~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dia saja nak uji, tak payah takut!.. dia bukan Tuhan

macam kasar pula bahasa 'tajuk Utama' aku tu.. kenapa perlu ada perkataan 'takut'? dari kecil aku diasuh dengan tegas mengengam kalimah 'la ilahailallah' tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. sesungguhnya Dia adalah tuhanku yang memiliki segenap dunia maka segala rasa takutku adalah miliknya.

-Tapi siapakah dia yang hadir cuba menguasai ketakutanku itu..? Nauzubillahiminzaliq..  aku percaya kewujudannya, aku percaya dengan janji yang dilafazkannya ketika menghadap Allah swt.
 seringkali akal fikiran terpengaruh dengan benda jahat. jiwa bergolak hendak mencuba sesuatu diluar rasional fikiran. tengok televisyen dari pagi sampai malam, dengar suara azan tapi sengaja tinggalkan sembahyang. bila  ketawa dah macam pontianak gila atau kadang bila marah tak sedar dah bunuh orang. menyakiti hati orang lain menjadi kebiasaan. mencintai dunia berlebihan. kan..dah kena hasut..buat maksiat selamba. ustaz pun dituduh gila. bila nafsu Syaitan melebihi rasa takutnya pada tuhan. saat itulah kita menjadi jaguh...starring neraka jahanam. 
jadi macamana hindari hasutan2 iblis/syaitan ni?  bermula disini..


"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai" (Surah Ali Imran ayat 103)

gangguan jin.. pengalaman buatku berhadapan dengan rakan yang kerasukan dan histeria.
4 tahun lalu ketika mengikuti kursus ABIM 3 hari 4 malam, sebagai peserta kami ditempatkan di sebuah asrama. malam penghayatan seorang rakan dirasuki, kelihatan keadaannya sangat teruk..memekik dengan suara garau yang menyeramkan. terlalu agresif berlari kesana sini. mujur ketika itu ramai ustaz dan ustazah yang mengiring cuba membantu. saat terbatas ilmu keimanan, berdetik juga rasa hendak menangis kerana takut (HAA!..rasa takut ini) minta dijauhkan lah yea..adik2 kakak2.. bimbingan demi bimbingan yang diajar, dapat memberi semangat buat kami. apalagi pesan mak bapak 'sentiasalah ingat Allah walau dimana'. beramai kami membaca ayat kursy dan surah yasin. Alhamdulillah keadaan menjadi tenang, dan rakan kami beransur pulih.

beberapa hari lalu, aku baru balik dari mengikuti aktiviti pbsm cawangan Sabah selama 9 hari di Ums. ikutkan jadual kami masih mempunyai baki duty 2 hari tapi ada sebab kenapa kami perlu bergegas pulang. 3 hari terakhir adalah hari mencabar buat kami apalagi keseluruhannya peserta wanita. kali ini aku merasanya sendiri tenaga kehadiran jin yang cuba mengganggu kami. seorang rakan kami dikejarkan ke hospital kerana sesak nafas yang serius, ada yang hampir histeria & pengsan. bacaan ayat kursy yang semestinya terhafal, entah mengapa bait2 ayatnya hilang & berpusing2 diminda. (tanda Iblis & syaitan itu cuba mempengaruhi minda kita agar tersasar dari mengingat ayat2 Allah). seorang rakan kami yang mempunyai keistimewaan mampu melihat benda2 ghaib berkata mahkluk2 itu begitu banyak bergayut di penghadang atap branch. ada yang memerhati di penghujung bilik, aku masih ingat bagaimana rakan tadi meminta kami bangunkan sorang rakan yang tidur di atas katil hujung bilik itu agar berpindah tempat. melalui tiga hari terakhir dengan gangguan berturut2 memaksa kami meninggalkan asrama, apalagi salah satu penyebabnya kami kekurangan seorang ahli yang masih ditahan dihospital. tanpa diketahui mengapa jin2 itu mengganggu kami tapi yang pasti "dia saja nak uji, sebagai manusia kita tak payah takut! dia jugak mahluk ciptaan Allah, cuma bezanya  mereka adalah penghuni Neraka selamanya. sedangkan kita yang hidup masih mempunyai peluang untuk memilih Syurga terbaik selagi kita kekal beriman kepada-Nya, Allah subhana wa'taalla."



semoga kita sentiasa dilindungiNya :)
doa diampuni dosa



untuk ikhtibar bersama, dan penghayatan bersama..
klik doa untuk menjengah koleksi doa2 rutin bersama.

4 komen disini:

shalina said... [reply]

ana ! :)
bestnya entry ,
'la ilahailallah' tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. sesungguhnya Dia adalah tuhanku yang memiliki segenap dunia maka segala rasa takutku adalah miliknya. :)

*ana, thx for link tu .. baru download.nt try kat phone . senang nak dgr dan baca kat mane2 je kan :)

anahiettah afibs said... [reply]

sama2 sha... terima kasih jua atas pujiannya..hehe.. mgkin ana dpt mmbantu kwn sikit kan.. :) tq tq syukran..

shalina said... [reply]

ana sangat bagus dalam menulis .
sha tak pandai menulis seperti ana .
tu kdg2 sgt malu nak update blog sbb update yg bukan2 :(

anahiettah afibs said... [reply]

sha jgn la merendah diri..sha ok la. sha lebih byk wat entry berbanding ana.. problem ana selalu bila da buat ayat, susah nk stop. tu pasal ayat semua panjang2. rasanya org x sanggup teruskan membaca..hehe.

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...