~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Showing posts with label keluargaku. Show all posts
Showing posts with label keluargaku. Show all posts

malam yang sangat misteri



(amaran: kisah benar yang aku benarkan untuk di share. diharap pembaca faham & tenang dengan ayat2 metafora berpaksikan genre seram ini) kepada yang lemah semangat diminta stop membaca sekarang.


dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim....


keDip kedup kedip.. kedup, aku meneruskan jahitan tali sarung bantalku, sudah berapa kali sarungnya terlucut saat tengkuk ini melabuhkan dirinya. Aku Memandu Orlando Mesin jahit kaki cap Butterfly yang agak bingit  bunyinya.  kedup kedup gedup gedup……ged…..   


 tiba2 iramanya bertukar


te de deng deng te de deng deng 


irama (Nokia tune) mengejutkanku, nada bunyi nya lebih kuat dari bunyi mesin tu.. aku dah mula risau, takut takut terbangun orang rumah, sudahlah aku overtime buat bising memalam buta, tak pasal2 dituduh bergayut pulak.




Tiba-tiba


11:59pm       :- terima satu panggilan yang kubiarkan ia berdering agak lama. Agak misteri serak2 basah suara perempuannya. Berkerut dahiku mendengar dia menyanyi sebuah lagu yang  tidak kufahami. dengan ribuan soalan di minda , aku cuba menyedarkan diri dari lamunan. Oh tidak……suara itu… lagu itu….??




Berdiri bulu romaku, lantas aku memandang tepat kearah jam dinding  


‘ tengah malam!’
Berdebar hatiku “biar betul…..?” berlari aku memasuki kamar meninggalkan jahitanku


12:04am        :-saat aku duduk menyandar di hujung katil sambil membelek2 fon murahku, muncul sebuah pesanan di skrin. Terbeliak mataku. ayat yang sama seperti yang baru ku dengar dari pemanggil misteri tadi.


 “kebetulan atau…….?”


Titt..tett


12:05am        :-satu lagi pesanan ringkas dalam bahasa inggeris. ayat yang membawa maksud sama.. Ah! Mustahil ini dari pemanggil tadi, sebab nombor pengirimnya berbeza dan memang jauh berbeza. rasanya ni bukan nombor Malaysia.
Ya Allah.. siapa dia & dari mana??


12:07am       :-sekali lagi pesanan masuk kuterima, juga dari pengirim yang berbeza. Terkeliru aku seketika, aku cuba membalas pesanan tadi dengan harapan ingin tahu tetapi…..  “aik..sending fail pulak, aku cuba lagi tapi masih gagal. Hm..line takda..kosong”


Titt..tett


Eh! Pesanan dari pemanggil yang tadi tu.. 
 pelik…pelik…… macamana boleh sampai sedangkan line tiada? Makin seram aku rasa..


12:27am    :-sekali lagi aku dapat panggilan. assalamualaikum… suara perempuan yang tak berapa jelas di talian.  Kruk kruk krukkk…”hello hello”… kabur tersekat-sekat.. krukk krukk “tak berapa jelaslah..yeaa kenapa?”




“Allah selamatkan kamu….!”


 Ah...Ni kali suara lelaki, aku mengurut dadaku. Eh! lelaki..Terkejut dan terasa gementar sekali aku mendengar suaranya. “hello..ya..ya…’’ aku cuba memanggilnya kerana tidak begitu jelas dengan apa yang cuba dia katakan.


Talian dimatikan.


Hm?...????????????????????????????????????....


Apa ni?
 Apa sudah jadi?
 semua orang jadi pelik….!!




aku tak dapat tidur …ya Allah!... Dalam kebingungan sendiri ku capai laptop kakak yang masih tersambung line internet Broadbandnya. Pantas ku masukkan email pada laman sosial yang popular tu.


Apa? What? Kyaaaa!?....




Apa dah jadi ngan semua orang ni??... wall FB ku dipenuhi dengan kiriman rakan dengan ayat-ayat  serupa membawa maksud yang sama.




oh tidak.....tidakkk.........




aku...aku.. 


aku...........aku sebenarnya tak lupa, cuma tak berapa nak ingat waktu sekarang usia ku da berganjak ke angka seterusnya. tott.. patutlah semua kawan dok ucap ayat Selamat...hari lahir. 
eleh! buat2 lupa la tu..kan kawan karib ana da bagitau banyak kali. apa boleh buat lah kan, nama pun da tua.. tua? mana adaa....


buang masa betul la..penat baca, ingatkan misteri mana sangatlah cerita dia ni.
anahiettah buat story seram? selalu bagi tazkirah ngan nota2 penuh keinsafan, nah..hilang identiti diri la tu...


seram ka?...
perasaan aku jak kan buat cerita seram, bila tengok muka korang berkedut heran baca entry ni aku rasa mau tergelak pulak...comel muka korang camtu... nah..nah.. tengah senyum lak sekarang, haishh...manis...


yelahh...aku akan mengendingkan story tak menarik ini dengan ucapan berbanyak2 thank you so much! pada doa, ingatan serta ucapan ulangtahun buatku.


terutama buat afibs yang mendahului rangking ucapan terawal 2011 pesanan, panggilan serta lagu birthday, terharu sangat2..sanggup tak tidur kan? hihi:
1. NABIL
 2. ZANA
3. IMAH
comel bah kawan2 ku ini.
buat kak NORMIE ( I know meseg itu darimu)
keluarga Zana yang turut wish, beserta encik madan yang turut menyumbang lagu Allah selamatkan kamu...


buat encik2 dan cik2 pesbuk.. yang berusaha memenuhi wall fb ku
ngan ucapan beserta doa.. sgt2 menghargai dirimu :)
happening betul...

syukran! tima kaceyy..


ayat-ayat drama yang cuba aku tonjolkan, hanya satu tindakbalas untuk mencari keunikan cara menunjukkan rasa terharu yang amat buat insan-insan yang telah menggembirakan hari2 aku. 
buat sahabat yang aku cintai ngan akak nor terima kasih sangat2 ngan birthday party, hadiah & kad ucapan. ingatan aku didalam doamu sudah cukup bermakna buatku.

dikalangan Insan2 ini, ada ucapan dari seseorang yang kunanti setiap tahun. kali ini awal pagi dia membuka pintu bilikku dan mengejutkanku "ita! selamat hari jadi..semoga panjang umur, murah rezeki. dan dapat keja cepat2, bagus2.." insan itu adalah. mama.. semoga tahun2 mendatang buatku masih ada lagi ucapan dan doa darinya. amin...


p/s : anahiettah takkan buat cerita seram, dia tak berminat untuk menakutkan diri atau sesiapa kerana sesungguhnya tiada siapa yang lebih berkuasa melainkan Allah, dan hanya Dia yang perlu kita takutkan. Allahuam, semoga kita senantiasa dilindungi & mendapat rahmat serta keredhaannya. amin ya rabb

apa ada di kota belud?


ada pokok,
ada rumah, ada batu, tanah, dengan udara yang sama.. apa bezanya dengan tempat lain?  kalau pasal bangunan, ada lah... tapi tak setinggi KLCC atau menara PWTC Amerika yang dilanggar habuk. (habuk?) hehe..anak buah gelar kapal terbang tu habuk.. ntah sapa la ajar budak ni.

Pasal binatang atau haiwan2 lak, of course ada...mustahil kota zoo ni tiada binatang. Sepanjang perjalanan mesti nampak hewan2 peliharaan ada disana sini. lembu, kambing, kucing, anjing serta golongan2 berbisa yang amat digeruni.. jalan raya tu macam rumah kedua mereka, jangan heran..sungguh jinak-jinak belaka. jangan pulak korang tanya Dinosour, ada nanti kena ketuk ni.. heee

berbalik kepada tajuk utama. apa ada di kota belud?.. bertanda soal pulak tu, takpa la..aku soal, aku jawab sendiri. sekali sekala buang tebiat.

disebabkan aku sendiri sebagai pemilik blog ni berasal dari Kota belud, jadi dengan rasa bangga nya aku mau perkenalkan daerah tercintaku ini. (semangat, ala2 YB berucap)

macam tidak ngam pulak tajuk tu. kalau soalan apa yang ada, mestilah macam2 ada,..kalau diceritakan memang takkan habis. jadi aku ambil kesimpulan dengan mengubah tajuknya "apa yang best dekat kota belud"
best atau tidak, tengok jelah apa yang best.....
jom lihat satu persatu.

1. budaya
di daerah Kota Belud, mempunyai pelbagai keunikan budaya disebabkan kepelbagaian kaum yang ada. contoh suku kaum bumiputera seperti kaum Dusun, Bajau, Irranun, Murut serta Sungai. Hanya sebilangan suku kaum kantonis dan hindu. dalam kategori kaum ni ada yang beragama Islam dan ada beragama Kristian. masing-msing mempunyai perbezaan bahasa dan budaya. perbezaan ini bukan menjadi halangan dalam penyatuan negara merdeka. masih ingat lagi konsep pembinaan negara yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w.? hah, tu sejarah penting tu...mesti ingat & tau


2. makanan & alatan
bila budaya, serta bahasa lain-lain. semestinya juga wujud kepelbagaian dari segi makanan dan alatan hasil ciptaan tangan manusia. sebut pasal makanan, memang banyak kuih2 tradisional yang ada. carik saja dekat tamu atau pasar, jangan risau semestinya HALAL. dekat kota belud, jualan daging2 atau makanan yang TIDAK halal tidak akan dijual secara terbuka samaada di pasar-pasar yang berdekatan berbanding ditempat lain.  kecualilah dekat restoran2 yang diusahakan oleh pemilik yang bukan muslim. antara kuih tradisional yang paling popular dekat sini ialah:
kuih penjaram!!
KUIH PENJARAM
boleh didapati dalam macam2 perasa. manis2 sedap... ada banyak lagi tapi tu saja yang aku mau bagi tengok..






3. Tamu besar- Ini merupakan tarikan utama pengunjung luar untuk datang ke Kota belud. tamu besar ini merupakan tamu terbesar yang ada di Malaysia. mau tau macamana besarnya, datang la ya...welkem2. cuma event ni setahun sekali saja.. ni antara gambar2 yang terjumpa dalam google..yelah tue
puteri2 bajau
parang
kraftangan
kuih tradisional

4. Cowboy of kota belud - Abang2 panglima berkuda ni popular di seluruh dunia dengan gelaran 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. 
ni yang bestnya, apa-apapun perayaan seperti majlis perkahwinan, aktiviti sambutan yang melibatkan kedatangan pengunjung akan diadakan perarakan berkuda yang lengkap dengan perhiasan bajunya.
ni contoh perarakan dari pihak pengantin lelaki

ada berani ka

semangat negaraku
warna warni kota belud 
cukuplah ni saja yang dapat aku rungkaikan tentang ke'best'an yang ada di kota belud. korang jangan cakap xbest lak.. jagalah hatiku walau sedikit..he2.
 kesimpulannya, kena ada peribahasa ni. ''dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung'', yang penting? jangan lupa diri..


"Bertahajjud menyerikan wajah, bersyukur membajai barokah, bermuhasabah mencetus hikmah, bertawakkal membuahkan pasrah, bersaudara menyemai ukhwah kerana Allah" 


p/s: lupa pulak bagi tau tempat2 menarik yang ada di kota belud, takpa la..nanti bila dah ingat aku bagitau 
~jangan berkerut~

best jadi budak kampung...

google search image
ya..aku budak kampung! cubalah...
 kalau kau rasa tinggal dekat kampung,
gerenti kau tak mau pulang lagi ke dunia metro kau yang penuh sesak tu..
aku rasa aku tak boleh bernafas dalam keriuhan kota engkau,
dada aku sesak! sana sini aku tengok orang asyik berlumba-lumba..
entah apa yang dikejar mereka?.. bukan saja menunjukkan kehebatan berlumba dijalan raya,
tapi semua benda tak mau ketinggalan.
mau kejar masa, harta, pangkat, nama...kuasa?...
mungkin..

tapi apa yang aku mau cerita ni pasal kampung jelah..yang aku bangga sangat lahir dekat kampung, macam kumpulan kecik cakap "asal dari kampung!''.. -eh tau pulak aku..hehe
ikan jalak. banyak dkat sawah tau.. (google search)

orang cakap, zaman sudah berubah. memang berubah pun..suasana kampung sekarang tak semeriah dahulu. tapi tetap saja, wherever U go 0_o, U menetap dekat over sea atau bandar-bandar metropulus kah... semestinya ''kampung halaman tetap dihati" kalau boleh si perantau-perantau kota teringin sangat jenguk kampung mereka hari-hari, yelah mau tunggu ''bila tiba hari raya'' lama tu.. setahun sekali, panjang umur murah rezeki.. Insyaallah...

google search image
mungkin apa yang terbayang diruang mata mereka tentang kampung halaman pastinya serupa dengan apa yang aku bayangkan dan rindui selalu..hehehe. seperti zaman kanak-kanak..bermain dan berlari-lari di tengah sawah. berpanas berhujan masuk lopak mandi lumpur..huhu. main panjat-panjat pokok, sembunyi-sembunyi. mandi sungai, ikut bapa pergi tangkap ikan, tolong mama buat batas tanam sayur, masuk hutan ikut abang lastik burung, subuh-subuh ikut kakak mandi dekat perigi.. memancing ikan..
so much memory!, banyak sekali...memang panjang kalau dsenaraikan. 

kenangan dalam susah senang yg dirasa..itulah yang sebenarnya 'mendewasakan'..walaupun dekat kampung tidaklah perfect sangat, pergi sekolah jalan kaki dengan kasut koyak-koyak, baju kusut masai, pegi sekolah rambut licin (bubuh minyak masak),tak macam sekarang macam-macam jenama minyak rambut ada (tapi memang rugi la budak-budak sekarang ni, terutama anak-anak bandar tu..mereka tak pernah merasa akan kegersangan dunia kampung @ desa ni..hehe).. walaupun dalam serba kekurangan, jauh sekali mengeluh tentang hidup..


disini rentetan kisahku bermula
aku belajar menjadi dewasa
disini jiwaku bersemadi
dengan rotan ayahnda, 
dgn leteran ibunda
tapi itu lah yang membuatkan aku menjadi manusia


my team yang hebat..

bercerita pasal my team, mesti aku teringat pasal keluarga aku.. aku lahir dalam keluarga yang besar, 13 orang kami adik beradik. boleh buat team bola sepak, siap dengan pemain simpanan dan kumpulan penyorak, ditambah lagi dengan anak2 sedara, anak2 sepupu & anak2 jiran..hehe.
lagi best 'bila tiba hari raya, semua insan bergembira~.. bila semua balik kampung, suasananya sangat meriah, biar terpaksa berhimpit tidur atau berebut2 guna tandas tapi itu lah kenangan yang buat kami bertambah erat. kadang program kekeluargaan yang dirancang menambahkan ingatan & mengeratkan hubungan..x kisah la, bercuti atau jalan2 cari makan ataupun berkelah dihalaman rumah. aku ingat lagi, masa x jadi pergi pantai..punyalah aku & adik2 sedih x dpt jalan..last2, kakak aku bentangkan tikar di tengah2 rumah dengan bekalan yang lengkap seperti berkelah..lalu dia suruh kami bayangkan sedang berkelah ditepi pantai..menukar semua suasana seperti dinding menjadi pokok2 ru serta pantai yang indah.. itu sudah menjadi satu memori buat aku dan adik2. tetap sahaja itu menjadi memori indah, asal dapat bersama mereka. Anugerah tuhan yang buat aku amat berbangga memiliki mereka.
disebabkan aku terbiasa dengan keriuhan seperti ini membuatkan aku benci kepada kesunyian...bila ada majlis2 penting atau hari raya, kepulangan mereka lah yang dinanti, tapi bila habis cuti sekaligus terus pergi.memang terasa sangat kesunyian itu. hampir setiap kali mereka pergi balik, mesti aku menangis..mungkin mereka tidak pernah melihat aku menangis kerana aku akan cuba menyembunyikan diri..seperti bait-bait lirik lagu dari Dato ct, aku cuba menginteprestasi kan jiwaku..hehe.




apapun yang terjadi
berjalanlah tanpa henti
air mata tertahan 
waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang bererti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti..''


ahli keluarga yang lain masing2 bekerja & punyai keluarga sendiri, memang susah sekali semua dapat berkumpul bersama. tapi apa boleh buat, sudah lumrah kehidupan manusia. tak selamanya orang yang dekat dengan kita, ada buat kita tapi perpisahan itu lah yang sebenarnya menambah dalamnya hubungan bila didalam ingatan ini sentiasa ada untuk merindui mereka.


bak kata Al-Ghazali- "Ukhwah itu bukan pada pertemuan, atau manisnya ucapan dibibir tetapi ingatan saudaranya didalam doanya''






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...