~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bassam al-Muslimani?



Ingatkan wartawan yang pernah terperangkap dalam konflik Afghanistan. Sebuah negara yang dilabel dunia barat sebagai sarang pengganas.
Ditugaskan membuat liputan kehidupan warga Islam di Afgan untuk mengumpul bukti-bukti keganasan.
Kuasa Allah, dia terjatuh bersama kameranya dan penyamarannya diketahui.
Ketakutan menyelubungi diri saat dia ditahan tentera Taliban dan di penjarakan.
Disangka kehidupannya akan berakhir dengan tragis.
"akankah tubuhku disiksa dan diratah dengan kejam seperti yang dilakukan tentera barat terhadap banduan...?"

Persepsinya berubah sama sekali setelah mendapat layanan baik yang diberikan. Bahkan tempat penahannya lengkap dan berhawa dingin.
Dia tidak disentuh langsung disentuh tentera lelaki bahkan bila berjumpa dengannya, mereka menundukkan pandangan.
Hidayah Allah menyapa dirinya saat melihat adab, kesopanan dan kepatuhan tentera yang tetap melaksanakan solat dan membaca al-Quran.

sejenak dia terkenang nasib banduan Islam di penjara Abu Gharib yang dilayan dan diseksa seperti binatang.

"aku harus membuka minda masyarakat..siapa pengganas sebenarnya"

Dia dibebaskan dan kembali ke negara asalnya Britain sehingga berita kepulangan tersebar. Saat media meminta dia menceritakan kembara tragedi yang dilaluinya di Afghan, mereka semua terkejut kerana ia tidak seperti yang disangkakan.

Setelah mengetahui berita pengislamannya.Tomahan demi tomahan diberi, dia dipulau dan diberhentikan kerja serta dituduh berpenyakit mental kononnya diseksa teruk dipenjara Taliban.

Namun dia menjernihkan tanggapan itu dengan membukukan kisah yang dilaluinya yang bertajuk
 "In the Hand of Taliban".
Dia kembali kepada masyarakat sebagai seorang aktivis dan pejuang Islam. Menghadiri Muktamar dan sering diundang memberikan ucapan dalam majlis-majlis gerakan Islam.



"dulu..dia menentang habisan-habisan kini dia antara tokoh zaman moden yang lantang membela Islam"
Bassam al-Muslimani atau nama yang lebih dikenali sebagai Yvonne Ridley.
Bekas wartawan terkenal Britain dari akhbar "Sunday Express".
Sungguh Hidayah Allah itu akan menyapa hati manusia-manusia yang mencari kebenaran

0 komen disini:

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...