~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sambut hari lahir ikut kalendar islam

✿¸.•••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤•❤¸.

Mari kita mulakan sambut hari lahir ikut kalendar islam


~Share
Apa rasionalnya sambut hari lahir ikut kalender hijrah ni? Sebelum tu aku nak tegaskan definasi sambut hari lahir bagi aku sendiri. Aku ni bukan type orang yang beli kek, tiup lilin, suruh sahabat handai beri hadiah dan sebagainya ketika menyambut hari lahir. Pada aku sambut hari lahir hanyalah mengingati hari kelahiran kita dan menyedari bertambahnya usia kita dan mensyukuri segala masa yang Allah dah berikan kepada kita selama ini. That's it. Dan amalam meniup lilin di atas kek itu sendiri sangatlah aku tentang kerana ia menyerupai amalam kaum majusi yang menyembah api.

Apa rasionalnya sambut hari lahir ikut kalender hijrah ni? Saja. Kita sendiri tak pernah sambut Maulidur Rasul pada setiap 20hb April kan? Sebaliknya kita sambut pada setiap 12 Rabiulawal. Kedua, kalau kita sambut hari kelahiran kita ikut kalender hijrah, beerti setiap tahun hari lahir kita pada hari yang berbeza jika dibandingkan dengan kalender masehi. Ketiga, aku rasa sebagai orang Islam, maka wajarlah kita memartabatkan kalender hijrah lebih dari kalender masehi paling tidak untuk hal-hal yang bersangkutan dengan diri kita sendiri. Sambut puasa ikut bulan Islam, sambut raya ikut bulan Islam, buat haji ikut bulan Islam, jadi kan cantik kalau hari lahir pun sambut ikut bulan Islam?

So mula-mula kita kena convertkan tarikh lahir kita ke tarikh mengikut kalendar Hijrah. Boleh gunakan converter di sini.



Sebagai contoh, jika anda lahir pada 8 OCT 1990 maka the conversion result is (Gregorian to Hijri): Monday 19 Raby` al-awal 1411 A.H.

Kemudian convertkan semula tarikh tersebut ke kalendar masehi mengikut tahun hijrah tahun ini (2012) iaitu 1433 Hijrah. (Hijri to Gregorian) 

masukkan seperti :19 / Raby` al-awal / 1433


The conversion result is:  Saturday 11 February 2012 C.E.  hari lahir pada 08 Oktober 1990, tahun ni ia jatuh pada 11 febuari lak. Dan untuk tahun-tahun seterusnya pun sentiasa bertukar.

Contoh tahun mendatang, bagi
"19 Raby` al-awal 1411 A.H."
-Thursday 31 January 2013
-Monday 20 January 2014
-Saturday 10 January 2015


p/s: -Birthday kita untuk orang lain ingat, atau untuk kita sendiri ingat?

p/s lagi: -Tahukah yang umur anda dalam pengiraan tahun masehi tidak semestinya sama dengan usia anda sekiranya dikira mengikut tahun hijrah?

p/s sekali lagi: -contoh tarikh lahir tu, tuan empunya blog yang punya..hihi.disebabkan untuk tahun ni dah berlalu awal bulan februari..belum terlambat rasanya nak ucap buat diri "semoga umur yang dipanjangkan ini dipenuhi dengan bekalan-bekalan yang cukup untuk menemuiMU kelak ya RABB''

4 komen disini:

teha said... [reply]

bday kite paling penting , kite yg ingt kan.. hehe :)

anahiettah afibs said... [reply]

betul3...hihi. tp mslh sy ni, kdg2 terlupa jugak..

Mihrab Cintaku... said... [reply]

hehe..knala bg cntoh bday sndiri..aq skong 100% hehhe..luv u frend

anahiettah afibs said... [reply]

love u too...hehe..

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...