~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Juara Adik-adikku Musim ke-3_Nurussyahamah taqiah


✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸. 


Mencecah rating 4 Juta penonton semasa siaran langsung pentas akhir yang berlangsung Semalam, program realiti berunsur dakwah ini akhirnya menutup tirai setelah kemenangan diperolehi oleh adik Nurussyahmah Taqiah.
Naib juara pula dimenangi oleh adik Nurkhairah Afiqah Metamit (satu-satunya wakil dari negara Brunei Darussalam) manakala tempat ketiga menjadi milik adik Muhammad Iqbal Zahin bin Mustafa Kamal.


1. adik Shahamah

2. adik Afiqah

3. adik Iqbal Zahin

Berbekal kemerduan suara dan petah berbicara Adik Nurussyamah, membawanya  pulang dengan hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000 beserta hadiah iringan, trofi dan sijil. Anak kelahiran Negeri Terengganu yang bersekolah di SMKA Wataniah ini juga telah mengejutkan dan mempersonakan penonton dengan tarannumnya sekaligus menjadi juara perempuan pertama program Adik-adikku.

Peserta yang lain juga mempunyai kelebihan tersendiri seperti adik Afiqah yang mencuit hati penonton dengan gelagatnya, persembahan bertenaga dari adik Iqbal, Keyakinan adik Raja membuat persembahan dan si kecil yang menyentuh hati penonton iaitu adik Rafi sehinggakan Murabbinya turut menitiskan airmata. subhanallah..


Tahniah kepada semua peserta Adik-adikku, sesungguhnya mereka adalah Pendaie Kecil yang Berbakat Besar.

Tahniah juga kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM). kerana dapat mencungkil bakat adik-adik kecil ini sekaligus menghasilkan rancangan hiburan Islam dan Ilmiah yang baik untuk tatapan keluarga dan masyarakat.



0 komen disini:

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...