~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

betulkah dia kawan aku?


pernahkah kamu ditikam kawan dari belakang? eh, bukan tikam pakai keris atau panah macam cerita hang Tuah tu..tapi macam kata2 fitnah yang dilontarkan kepada kamu.. kalau pernah memang tak bertuah la biarpun nama hang..Tuah!.
pelik jugak kan?..nama kawan baik, rapat & karib lagi. tub..tub buat begitu dekat kita. sedih? sakit hati? kecewa? jap..jap..jangan emosi. Istigfar dulu..

26 julai lalu (petang yang hening) aku terima panggilan dari sorang adik angkatku (pompuan, usia 19, nama dirahsiahkan). kami selalu berhubung dan biasa berkongsi cerita hanya di telefon, kali ni tanpa salam dia terus memanggilku ''kak ana...tolong adik, adik sedih sangat.." diiringi tangisannya bersedu2. terkejut juga aku mendengar dia menangis macam tu, padahal waktu dia meluah tentang boiprennya tinggalkan dia dulu..sedih, sedih jugak tapi x sampai macam tu dia menangis.
aku terus tanya kenapa. "kawan adik ni akak...kawan adik...." tersekat2 cara dia bercakap, "kawan adik ni jahat la akak...dia fitnah adik, kenapa adik dapat sahabat macam ni akak....adik tak sangka.............dot...dot....dot dan berlembar-lembar lagi luahan bicaranya. kita stop dekat sini jelah dulu ek.
(cover, x pandai buat ayat drama)

ok, berbalik cerita adik angkat tadi tu memang betul. dia kata, kawannya fitnah dia sehingga menyebabkan dia menghadapi pertuduhan melakukan kesalahan berat dekat institusi tempatnya belajar sedangkan dia tak melakukannya. kes fitnah ni kedengaran sangat teruk, apalagi yang melakukan fitnah tu bukan saja yang paling akrab, tapi teman seperjuangan yang paling dipercayai dan tinggal di bilik hostel yang sama lagi. masa aku suruh carik kawan2 yang lain yang boleh tolong dia,..hm.. dia kata takda, semua kawan dah lari. laa..camtu sekali? masa senang, memang berduyun2 datang tapi bila susah...? bayang pun tak nampak. sebenarnya aku bukannya mahir sangat bagi orang nasihat ni..tapi bolehlah bagi dia ayat2 romantis penenang.

hanya dengan kata-kata sahaja, semua impian kita musnah, maruah kita tercemar disebabkan oleh seseorang yang sangat kita percayai bernama kawan. memang betul, seorang kawan patut menyedarkan kita tentang kelemahan dan kekurangan kita tetapi bukan memperlekehkan, merendah-rendahkan, mengumpat apalagi menikam kita dari belakang. kawan macam ni lebih baik kita tinggalkan saja, carik kwn lain dan nilai dia sampai boleh jadi sahabat.

mencari sahabat memang susah, tapi yang penting untuk mendapat seorang sahabat itu haruslah kita sendiri yang memiliki sifat-sifat sahabat itu terlebih dahulu.. kan..kan. supaya orang pun mau jugak bersahabat ngan kita.
aku harap yang sudah punya sahabat tu, jagalah hubungan itu dengan sebaik-baiknya. ingatlah "serugi2 manusia didunia ni, adalah manusia yang tidak punya sahabat dan yang lebih rugi dari itu adalah manusia yang mempunyai sahabat tetapi menyia-nyiakannya"


p/s : ana ada AFIBS, baik punya.. "sahabat itu mengerti saat kamu berkata "aku lupa..", menanti selamanya meski kamu berkata "tunggu sebentar.." namun takkan tinggalkanmu meski kamu berkata "tinggalkan aku sendiri..". Dia akan membuka pintu buatmu meski kamu belum mengetuk dan berkata "bolehkah saya masuk...?''


6 komen disini:

Choki said... [reply]

haih.mcm teruk je bunyi tu..sanggup org buat mcm tu. "kawan" la sgt..harap2 adik agkt akak tu sabar eh? :-)

know me said... [reply]

sob..sob...
ayat yg last skali tu,
mnusuk jantung hatiku.... ;'

anahiettah afibs said... [reply]

choki :-yea dik..amin Insyaallah dia baik2 saja disana.

know me :-memang sengaja ni main tusuk2 jantung akak..hehehe

shalina said... [reply]

hmm..bahaya kan ?
hati budi orang kita mmg tak tahu kan ?
tapi setiap yang terjadi mengajar kita lebih kuat dan lebih matang . INSYAALLAH :)

anahiettah afibs said... [reply]

shalina:- betul tu, kadang orang yang kita sangka kita kenal & rapat sangat ternyata bukan spt yg kita harapkan.
sejarah mematangkan kita :)

shalina said... [reply]

betul , hati manusia terlalu sukar untuk diramal :)

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...