~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

puisi kemaafanku



hati sekeras ini pernah kau lembutkan
berbekal bicara, janji yang rupanya tak berkesudahan
dengan mudahnya juga kau leburkan hati ini hingga ranap kecundang

saat kau merayu untuk dilepaskan,
dengan riak tenang aku membiarkan kau menyusur langkah pergi
padahal betapa berkocaknya jiwaku
hingga pernah disuatu sudut aku rebah bersama tangisan

acapkali kau berdusta 
dengan alasan tak munasabah,
sekelian aku tersenyum melihat kau tergelak disana.

ku tadah tangan kesyukuran kepada tuhan
kerana menjadikan aku manusia berperasaan 
tanpa berniat sedikitpun untuk menghukummu.

saat kau tak habis berdusta dan berbohong padaku,
DIA tunjukkan kebenaran dengan musabab shohih mengapa kau dan aku dipisahkan...

kerana kau bukanlah yang terbaik buatku
tetapi,
kau akan menjadi lebih baik bersamanya..
Insyaallah, tanpa dendam benci dan amarah.
aku cuba mengikhlaskan hatiku.
kemaafanmu kan ku kutip dan ku aduk bersama doa-doa yang mengalir untuk kebahagianmu.


ber'english dulu kejap_whenever i think of the person who hurt me.. I say, "i have released you, and all the blessings in life are yours." I am free and they are free. It's wonderful!!
I sincerely wish u well and I know Allah swt will guide you in all U ways. Insyaallah amin...


puisi yang tertimbun dalam diary lama. sekali sekala menjiwangkan diri..hehe. takda maknanya~~
ikutkan hati, mahu saja aku balas ayat2 puisi itu menjadi lebih sadis dan gramatis.


bak kata Nabil ML  "CINTAILAH YANG MAHA MENCINTAI" SANG PENCIPTA YANG MENCIPTA CINTA


P/s: aku bukan dari kelas sastera tapi ekonomi dan reka cipta. ^_^



4 komen disini:

B L V C K R O S S E E said... [reply]

assalamualaikum sedari..
emy sebenarnya mmg minat menulis
puisi dan sajak. as well as novel..

dah mcm adikberadik dah dgn penulisan..

bagus sgt puisi awk..

hehe...

drop my comment here.
if dont mind, jenguklah ke blog emy yg ta seberapa tuu..

keep it up my dear (:

anahiettah afibs said... [reply]

waalaikumsalam sedariku...
wah, kalau macam tu..ana nak berlari lah kesana baca....
ana suka baca segala macam bentuk puisi or sajak or pantun..tp sayang, novel x pernah habis pula...huhu

hehehe..tima kasih, saja2 menulis buang karan jap..

Choki said... [reply]

As Salam..Hi Kak ANAAAA XD Apesal mcm sedih gile entri tuuuu..Tp kalo nk ikutkan,your post really relates to me.If that was Kak Ana la kan,I've been in the situation :-)

anahiettah afibs said... [reply]

owhlaa... kenapa tu dik shauqi., apapun yg berlaku akak doakan semuanya baik2 saja dan kamu pasti ditemukan yg terbaik suatu hari nanti. indahkan hati yg sabar itu~ ill be with u..

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...