~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bukan salahmu jatuh cinta

Duhai kekasih..
bukan salahmu kiranya kau telah jatuh hati..
bukan salahmu kiranya kau telah jatuh cinta
tetapi silapnya kerna kau memilih aku..
insan yang belum bersedia untuk menerima cinta dan mencintai seseorang yang asing buatku..
bukan ku takut untuk kecewa dan dilukai, 
tapi ku khuatir cinta yang selama ini menjadi beban ku pikul dijiwaku..
rebah entah kemana, lebur entah dimana.
seandainya Allah suratkan cinta itu buatmu, kan terbuka juga hati ini untuk mencintai.

Duhai kekasih..
bukan ku pegang mana-mana janji untuk ketepati,
tidak ku genggam apa-apa syarat untukku mencintai..
bahkan jauh sekali ku berhajat mencari kesempurnaan setanding Muhammad, kekasih yang dirindui.

Duhai kekasih..
usah kau berduka kerana aku menolak.
aku tidak menilaimu dari luaran tapi tidak bermakna pula aku mengeji hati nuranimu.
usah kau bersedih tapi bersenanglah..
kerana sekurang-kurangnya kau mengajar aku untuk jujur pada diri,
seandainya aku menerima cinta itu..
ibaratnya aku dibayangi dengan kepura-puraan dengan menipu diri dan berdusta pada kamu..

duhai kekasih..
usah lagi kau memaksa dan berharap padaku..
jangan lagi kau menghukum aku dengan persoalan-persoalan yang aku sendiri tidak tahu jawapannya.
aku berharap kan kutemui jawapan itu ketika cinta telah berbunga didalam hati..
ketika aku tersenyum kerna telah jatuh hati..
dan ketika aku mampu memanggil dia kekasih..











hanya luahan pena..
aku harap kalian membantuku untuk tingkatkan kualiti penulisanku..


0 komen disini:

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...