~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tidak tau apa tajuk entry ni

*Hanya Luahan semata sebab masih kecewa sikit tak dapat balik kampung minggu ni..*


Ingatan yang melimpah ruah terhadap manusia-manusia tercinta nun dikampung sana memaksa aku menulis
tentang empat orang jejaka@teruna yang hensem-hensem belaka tu..
tak hensem pun, tetap saja terMacho dalam hati aku.
Biarpun aku begitu dengki dengan seorang sahabat yang membesar dengan ramai adik-beradik perempuannya, sedangkan aku dikelilingi dengan empat orang jejaka ni..tak apalah, sekurang-kurangnya aku ada Bodyguard keliling pinggang...hehe. Ikutkan ada lapan semuanya saudara lelaki aku..tapi yang empat orang ni lah kawan aku membesar. Yelah jarak tahun lahir tu, dekat-dekat ja..

mengapa aku begitu Ingat dan Rindu dorang... sebab tahun ni merupakan sejarah pertama bagi kami berpisah dari rumah mak bapak. Akhirnya, meningkat dewasa..masing-masing ada hala tuju. mengejar cita-cita.



Ta..bila mau pulang?
-kenapa mau pulang, aku kan mau kawin sini...kenapa. kau rindu aku kah?
ya! rindu mau tumbuk ngan ko. Kucing ko nih, aku ampas-ampas kepala dia...nah.! (sambil buat bunyi..ketuk-ketuk lantai)
-eleh, bagus kalau kuat..woii!! jangan kau sentuh kucing tu...!
tau pun, nangis la tu.. (sambil ketawa mengejek)
-kenapa kau telefon aku nih?.mama bapak mana?...dan lain-lain..? kirimsalam sama dorang..
saja lah, aku kan orang kaya..banyak kredit. ish! malas lah...dorang da tidur tu...besok jak aku bagitau. bye..asalamualaikum..
-eii....pemalasssss....!! wa'alaikumsalam..


(Ni perbualan aku dengan adik nama 'jeni'. hari tu dia ada telefon aku. macam ni lah cara kami bercakap, kau..kau..aku..aku.. tapi kan, kalau dia panggil aku 'kakak' kan.. rasanya aku akan pengsan kot. Biarpun bahasa tu nampak kasar, tapi dalam hati tetap saja ada Gardenia.  amboi...
Sekarang dia sambung belajar ambik sijil kemahiran dekat IKBN Kinarut. masa ni dia cuti dekat kampung sebab mau lanjutkan perjalanan ke Kudat, ada panggilan temuduga Polis katanya..Alhamdulillah, semoga impianmu tercapai adikku. amin...)

Adik yang sorang lagi tu namanya 'Epy'. cuma dia sorang temankan mak bapak dekat kampung, dia baru habis ambil SPM. Tengah tunggu result la tu...Harap lah, nasibnya berubah kali ni. Semoga dia miliki masa depan yang cemerlang.

Yang bongsu tu pulak nama dia 'Engku'. hah, pelik kan..apsal nama cam kerabat diraja tu? takda la, saja ja tu panggilan manja dia dari kecil lagi. mungkin sebab dia anak yang bongsu, gelaran pun special sikit. hihi. Kerana minat yang mendalam dalam bidang sukan, dia ditawarkan masuk sekolah sukan berasrama di Penampang. (bukan berirama). Sudah tiga tahun dia disana.. :) -aku suka jentik jerawat dekat hidung dia- hihi

cukup cerita tentang tiga orang teruna tu,,
ada sorang lagi yang memang akrab ngan aku... Dia adalah seorang abang yang sangat ambil berat. Terlalu RAJIN menelefon dan hantar sms dekat aku.  Kadang-kadang aku bingung apa yang dia cakap, sebab dia jenis orang yang suka menggunakan ayat-ayat metafora sehingga aku rasa dia buat lawak. tetapi sebenarnya......

'ita..hari ni hari ibu kan?'
ntah..rasanya bukan la..bulan lima laa......
'tipu!..'
apsal pulak tipu?...betul lah...
ita....'hari-hari' adalah hari buat seorang ibu.. mau balik kampung ni, bagi mama sesuatu...jeng jeng...


see...apa yang dia cuba sampaikan. Tapi aku bangga dengan dia yang banyak mengingatkan.

semalam dia hantar mesej yang buat aku rasa mau menangis..

"Assalamualaikum..ngah buat apa tu cik adik oi...?''

''wa'alaikumsalam, baru lepas makan lauk (dan bla bla bla-aku suka bagi ayat panjang-pangan penuh details gitu.)

''oh ya ka..? abangmu ni belum makan lagi, kesian kan?"

"laa...awat tak makan g?..tau lah, malam pun koje..takyah lah berdiet sangat" (saja berloghat semenanjung)

''bukan diet bah! bos belum bagi rehat lagi ni...hehehe"

''erm....adikmu ni tengah isi-isi borang kerja ni, tak jeles ke?..bila mau pigi sini ar lawat aku "?

''buat apa pergi sana..nda best. nanti lah, bila sudah kerja dan ada gaji..belanja la..baru abangmu ni pegi sana"

"amboi....okay. Insyaallah"

"bah...beristirehatlah sana. semoga cepat dapat kerja yang baik-baik tu..jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah yang maha kaya..solat juga jangan dilupa...asalamualaikum.." (part ni aku rasa sebak sangat..aku tau dia akan sentiasa ingatkan)

''waalaikumsalam....terima kasih..U too take care always.."
(ringkas ja aku balas...padahal ingin sekali aku luah rasa sayangku, rasa penghormatanku..)

apa-apapun...mereka adalah sebahagian penyeri hidup aku.
dan aku sangat berbagga memiliki mereka..alhamdulillah..
berkati lah hidup mereka Ya Allah, teguhkan hati mereka untuk terus menjalani ujian dan rintangan hidup dengan penuh kesabaran..amin ya Rabbal alamin..

0 komen disini:

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...