~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Penyakit hati

¸.•••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ••¸.


*Cemburu
*Iri Hati
*Hasad Dengki..
apakah golongan ini termasuk sebagai 'Penyakit hati?'

''err..bukankah, penyakit hati tersenarai seperti Liver, Hepatitis A dan juga Transplantasi?
apa kena mengena dengan cemburu, dengki segala ni..?''

-Ada kena mengena..kerana ini juga tergolong sebagai penyakit hati.  Biarpun penyakit ini tidak dapat dikesan secara sistematik dan saintifik dalam fisiologi bidang kedoktoran, ia sebenarnya lebih bahaya kerana boleh menyerang siapa saja dan jika dibiarkan ia bukan saja memudaratkan diri tetapi orang lain (masyarakat)

Bila penyakit ini dibiarkan saja menular dalam jiwa, ia boleh menwujudkan tindakan, rencana mahupun agenda yang boleh mewujudkan perbalahan, permusuhan dan pembunuhan.!

''apa??? jeng jeng jeng...

baiklah..serius,
kita sedia maklum, HASAD DENGKI adalah suatu perasaan didalam batin yang lebih kepada berniat mendapatkan sesuatu nikmat yang ada pada seseorang agar berpindah kepadanya. (kemarahan, iri hati & cemburu yang amat sangat) dan ia adalah salah satu sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah S.W.T.


Hasad dengki merupakan dosa pertama dilangit dan dosa pertama yang
terjadi di bumi. kerana dengki, Iblis Laknatullah dikutuk Allah SWT kerana
menolak perintah untuk sujud kepada Nabi Adam a.s. .manakala dibumi Qabil 
membunuh Habil kerana Iri hati dan Hasad dengki.




Walau bagaimanapun, CEMBURU itu boleh membahagikan kastanya kepada dua bahagian samaada untuk KEBAIKAN mahupun KEBURUKAN.

Jadi kita pun sebenarnya boleh cemburu..

''ish ish..cemburu pulak tengok orang bercouple"
-ewah,, yang ni tidak boleh laa..mana boleh couple-couple, dalam Islam tiada tau..
(gigit jari, takut ada hati tersinggung- hamba minta maaf)

"cemburunya tengok orang pandai macam dia, balik-balik dapat anugerah pelajar cemerlang.."
-hm..takpa, mulai dari ni, kau cubalah berusaha gigih...manatau lepas ni turn kau pulak. Insyaallah"

~yang penting jadikan sesuatu yang kita cemburui itu sebagai panduan dan semangat untuk kita mencapai apa yang diinginkan. Cemburu yang baik juga apabila melihat amal soleh dan budi pekerti seseorang kemudian  dijadikan asas untuk memperbaiki diri kearah yang lebih baik.~
yang penting CEMBURU untuk kebaikan, Oke (^_^)

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.







Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

aku cemburu pada hati-hati yang cekal untuk meraih cintaNYA



4 komen disini:

Zack Hazze said... [reply]

penyakit paling berbahaya ni...
ramai yg kena penyakit ni...
jd kena laa byk mengingati Allah s.w.t utk ubati penyakit2 mcm ni...
kdg2 kita x sedar penyakit ni ada dlm diri kita...

anahiettah afibs said... [reply]

betul tu..Mudah2an kita digolongkan dikalangan hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.

keindahan Hidup(faizul) said... [reply]

Mintak-mintak kita dijauhkan dari penyakit hati ini dan dijauhkan dri menjadi mangsa kepda orang yg mempunyai penykit hati...

anahiettah afibs said... [reply]

@keindahan Hidup(faizul)
amin ya rabbal alamin. terima kasih berkunjung disini :)

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...