~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Showing posts with label program. Show all posts
Showing posts with label program. Show all posts

Saleum ost ketika cinta bertasbih


Mendengar rakan menyebut tentang Ketika Cinta Bertasbih (filem terlaris Indonesia tu). Aku teringat yang aku pernah tercari-cari sebuah lagu berbahasa 'jawa'/Acheh sewaktu ketika cinta bertasbih (1) yang dinyanyikan oleh Fadhil (sahabat Khairul Azzam) diwaktu scene  majlis perkahwinan teman wanitanya


Sukar rasanya mencari tajuk mahupun lirik sebuah lagu yang diguna pakai sebagai Original Soundtrack (OST) dalam sesebuah filem mahupun drama. Apalagi bila tajuk lagunya atau lagu itu sendiri tiada dalam senarai OST rasmi filem tersebut.


Macam-macam keyword try search akhirnya barulah jumpa lirik lagu tu. Dan ku temui sumbernya dari :-http://eddie.bumicyber.com


aku saja mau cari apa maksud dia..sebab, part ni lah paling menyayat hati aku rasa. hehe.


(lirik beserta maksudnya


Salamu’alaikom warahmatullah

Jaroe dua blah ateuh jeumala
Kedua belah tangan di atas jemala

Jaroe lon siploh di ateuh ule
sepuluh tanganku ini di atas kepala

Meuah lon lake bak kawom dumna
Mohon maaf kuhulurkan kepada semuanya

Jaroe lon siploh di ateuh ubon
Sepuluh tanganku ini diatas ubun

Salamu’alaikom lon tegur sapa
Salam alaikum, ku tegur sapa..

Jaroe lon siploh beu ot sikureng
Jari tanganku yang sepuluh kuangkat sembilan

Syarat ulon khen tanda mulia
Sebagai syarat, tanda mulia

Jaroe sikureng lon beu ot lapan
Jari sembilan kuangkat lapan

Geunan to timphan ngon aso kaya
Ganti timphan dengan isi srikaya

Jaroe lon lapan lon beuot tujoh
Jari tanganku yang lapan kuangkat tujuh

Ranup lam bungkoh lon jok keu gata
Sirih dalam bungkus ku serahkan pada tuan



Biarpun cerita ni sudah lama disiarkan, tapi masih belum terlambat rasanya aku mahu komen..hihi

kalau hendak diceritakan plot keseluruhan jalan cerita filem ni memang meninggalkan kesan bukan sekadar  pencarian cinta dan jodoh yang mencetus emosi semata-mata, tapi bagaimana usaha dan perjuangan akhirnya membuahkan hasil selagi tetap teguh berpedoman kepada ajaran agama.

dan apa yang membuatkannya lebih menarik,

Ia sarat dengan pengajaran-pengajaran yang sungguh bererti, dibentangkan dalam bentuk yang sangat kreatif.   penggunaan konsepnya yang  menepati piawaian Islam dan bebas dari unsur Ikhtilat yang melampaui batas.
even satu babak tentang 'berpegangan tangan' pun tidak ditonjolkan meski didalam cerita adalah sepasang suami Isteri atau adik-beradik.

macamana dengan cerita Islamik dalam drama tempatan kita?
itu cuma buat orang berkerut dan tertanya-tanya, "diorang ni bersentuhan, suami isteri ka?",
''tudung kejap pakai, kejap buka" sampai kadang-kadang persoalan ini buat kita lupa pada mesej yang ingin disampaikan dari cerita.

sekadar luahan pandangan hamba...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

imam muda baru

semalam 1 Julai 2011 bersamaan 29 Rejab 1432 hijrah berlangsung siaran akhir rancangan realiti tv yang berkonsepkan keislaman iaitu imam muda 2011 di astro oasis. Program anak tempatan pertama yang mencatat perhatian media antarabangsa dengan jumlah semakan di google 1.7 juta. masyaallah.
akhirnya keputusan juara memihak kepada Imam muda Hassan.
MOHD HASSAN ADLI BIN YAHAYA @ YAHUZA
anak kelahiran Ayer Tawar Perak (org kg encik fy ah..hehe) teman sungguh bangga dengan kome... tahniah kepada imam muda, sememangnya bakat dan karisma yang dimiliki melayakkan beliau mengengam gelaran juara imam muda terunggul 2011 selain memiliki senyuman yang manis...hihi.
sebagai Juara, imam muda membawa pulang hadiah bernilai RM350,000 termasuk biasiswa penuh (pakej platinum) selama empat tahun bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah.


tidak kurang hebatnya juga dengan naib juara Imam muda Nazrul.
NAZRUL IZWAN BIN ZOLKIFLEE
 anak kelahiran Segamat Johor yang berkerja sebagai guru besar di sekolah rendah agama rakyat Nur al-Syahadah ini turut mempunyai kebolehan dan pakej tersendiri terutama dalam kepetahannya bercakap. sebagai naib juara imam muda mendapat mebiasiswa penuh (pakej emas) di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, wang tunai RM20,000, pakej perabot tajaan Jatimas serta pakej umrah tajaan Salamfon. Serta  pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi.

tahniah & selamat maju jaya termasuk semuanya peserta program tersebut, teruskn perjuangan anda semua dalam berdakwah kepada masyarakat..andalah inspirasi dan Icon nusa dan bangsa... (^_^)


jom intai ulangtayang video kemuncak imam muda 2011.. P/s: nk dengar sound klik stop dulu lagu background dekat bwh 2,,


part 1
 

 part 2

bagi tengok pengumuman ah terus..

tahniah 

PENCARIAN BAKAT ADIK-ADIKKU MUSIM KE-3 2011.

Program rancangan kanak-kanak “Adik-Adikku"akan meneruskan pencarian bakat pada musim ke-3 atas sambutan yang sangat menggalakkan daripada penonton pada musim 1 dan 2 lepas. Program bertujuan mencungkil bakat, karisma, kepimpinan dan membentuk keyakinan diri peserta anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

bawalah anak-anak atau adik-adik g ujibakat.. insyaallah yang berkebolehan berpidato, bacaan Al Quran, syair, azan, nasyid, bertarannum, berzanji dsbg. sesungguhnya mereka lah permata Ummah.
layari laman web JAKIM http://www.islam.gov.my/ujibakat-adik-adikku-musim-ke-3-2011 
untuk maklumat jadual ujibakat dan syarat-syarat penyertaan.

santapan anda..saksikan juara adik adikku musim ke-2 adik munir


biar besar jiwa jangan besar kepala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...