~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menangis kerana kecantikan

¸.•❤••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ••❤•¸.




Fitrahnya manusia suka kepada kecantikan, tetapi ia menjadi fitnah kerana kecantikan itu membawa banyak kemudaratan. yang memandang, yang terpandang dan yang dipandang kecantikannya. 
hati yang memandang bergolak jiwanya, 
yang terpandang goyah imannya, 
yang dipandang merasa bangga, lantas lemas dalam Fatamorgana dunia.... wallahualam,
Tapi...sebelum tu aku mau share sebuah kisah yang kalau anda masih ingat atau tidak kisah Hasan Al-Basri ini.

HASAN AL-BASRI pada zaman mudanya seorang yang berwajah tampan, apatah lagi ketika memakai pakaian yang mahal & berstandard. Beliau sering berjalan-jalan sekeliling kampung di kota Basrah kerana sukakan keindahan, lagipun ramai penduduk yang tinggal di kota itu.
Pada suatu hari ketika Hasan berjalan, beliau ternampak seorang wanita cantik. Melihat wanita cantik itu, Hasan berjalan mengikutinya. 

Wanita itu menoleh, sambil berkata kepadanya: "Apakah engkau tidak malu?" 

Jawab Hasan: "Malu pada siapa?" 

Wanita itu berkata: "Malu kepada Zat Yang Maha Mengetahui, mata yang khianat dan apa-apa yang terlintas di dalam hati."

Tertanam rasa cinta di dalam hati Hasan terhadap wanita itu sehingga tidak sabar dan tidak boleh menguasai nafsunya. Akhirnya ia terus mengikuti di belakang wanita itu. 

Wanita itu berkata lagi kepadanya: "Mengapa engkau mengikuti aku?" 

Jawab Hasan: "Sungguh, aku terpesona dengan pandangan matamu itu." 

Wanita itu berkata: "Tunggulah di sini, nanti akan aku kirim apa yang engkau kehendaki." 

Hasan beranggapan wanita itu menaruh cinta kepadanya, sebagaimana dia jatuh cinta kepada wanita itu. Beliau pun menunggu di tempat itu.
Tidak beberapa lama kemudian, datanglah seorang pelayan wanita itu kepadanya membawa bekas bertutup sehelai sapu tangan. Ketika Hasan membuka tutup bekas itu, ternyata dua mata wanita itu ada di dalamnya. 

Melihat hal sedemikian, maka pelayan tersebut berkata: "Sungguh tuan puteri berkata: "Aku tidak ingin mata yang memuatkan fitnah dan mempesonakan orang." 

Sebaik Hasan mendengar kenyataan ucapan daripada pelayan wanita itu, dia gementar dan berdiri bulu romanya, lalu memegang janggutnya dan berkata kepada dirinya: "Celaka engkau, sebab sudah berjanggut mengapa tidak malu terhadap wanita cantik itu." Dia pun menyesal dan bertaubat pada saat itu sebelum pulang ke rumahnya dan menangis semalaman.

Keesokan paginya, Hasan ke rumah wanita itu untuk meminta maaf atas segala kesalahannya. Sebaik tiba di rumah wanita berkenaan, rumahnya tertutup dan mendengar suara tangisan wanita dari dalam rumah itu. Akhirnya, beliau pun bertanya apa yang berlaku. Dikatakan bahawa pemilik rumah itu telah meninggal dunia. Hasan kembali ke rumahnya dan menangis selama tiga hari. Pada malam ketiga, dia bermimpi melihat wanita cantik itu sedang berada di dalam syurga. 

Hasan berkata kepada wanita itu dalam mimpiya: "Hai wanita yang cantik, maafkan olehmu semua kesalahanku." 

Jawab wanita itu: "Sungguh, semua sudah kumaafkan kerana aku memperoleh kebaikan daripada Allah sebab engkau."
Hasan berkata: "Berikanlah kepadaku akan nasihatmu." 

"Kalau engkau sendirian, berzikirlah atau ingatlah kepada Allah. Dan pada setiap pagi mahupun petang, beristighfar memohon ampun kepada Allah serta bertaubat kepadaNya," kata wanita berkenaan. 

Mendengar nasihat daripada wanita itu, Hasan menerima dan melaksanakan nasihat tersebut sehingga dia menjadi seorang Sufi yang masyhur di kalangan masyarakat dengan sifat zuhud dan taatnya kepada Allah SWT. Akhirnya, dia pun memperoleh darjat yang tinggi dan mulia serta menjadi seorang wali dan kekasih Allah SWT.


''Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah" (HR Muslim) 
Hadis ini begitu mashur di kalangan kita semua. Namun, dunia hari ini sangat mengecewakan kerana perhiasan dunia ini sudah kian berkurang. 
Hadis Abu Hurairah r.a: 
Nabi s.a.w telah bersabda: Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara: Kerana harta benda, keturunan, kecantikan, dan agama. Tetapi utamakanlah wanita yang taat kepada agama, pasti kamu akan bahagia (Muslim)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Namun sebahagian kecantikan wanita hari ini kebanyakkannya diperhiasi oleh fitnah-fitnah yang menjadi perhisan dirinya. Persoalannya, wanita hari ini cantik kerana fitnah atau fitrah? nauzubillahiminzaliq..
peliharalah kami dari Fitnah dunia...

aku tidak mahu menjadi fitnah T_T hanya kerana aku juga seorang wanita.



.

0 komen disini:

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...