~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

datang untuk menyapa

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat...
selamat pagi, petang, malam mahupun subuh (disebabkan aku x berapa pasti bila korang terbuka & terbaca blog ni). harap semuanya selamat la kan..? Insyaallah. papun..tengkiu tengkiu arigato. syukran ya..yang masih tak pernah lupakan aku. Mau masuk dua bulan aku tak buka blog apalagi mau mengUpdatenya, adakah aku terlampau sibuk? hehe bukan tiada masa tapi kadang2 terlupa bah.
(nah keluar sudah loghat sabahnya. 'bah' kadangkala lahir dalam perbualan masyarakat Sabah yang tidak mempunyai maksud, tetapi di dalam kamus dewan bahasa & pustaka 'bah' bermaksud 'air pasang' -ini tiada kena mengena ea)

dalam keheningan aku terlupa kepada blognadi ni, tak sangka ada jugak yang ingatkan aku, ada sahabat blog yang tertanya-tanya dan tercari-cari kemana tuan blog ni pergi. rindu lah tue? kan kan...pasaan..
gembira dihati la ni..tapi sedih jugak sebab sekarang memang jarang sekali lah aku akan dapat buka blog. itupun kali ni, aku cuma berpeluang menaip entry sapaan tanda ingatan buat anda anda andaa dan andaaaa (ala2 suara bergema). aku dekat mana sekarang? takkan dekat stadium lagi kot...? hehe..
alaa..adik tiada main bola hari ni.

ok mau bagi tazkirah sedikit ni..:-

Setiap hari kita melalui kehidupan yang sama tanpa sedar apa matlamat diri. setiap kali juga kita lupa tentang hari akhirat yang semakin dekat menghampiri. Bagi aku mengingatkan seseorang itu lebih mudah dari mengingatkan diri sendiri. So jangan makan semut lagi ek! ^_^..kita beringat sama2.
aku mau bagitau! cerita kesedihanku yang teramat sangat. cerita biasa bagi kamu tapi peristiwa yang sangat-sangat menyinggung naluri, perasaan & jiwa aku.

28 september baru-baru ni, aku ternampak (bukan terskodeng) sepasang couple budak sekolah beragama Islam dekat cyber cafe di pekan daerah aku. Diorang buat benda x senonoh, bermaksiat dalam CC. mentang-mentang lah dalam tu cuma aku ngan sorang kawan diaorang boleh tercapai dek akal buat benda terkutuk time tu. aku tak tau lah syaitan jenis apa bertenggek dekat kepala diaorang tu...marah ni..marah ni!..
rasa-rasa kamu la kan, apa yang kamu buat jika kamu berada ditempat aku? mungkin aku tidak sempat berfikir dengan lebih bijak seperti korang tuk cegah dari berterusan. hmm..badan aku memang cepat menggigil bila ternampak sesuatu yang tidak baik berlaku. muka pucat mau muntah pula.. biarpun sebenarnya ada rasa nak belasah diaorang... aku tarik tangan kawan bawa keluar, aku cuma mampu berzikir dengan nada kuat dengan harapan dapat berkesan dihati diaorang. kitaorang keluar sama-sama..aku masih menggigil. hmm...

balik dari tu, kawan heran tengok aku lain semacam. baru aku cerita dekat dia. manusia bila dah jadi hantu memang menakutkan. aku rasa mau nangis, generasi pembawa agama kita dah jadi seteruk ini..keruntuhan moral, maksiat yang berleluasa.. bukankah itu salah satu tanda kiamat semakin hampir. nauzubillahiminzaliq. selamat kan kami ya Allah.


hanya doa yang dapat ku berminta ke Tuhan, Ya Allah bukakanlah hati mereka untuk kembali ke pangkal jalan dan bertaubat kepadaMu. amin..

oklah..
baiklah..dan teramat ok dan baiklah, untuk aku berhenti menaip sekarang. panjang umur jumpa di entry akan datang. Insyaallah jika tak lupa lagi..hehe. dengan ucapan selamat maju jaya semua :) semoga apa jua yang dilakukan mendapat rahmat dari Allah swt. jaga diri hiasi peribadi.



p/s: sesapa kenal & jumpa tuan blog rojak ni.. kimsalam ea..hehe
assalamualaikum

7 komen disini:

shalina said... [reply]

nice entry .
betul, bila ternampak tak tau nak buat ape kan .

anahiettah afibs said... [reply]

a'ah sha,, disebabkan kita terkejut,, jadi keluar semua rasa panik...

shalina said... [reply]

hmmm ,
sedihhkan :'(
tapi kita sebagai manusia biasa tak lepas dari melakukan dosa . kita doakan :(

Elih Japahar said... [reply]

semoga apa jua yang dilakukan mendapat rahmat dari Allah swt. jaga diri hiasi peribadi..:)

anahiettah afibs said... [reply]

sha: terima kasih, sama2 doa buat kita..

Elih japahar: sama2..terima kasih

syamimi omar said... [reply]

inilah dunia akhir zaman. takutnya..
kalau saya ternampak benda mcm ni mesti rasa seram sejuk macam nampak hantu..

anahiettah afibs said... [reply]

sama la...hmm...rasa bergegar satu badan.. jantung berdegup kencang je

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...