~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saleum ost ketika cinta bertasbih


Mendengar rakan menyebut tentang Ketika Cinta Bertasbih (filem terlaris Indonesia tu). Aku teringat yang aku pernah tercari-cari sebuah lagu berbahasa 'jawa'/Acheh sewaktu ketika cinta bertasbih (1) yang dinyanyikan oleh Fadhil (sahabat Khairul Azzam) diwaktu scene  majlis perkahwinan teman wanitanya


Sukar rasanya mencari tajuk mahupun lirik sebuah lagu yang diguna pakai sebagai Original Soundtrack (OST) dalam sesebuah filem mahupun drama. Apalagi bila tajuk lagunya atau lagu itu sendiri tiada dalam senarai OST rasmi filem tersebut.


Macam-macam keyword try search akhirnya barulah jumpa lirik lagu tu. Dan ku temui sumbernya dari :-http://eddie.bumicyber.com


aku saja mau cari apa maksud dia..sebab, part ni lah paling menyayat hati aku rasa. hehe.


(lirik beserta maksudnya


Salamu’alaikom warahmatullah

Jaroe dua blah ateuh jeumala
Kedua belah tangan di atas jemala

Jaroe lon siploh di ateuh ule
sepuluh tanganku ini di atas kepala

Meuah lon lake bak kawom dumna
Mohon maaf kuhulurkan kepada semuanya

Jaroe lon siploh di ateuh ubon
Sepuluh tanganku ini diatas ubun

Salamu’alaikom lon tegur sapa
Salam alaikum, ku tegur sapa..

Jaroe lon siploh beu ot sikureng
Jari tanganku yang sepuluh kuangkat sembilan

Syarat ulon khen tanda mulia
Sebagai syarat, tanda mulia

Jaroe sikureng lon beu ot lapan
Jari sembilan kuangkat lapan

Geunan to timphan ngon aso kaya
Ganti timphan dengan isi srikaya

Jaroe lon lapan lon beuot tujoh
Jari tanganku yang lapan kuangkat tujuh

Ranup lam bungkoh lon jok keu gata
Sirih dalam bungkus ku serahkan pada tuan



Biarpun cerita ni sudah lama disiarkan, tapi masih belum terlambat rasanya aku mahu komen..hihi

kalau hendak diceritakan plot keseluruhan jalan cerita filem ni memang meninggalkan kesan bukan sekadar  pencarian cinta dan jodoh yang mencetus emosi semata-mata, tapi bagaimana usaha dan perjuangan akhirnya membuahkan hasil selagi tetap teguh berpedoman kepada ajaran agama.

dan apa yang membuatkannya lebih menarik,

Ia sarat dengan pengajaran-pengajaran yang sungguh bererti, dibentangkan dalam bentuk yang sangat kreatif.   penggunaan konsepnya yang  menepati piawaian Islam dan bebas dari unsur Ikhtilat yang melampaui batas.
even satu babak tentang 'berpegangan tangan' pun tidak ditonjolkan meski didalam cerita adalah sepasang suami Isteri atau adik-beradik.

macamana dengan cerita Islamik dalam drama tempatan kita?
itu cuma buat orang berkerut dan tertanya-tanya, "diorang ni bersentuhan, suami isteri ka?",
''tudung kejap pakai, kejap buka" sampai kadang-kadang persoalan ini buat kita lupa pada mesej yang ingin disampaikan dari cerita.

sekadar luahan pandangan hamba...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

2 komen disini:

Zack Hazze said... [reply]

best ke crita ni ita???
Zack x penah tgk lg...

anahiettah afibs said... [reply]

bg saya, best..
suasana nya sgt2 menarik..jln cerita like full islamic..
zack tgoklah nanti andai ada kesempatan..

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...