~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

penulis bicara

SIAPA AKU

aku yang mencinta pencipta yang mencipta cinta. cintakan segala kurniaannya, pemberiannya, hidayah dan rahmatnya. Alhamdulillah..

aku berasal dari kampung yang sangat ku cintai berlandskapkan kedamaian pepohon yang menghijau di tanah Kota Belud Sabah. membesar dalam suasana yang tidak sesempurna mana tapi tidaklah sedaif mana pun kerana keperluanku sentiasa diberi meski  permintaanku seringkali tak dapat dipenuhi. Tapi keperluan itulah yang sebenarnya aku perlukan..

aku sangat meminati bidang penulisan serta kesenian. Aku akan bersedih kalau tak jumpa library dalam seminggu. Tapi tak bermakna aku adalah ulat buku, cuma pencinta buku yang kadang-kadang majalah perajurit pun aku baca..amboi.

Aku bersyukur.. dan akan terus bersyukur dengan nikmat kurniaanNya. Ujian yang melanda, ternyata sebagai jalan mengenal diri sendiri. Aku masih belajar untuk redha dengan ketentuan Ilahi. Ada ketika aku berjaya, dan banyak pula ketika aku gagal. ada ketika aku kecewa dan bersedih tapi sedar semuanya ada hikmah yg tersembunyi. Namun kelemahanku berharap dapat ku perbaiki. tapi kelebihan yang ada padaku pula kan ku maksimakan demi kelangsungan ibadatku selagi nyawa dikandung badan. Insyaallah kuatkan aku ya Tuhan.  



♥ ♥ ♥ ♥ aku mencintai orang² yang soleh.. ♥ ♥ ♥ ♥
♥ ♥ meskipun aku bukan sebahagian daripada mereka ♥ ♥
♥ ♥ ♥ aku sangat benci orang² yang bermaksiat ♥ ♥ ♥
♥ ♥ meskipun tanpa sedar aku sebahagian daripada mereka ♥ ♥



Hamba cuma Insan kerdil yang cuba menjadikan ilmu sebagai landasan yang diibrahkan buat santapan rohani. Adapun yang hamba sampaikan..kebanyakannya adalah pandangan dan luahan bicara sendiri sebahagian pula, kisah-kisah tauladan yang di salin dari sumber-sumber yang boleh dipercayai..insyaAllah. sekadar untuk berkongsi pesanan dan pengajaran. bukan berniat menunjuk-nunjuk..Allahu alam



Umar ibn al Khattab radiallahuanhu pernah berkata,

“Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang alim pada lisan tetapi jahil pada hati.” nauzubillahi minzaliq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...