~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aku takut aku membunuh bukan kerana Allah tapi kerana marah!!

"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]


sekuat-kuat atau segagah-gagah manusia itu bukan dinilai betapa kuatnya ia beradu kekuatan hingga mampu memusnahkan lawan tetapi kekuatan dan kegagahan seseorang itu apabila dia mampu mengawal MARAHnya.

 ubatilah hati kita dan hilangkan perasaan marah, ingat kata pepatah ''ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa". marah itu adalah sifat syaitan dan hapuskan syaitan itu dengan cara:

a) Malu lah kita kepada Allah krn Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.
f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.


~~Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.~~


Ingatlah kisah saidina Ali as.

ketika saidina Ali hendak menghukum bunuh seorang musuh Islam ketika itu, tiba-tiba musuh itu telah meludah hingga terkena khalifah Allah itu. Ali terus memberhentikan niatnya untuk membunuh musuh tersebut. lantas sahabat pun terus bertanya kepadanya "Duhai Ali, mengapa engkau tidak jadi membunuh musuh itu setelah diludah?"  saidina Ali pun berkata "aku membunuh kerana Allah swt, aku takut jika aku membunuhnya bukan kerana Allah tapi kerana marah.
subhanallah..

0 komen disini:

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...