☺kau wanita, terbilang tabah cekal bertandang
kerna kau lahirlah penerus jasa..
kau wanita oh bakal..nyawa kau pertaruhkan
agar Nur Iman terpelihara ☺
kerana rasa KAGUMku..pada WANITA.
aku menulis..
ya..aku mau menulis lagi dan ini tentang wanita yang aku cintai ini.
siapa wanita itu..?
wanita yang sekadar kudengari kisahnya,
tapi cukup meruntun hiba jiwaku..
wanita yang aku cemburui kedudukannya
yang tertulis layak sebagai penghuni syurgamu
wanita yang indah pekertinya
lemah dan lembut santun menyatu
wanita bertuah yang penuh cinta
namun setia pada yang satu..
wanita yang SABAR dalam setiap keadaan
TABAH menghadapi cubaan
LEMBUT dalam hikmah perkataan
dan BERANI perjuangkan kebenaran
siapa wanita itu..
Dia Siti Khadijah
Agung cintanya pada Allah
Harta diperjuangkan ke jalan fisabilillah
menjadi Penawar hati Rasulullah
Dia Siti Aishah
si Isteri yang bijaksana
Pendorong tiap susah dan derita
hingga tiada sukar untuk dilaksana..
Dia Siti Fatimah
puteri solehah yang taat kepada ayahnya,
akur dalam setiap perintah
meski tak miliki harta dunia
tapi dialah wanita penghulu syurga
Dia Siti Sarah....
wanita cantik penyabar dan tabah
demi memelihara kehormatan maruah
hingga raja tercekik kerana doanya
Dia siti hajar
Mengendong bayi yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga
Ditinggal suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada yang Esa
Dia masyitah
diseksa kejam Firaun namun keimanannya tak tergugah
dalam keunggulan iman matinya dia
harum tersebar wangi pusaranya
Dia Sumayyah
syahid dalam Islam sebagai wanita pertama
sejarahnya cukup mengoncang dunia
rela mati demi memperjuangkan imannya
Dia.....
ya dia...siapa lagi...?
tercatat juga nama ummu Sulaim, Safiah, Balqis, Rabiatul adawiyah, aisa, siti zubaidah..zulaikha..
mereka wanita pilihan sejarah keunggulan Islam..
ah..! cukuplah nama-nama itu berironi disini...membuat aku malu, terharu dan sangat cemburu...
wahai wanita kebanggaan..
engkau juga adalah wanita
engkau adalah isteri dan engkau adalah ibu
tapi engkau mampu menjadi mujahidah
yang tabah pada ketetapan Allah..
Engkau mampu menjadi wanita sirah yang muliakan diri dengan agama
engkau mampu menjadi wanita Solehah yang sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
sesungguhnya engkau
penghias dunia penghuni Syurga...
hamba berangan.... 'mampukah?'
'layakkah'?
apalah erti sekadar
mencintai kisah mereka..
menjadikannya teladan atau cuma..
impian
impian
impian
impian........
6 komen disini:
teramat2 sgt mnarik..... ^_^
asalamualaikum. indah & m'yentuh hati. ya..teladani lah kisah mereka wahai wanita. biarpun kalian tidak sesempurna mereka, tapi jadilah seperti mereka.. teguh, sabar & terus b'juang demi agama. pelajari lah hikmah itu. Insyaallah..banyakkan berdoa.
-Alhamdulillah, wanita yg bakal ana nikahi cukup sempurna dimata ana,,insyaallah,, andai ada kekurangan..ana ingin mendidiknya. harap mohon doanya berkekalan ya..shobat")
ewah...akak suka ke?..hihi.. -malu-
wa'alaikumsalam wbt. insyaallah..semoga hikmah itu dapat diteladani. :)
-oh ya..bila nk g nikah?.. alhamdulillah..tahniah :). Insyaallah, pasanganmu pasti wanita baik2..
Nice. PAndai awak buat puitis ni :)
@Nur SuHaiLa
terima kasih..:) insyaallah, sy akan cuba menulis lg
Post a Comment
titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah