~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

my team yang hebat..

bercerita pasal my team, mesti aku teringat pasal keluarga aku.. aku lahir dalam keluarga yang besar, 13 orang kami adik beradik. boleh buat team bola sepak, siap dengan pemain simpanan dan kumpulan penyorak, ditambah lagi dengan anak2 sedara, anak2 sepupu & anak2 jiran..hehe.
lagi best 'bila tiba hari raya, semua insan bergembira~.. bila semua balik kampung, suasananya sangat meriah, biar terpaksa berhimpit tidur atau berebut2 guna tandas tapi itu lah kenangan yang buat kami bertambah erat. kadang program kekeluargaan yang dirancang menambahkan ingatan & mengeratkan hubungan..x kisah la, bercuti atau jalan2 cari makan ataupun berkelah dihalaman rumah. aku ingat lagi, masa x jadi pergi pantai..punyalah aku & adik2 sedih x dpt jalan..last2, kakak aku bentangkan tikar di tengah2 rumah dengan bekalan yang lengkap seperti berkelah..lalu dia suruh kami bayangkan sedang berkelah ditepi pantai..menukar semua suasana seperti dinding menjadi pokok2 ru serta pantai yang indah.. itu sudah menjadi satu memori buat aku dan adik2. tetap sahaja itu menjadi memori indah, asal dapat bersama mereka. Anugerah tuhan yang buat aku amat berbangga memiliki mereka.
disebabkan aku terbiasa dengan keriuhan seperti ini membuatkan aku benci kepada kesunyian...bila ada majlis2 penting atau hari raya, kepulangan mereka lah yang dinanti, tapi bila habis cuti sekaligus terus pergi.memang terasa sangat kesunyian itu. hampir setiap kali mereka pergi balik, mesti aku menangis..mungkin mereka tidak pernah melihat aku menangis kerana aku akan cuba menyembunyikan diri..seperti bait-bait lirik lagu dari Dato ct, aku cuba menginteprestasi kan jiwaku..hehe.




apapun yang terjadi
berjalanlah tanpa henti
air mata tertahan 
waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang bererti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti..''


ahli keluarga yang lain masing2 bekerja & punyai keluarga sendiri, memang susah sekali semua dapat berkumpul bersama. tapi apa boleh buat, sudah lumrah kehidupan manusia. tak selamanya orang yang dekat dengan kita, ada buat kita tapi perpisahan itu lah yang sebenarnya menambah dalamnya hubungan bila didalam ingatan ini sentiasa ada untuk merindui mereka.


bak kata Al-Ghazali- "Ukhwah itu bukan pada pertemuan, atau manisnya ucapan dibibir tetapi ingatan saudaranya didalam doanya''






0 komen disini:

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...