~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
format blog dah tukar!! yeh.. yeh...
sayangku blog nadi Anahiettah.... BICARA NADI MILIKMU...
ini kebiasaannya, menulis dalam bahasa yang mudah difahami oleh dirinya sendiri.
dia biarkan gemalai jari bertingkah riang di papan kekunci menarikan huruf-huruf konsonan dan vokal lalu membina ayat-ayatnya yang sukar dimengerti. waduh! sekali lagi... sungguh teruja.... ahaha
aku rindukan bahasaku....bahasa penulisanku....
bahasa ibunda dan bapakndaku...
(lalu akulah perosak bahasa) :( tidak.....maafkan tuan hamba..
aku ada kekuatan disini kenapa mengubah format bahasanya sekali lagi dari bahasa Inggeris ke bahasa melayu. (ada kau kisah?)
kerana aku ingin berbicara sesuatu yang aku mudah terjemahkan dari kotak fikiran dan longgokan madah yang banyak tersimpan dihati. Banyak??
ya! terlalu banyak...hanya melalui tulisan yang disalin tampal dari minda aku bisa segarkan semula ruang penyimpanan di fikiran.
bunga.....bunga....berbunga!!
belit..belit..berbelit!!
kerana itu tidak ramai yang mampu memahamiku..
straight to the point?
berterus terang terlalu payah..tanyalah dirimu... untunglah yang memahami.. ahaha
selamat datang anahiettah!!
pap...papp.....paappppp...dumm (bunyi mercun)
0 komen disini:
Post a Comment
titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah