kontest Istimewa ar-rifke : Kahwin oh!! Kahwin | Jom Sertai untuk Hadiah LUMAYAN!
Tarikh Mula: 3/5/2011
Tarikh Tamat: 3/8/2011
Tempoh : 2 bulan
PERINGATAN: Anda Yang Tidak Kahwin Pun Boleh Join!! Just Write it out…

5 Kategori Hadiah Kontest Kahwin Oh!! Kahwin
1) Hadiah Utama : Sebuah alquran digital – infonya boleh didapati di alqurandigital2u.com + 3 keping Dirham Kelantan!!
2) Hadiah Top Refferer : 3 keping Dirham Kelantan.
3) Hadiah Top Commentator: 3 keping Dirham Kelantan.
4) Hadiah Top SERPs: 3 keping Dirham Kelantan.
5) Hadiah Gambar Kahwin Terbaik : 3 keping Dirham Kelantan.

 persoalan kenapa aku tak kahwin-kahwin lagi

malu pulak nak cakap..nampak macam gatal sangat nak kahwin. hehe.. takda la, saja ikut contest ar rifke ni cam best lak. kalau menang lagi best. Insyaallah. persoalan kenapa aku tak kahwin lagi akan terjawab selepas ini (ceh, buat iklan la konon) ok2..  kalau ikutkan, jawapan dari mulut aku ada macam-macam sebab.

1. aku masih muda - muda lah konon, orang dulu2 pun kahwin muda gak. hmm..mesti jawapan dulu & sekarang tak sama...^_^
2. boipren lom jumpa - pengakuan ikhlas. yelah..aku pun tak tau dimana mana lah dirinya
3. aku mau capai impian aku dulu - bagus ni anak, bercita-cita tinggi. insyaallah.
4. kakak + abang ramai lom kahwin lagi - malu lah aku, tetiba anak bongsu ni langkah bendul
5. bapak aku takkan izinkan  - ni anggapan saja...mustahil gak dia x izinkan. jadi andartu kang anak dia.
6. tambah ilmu dulu - semua perlu pengetahuan, apatah lagi ilmu alam rumah tangga..manusia ni kan banyak kekurangan, kawin main2 saja. nauzubillah takut mahligai yang dibina tak berkekalan.

cukuplah 6 alasan tu..disebalik semua sebab-sebab tersebut hanya SATU alasan kukuh yang SHOHIH + BENAR dan MUKTAMAD kenapa aku, kau dan dia tak kahwin-kahwin lagi? sebabnya jodoh kita belum sampai. telah tertulis di Luh MahfuzNya takdir buat kita, siapa pasangan kita..? semua ketentuan Allah yang esa. usaha memang perlu ada tapi andai sudah berusaha takda jodoh lagi..menantilah dengan sabar. Insyaallah, kalau bukan didunia..di Akhirat kan tercipta yang terbaik buat kita.

sebelum tu aku share link nota dekat korang Jawapan dari Allah kenapa aku tak kahwin-kahwin lagi? (sini) baca jangan tak baca. (^_^)
Allah swt, Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang tidak akan menyalahi janji-janji NYA. yakini lah DIA. Insyaallah..


meski aku belum lalui alam perkahwinan tapi aku teruja jugak mau tahu segala proses persiapan dalam memastikan mahligai perkahwinan yang dirancang teratur dan terlaksana dengan baik berdasarkan apa yang kita impikan. jadi sesapa yang berkenan hendak melangsungkan perkahwinan dan masih tercari-cari bantuan segala macam cara dalam Persediaan perkahwinan  boleh layari webside ni Mykahwin.my anda akan dapati kelebihan My.Kahwin kerana ia adalah sebuah direktori perkahwinan terbaik dan menyenaraikan segala keperluan seperti:
 selain daripada itu ada iklan prkhidmatan atau barang majlis perkahwinan boleh anda dapati dengan  hanya layari website Itradezone. Ianya merupakan sebuah laman web beriklan dan mencari barang secara percuma oleh anak Malaysia untuk rakyat Malaysia.
di Itradezone juga anda boleh mengiklankan pelbagai iklan segala barang2 atau peralatan perkahwinan yang tidak dipakai lagi untuk disewakan atau dijualkan kepada orang lain.

semestinya bermanfaat. (^_^)



okey lah, finally Allah SAW sangat mencintai orang yang ingin mendirikan masjid. dirikanlah perkahwinanmu mengikut sunnah Nabi.

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu....Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka.." (24:32)

Onak duri kehidupan itu pasti akan lebih terasa selepas berada di dalam alam perkahwinan. Sabar, tabah dan keimanan yang tinggi perlu di terapkan dalam jiwa agar perkahwinan yang dibina itu tidak berakhir dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Selepas berkahwin, pasangan perlulah membimbing antara satu sama lain agar dapat mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T.
semoga perkahwinan yang dibina berkekalan dalam bersama melayari kebahagian dunia dan akhirat selamanya. amin ya rabbal alamin..


promosi hari raya (tipu)

sempena hari raya yg bakal menjelma, teringin lak buat promosi...mesti korang fikir aku mau promosi kain langsir atau kain2 baju kurung atau jugak sarung2 kusyen.. haish, xdala.. sebenarnya aku mau promosi blog2 yg sering aku intai dalam diam (bkn dalam diam aku mencintaimu lak)..hii... hm..tapi apa kena mengena ngan hari raya lak??..puasa pun belum.. hehe..saja lah tue....

ok lah, orang selalu promosi blog yang hebat2 dengan macam2 isi kandungannya. memang entry yang dibuat pun top2 dapat komen 20 keatas. pasal pengikut lak, xyah sebut..gerun jugak tengok ribu-ribu pengikut camtu. memang hebat dan rajin tuan blog tu...syabas mere bete.  tapi blog2 yang aku akan senaraikan ni pulak adalah blog2 yang baru dicipta atau baru dibikin lar, cam blog nada-nada ni jugak..memandai ja aku. sebenarnya aku rasa dorang da lama buat blog ni mungkin jarang diupdate kan...? masing2 punya kesibukan sendiri.. tapi pehal pulak aku yang menyibukkan diri buat promosi blog dorang?...hehe..(buat baik), (xda idea post entry) atau..(suka-suka). jawapannya (no komen). jangan risau aku yakin takkan dikenakan tindakan oleh tuan2 blog yang sesuka hati aku promosikan..

ok kita bermula dengan blog RATU ni, (link)
 mesti korang nmpak sapa first2 follower blog ni.. yes I'am... hehehe,
aku bukan mau kritik, just bagi tengok...dalam komentar pun ada nama aku jugak. (bangga).. yelah tu.. aku selalu intai2 tengok gambar2 alam sekitar yang ada. ni mestipemiliknya minat jadi ahli photography.. lagi satu, tuan blog ni asal daerah aku  tengok loghat dan hasil tangkapan(gambar)..cam kenal la.


ok second time,. perkenalkan blog Rostini  (link)
blog ni baru dibuat 2 hari lalu.. percaya x? yelah aku tau sebab pemiliknya ada hantar link dekat shoutbox dengan mesej (tini kembali..) bila aku klik masuk, memang baru dibuat waktu tu blog sedang diupgradekan <--cantik bahasa. skrg bila da tgok balik, terkejut pula da banyak perubahan. memang rajin sangat la beliau. ops lupa gitau, dulu pemilik blog ni ada blog tapi da dipadam (link) xtau apa sebab tapi da ada pengganti..yeah.



ok yang ke-3, hihi blog cik Nabil (link)
hah, blog ni pulak memang setiap hari aku masuk, peminat setia jugak ni, dalam ni ada macam2 cerita. aku selalu la menyibukkan diri membaca kisah2 peribadi dia..hehe atau pengajaran kot. aku suka sebab cara penulis ni meluahkan hasil tulisannya rasa terkena dihati. x caya..try masuk dan follow sekali yea...


blog pilihan ke-4 , pemiliknya cik Zanna (link)
blog yang ni pulak hampir keseluruhan entry dalam tu bagi pendedahan tentang keunikan sabah. yes..tempat kelahiran aku jugak..hihi. so sapa2 yang teringin mau tau lebih lanjut pasal sabah, tradisi, makanan dan sebagainya..bolehlah intai2 blog ni. yang bestnya tuan blog ni bestpren aku (suka promosi)..hihi.
best sambil layan lagu memories of life.




blog pilihan ke-5, milik cik yanti klik (link)
blog yang ni pula memaparkan beberapa puisi menarik yang cukup membuat diriku seperti diawang2an..hehe. mesti tuan blog ni minat berpuisi.. so sesapa yang minat berkarya seni..sila-sila buat kawan. gerenti x sombong punya.





blog sabah (link)
ni sebagai bonus..hehe. saja bagi tengok perkembangan negeri di bawah bayu ni.








mesti korang tertanya2, apa tujuan aku buat post promosi camni.??... xda niat, just suka2 mengeratkan silaturrahim..hehe..lagipun, memang niat mau bantu diorang tambah kwn..hehehe

sebenarnya ada banyak blog yang aku mau share, blog2 yang aku terjumpa secara sengaja atau tak terutama blog kawan2 yang telah memfollowkan blog mereka dengan blog nada-nada ku ini hehe... blog yang sering jugak aku buka dan follow perkembangannya. memang payah jugak taip banyak2.. tapi aku semangat jugak ni.... OK ni senarai blog yang aku rajin sesangat masuk & baca2..hehe.. tima kaseh untuk MEREKA sbb FOLLOW N bg AKU ruang untuk timba Ilmu & pengetahuan  :-
 Hm..hanya senarai ni yang aku dapat tampal..huhu sebenarnya ada ramai lagi, sori yg x dpt dsenaraikn sekali, ramai yg  xdapat enter link blog. kalau ada kesempatan nnti aku kaji lagi kemana pergi jejak diorang tu..insyaallah pasti jumpa. sedih jugak ni ramai yang follow tp blog da x aktif.. papun, suka jenguk korang...the best la...


<-----  hmm..wait the minit, senarai blog sebelah kiri ni pun ada: tempat lepak jugak, sudi2 la lepak sekali yea..

PENCARIAN BAKAT ADIK-ADIKKU MUSIM KE-3 2011.

Program rancangan kanak-kanak “Adik-Adikku"akan meneruskan pencarian bakat pada musim ke-3 atas sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton pada musim 1 dan 2 lepas. Program bertujuan mencungkil bakat, karisma, kepimpinan dan membentuk keyakinan diri peserta anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

bawalah anak-anak atau adik-adik g ujibakat.. insyaallah yang berkebolehan berpidato, bacaan Al Quran, syair, azan, nasyid, bertarannum, berzanji dsbg. sesungguhnya mereka lah permata Ummah.
layari laman web JAKIM http://www.islam.gov.my/ujibakat-adik-adikku-musim-ke-3-2011 
untuk maklumat jadual ujibakat dan syarat-syarat penyertaan.

santapan anda..saksikan juara adik adikku musim ke-2 adik munir


biar besar jiwa jangan besar kepala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...