~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lelaki yang dicintai dan kagumi (3)

¸.•❤••❤بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.

Siapa ada akaun Facebook?
Add saya lah!
(sekadar pembuka bicara yang tak serius. Bukan niat mempromosi)


Facebook ialah laman sosial pertama yang aku ceburi. Orang sibuk berfacebook, aku pun dengan ‘ikut-ikut’ membuka akaun FB jugak.  Niat sebenar asalnya bukan mau cari kawan lama atau baru tetapi sekadar mau mengintai facebook Carlos Tevez. Orang lelaki kompom kenal dia siapa.

Aku guna gambar dia..dan album full muka dia, aku pun tidak tau apa motif aku buat macam tu.
maafkan aku..
Lama juga aku bertahan dengan wajah Tevez sebagai gambar profil, sehingga muncul para pembuli siber nakal @ kawan jugaklah, yang memberi komen tak membina langsung seperti ini “kalau ya pun tak mau pakai gambar sendiri, letakkan gambar pokok kelapa ka, geli tau aku bayangkan muka ko camtu..... ”, “nama da lawa..tapi gambar lelaki, macam lah tevez tu ensem sangat..khkhkhkhh”
...............................jahat la komen...................................

Yalah-yalah….aku tukarlah..
Tidak lama selepas itu aku bertukar kepada bunga-bungaan dan kata-kata hikmah sehinggalah sekarang. Gambar tevez aku buang. Hehehe..
Aku tak guna gambar sendiri sebab aku pemalu..kih kih. (ustazah cakap, wajah kita pun boleh jadi Fitnah) tapi orang tetap kenal aku siapa, sebab identiti diri aku tak sembunyikan. 

Suatu ketika aku pernah frust dan merajuk untuk non active accounts on FACEBOOK bukan disebabkan pengomen-pengomen seperti tadi tetapi yang lebih dasyat bila gangguan seksual siber turut berlaku dekat aku.
Seorang lelaki yang baru diterima rakan tiba-tiba mengajak ber'chat dengan salam perkenalan. Ayat mula-mula boleh pakailah tapi lama-lama ayatnya mula meliar kepada kata-kata lucah yang memang kurang ajar.
…………..offline…………..
Aku tak buang dia terus jadi rakan, aku mau tunggu dia minta maaf. Aku tak balas chat dan mesej dia, konon mau dia terasa hati tapi hampir setiap kali aku buka FB, dia hantar mesej yang sama.
Sakitnya hati rasa macam mau sembelih kepala dia kemudian sangkutkan dekat tiang letrik. (baru terfikir mau fikir macam tu..erk)

Emm…mesti kalian tertanya-tanya apa kena mengena Facebook dengan tajuk utama aku tu..lelaki yang dicintai lagi tu..takkan Tevez? dan takkan lelaki yang hantar mesej ni kan?…no no…lelaki yang dimaksudkan akan tersenarai dalam perbualan ini…

Sebelum tu aku berdiam dan membiarkan saja tapi akhirnya aku cuba balas dengan tazkirah ala-ala ustazah Siti Nor Bahyah.
Aku masih ingat perbualan kami..
-kali ni aku tiada bukti mau di printscrin kan, sebab semua mesej tu aku dah padam dan orangnya sekali aku dah block. mungkin ayat tidak serupa sangat sebab cuma copy dari ingatan-

(bahasa aku dekat sini memang sangat kasar..hehe)

‘’kau tak reti mau bertaubatkah? Itu jak kah yang ada dalam otak kau?’’
-“Open minded la…hidup hanya sekali, enjoy la…sayang, bla bla blab la (panjang ayat dia tp jijik aku mau tulis)

“apa kau ingat semua orang macam kau, enjoy la konon..macamlah hidup seribu tahun” (ikutkan aku mau taip lirik nasyid lagu raihan tu)
-“Eleh! nak Nampak baik dan suci lah tu….” ( ok..ayat yg ni buat aku tambah-tambah geram)

“kau kenal ka aku siapa? Kau tak pernah Nampak aku kan..? aku nampak muka kau dekat FB tu…aku boleh conteng dan share bagitau rakan-rakan, kau lelaki macamana..kau ingat aku tidak berani.. (haha..aku cuba mengugut pula)
-“alaa…gurau jelah, semua lelaki pun macam ni” (ayat dia Nampak down, jadi dia babitkan pula semua lelaki)..

(bermulalah karangan terpanjang aku)

‘’janganlah gara-gara tabiat kau macam ni buat aku benci semua lelaki, aku boleh faham kau jenis macam mana, sebab dari cara kau menunjukkan kebodohan dan biadap tu memang tak boleh pakai.
kau bergambar peluk-peluk dengan perempuan memang tak senonoh, semua cerita aib diri pun kau share.. tak payahlah tambah dosa yang sedia ada.
Jangankan mau hormat orang, perempuan yang ada dekat rumah kau tu pun mesti kau main pijak jak kepala dorang kan?
kau lelaki, kau yang kena jaga dorang bukan rosakkan.
Kau kata semua lelaki sama, tapi kenapa aku tak pernah benci pun dengan bapak, abang dan adik lelaki aku. Alhamdulillah aku kenal dorang macamana, dan aku harap dorang macam apa yang aku fikirkan. Dalam hidup ni..aku dikelilingi 5 orang abang dan 3 adik lelaki. Lelaki jugak kan.
Aku tak pernah dengar pun dorang cakap yang bukan-bukan..dorang hormat mama aku, dorang jaga aku. Aku suka cara dorang mendidik.. dari segi aku berpakaian, pergaulan..semua penuh teguran.
Sebab dari cara tu dorang tunjukkan yang dorang sayang dan hormat aku sebagai perempuan..”

…………….FINISH already…………………….time to UNFRIEND & BLOCKING HIM…… tangan masih bergetar pegang mouse, macam cakap berdepan bah. ceh..

Oke.. dapat siapa lelaki yang aku cintai dan kagumi ditempat yang ketiga?

semestinya, Panglima-panglima perang saya… adik beradik lelaki lah tu
Ada ketika cubaan datang menduga kita, janganlah pernah diretakkan hubungan ini.
Semoga mereka terus cekal menjadi lelaki sejati. Yang tabah dan gagah melindungi wanita. Tunjukkan tanggungjawab yang mereka patut pikul ya rabb..Mereka adalah suami dan ayah dan jadikanlah mereka pembela agamamu yang setia.. amin ya rabbal alamin.

ni bukan gambar abang2 aku, cuma suka kalau dorang mcm ni


Jauhnya aku cuba cari contoh, sampai masuk cerita FB..saja lah, nanti kalau aku bermadah helah ada lagi nanti yang cakap aku berpuisi. Tidak..aku bukan budak sastera.



Entry terakhir tentang ‘lelaki’ ini Didedikasikan khas buat kak Nor mie.
Terima kasih atas galakan dan kerana jadi pembaca setia semua omongan ku dalam blog..

Wasalam…

p/s : aku suka ikut &tengok abg2 aku main bola, tp dorang pakai seluar pendek… :(
p/s lagi : harap tiada siapa tanya aku pasal lelaki yang di blocking tu..privacy konon..
p/s sekali lagi : kalau menguap baca entry ni jangan lupa tutup mulut. :)

wasalam..

12 komen disini:

anahiettah afibs said... [reply]

aha. sekali lg, ayat berjela panjangnya. -testing komen-

rosa said... [reply]

bulih buat novel ni..hehe
syukurlah nak..
nda pa, tatap support.

Akue Achik said... [reply]

adat fb kali mcm tu kan..huhu

ka adat lelaki fb?

anahiettah afibs said... [reply]

@rosa
ewah..novel konon.. baca pun mungkin tidak, apalagi mau menulisnya...hehe.
apa2pun tq tq tq..mmg sepatutnya kakak support adik...hihi

anahiettah afibs said... [reply]

@Akue Achik

hhehehe...ntah la dari mana dtgnya adat ni...

anahiettah afibs said... [reply]

@Azeanthy Paiman

sudah kesana utk meng'Add..cepat kan?
hehe..

Unknown said... [reply]

tak suka tgk lelaki pki shorts? bagus :)

know me said... [reply]

x kira, x kira, nk tanya jugak!!!!
wait for my call ;D
(pasni tgk num akak je mesti seram sejuk)
hehehe

anahiettah afibs said... [reply]

@Muhammad Saiazuan Norhalik

kdg2 tercuci juga mata...klu abg sndiri xpa la..ni kwn2 pun rmai,,isk isk..kan nmpak lutut..orat tu..astagfirullah alazim..

anahiettah afibs said... [reply]

@know me

alo...akak..jap, eita tulis nota lu apa yg patut dickp..hehe, xpa..bgtau akak pun, bknnya akak kenal..hihi

know me said... [reply]

elok la tue, dh siap nota tue nnti jgn lupa plak cop ketua kampung... ~_^

anahiettah afibs said... [reply]

@know me
ewah2..hihi, nnti tanya bapak kalau dia sudi cop..hehe..

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...