~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

malam yang sangat misteri



(amaran: kisah benar yang aku benarkan untuk di share. diharap pembaca faham & tenang dengan ayat2 metafora berpaksikan genre seram ini) kepada yang lemah semangat diminta stop membaca sekarang.


dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim....


keDip kedup kedip.. kedup, aku meneruskan jahitan tali sarung bantalku, sudah berapa kali sarungnya terlucut saat tengkuk ini melabuhkan dirinya. Aku Memandu Orlando Mesin jahit kaki cap Butterfly yang agak bingit  bunyinya.  kedup kedup gedup gedup……ged…..   


 tiba2 iramanya bertukar


te de deng deng te de deng deng 


irama (Nokia tune) mengejutkanku, nada bunyi nya lebih kuat dari bunyi mesin tu.. aku dah mula risau, takut takut terbangun orang rumah, sudahlah aku overtime buat bising memalam buta, tak pasal2 dituduh bergayut pulak.




Tiba-tiba


11:59pm       :- terima satu panggilan yang kubiarkan ia berdering agak lama. Agak misteri serak2 basah suara perempuannya. Berkerut dahiku mendengar dia menyanyi sebuah lagu yang  tidak kufahami. dengan ribuan soalan di minda , aku cuba menyedarkan diri dari lamunan. Oh tidak……suara itu… lagu itu….??




Berdiri bulu romaku, lantas aku memandang tepat kearah jam dinding  


‘ tengah malam!’
Berdebar hatiku “biar betul…..?” berlari aku memasuki kamar meninggalkan jahitanku


12:04am        :-saat aku duduk menyandar di hujung katil sambil membelek2 fon murahku, muncul sebuah pesanan di skrin. Terbeliak mataku. ayat yang sama seperti yang baru ku dengar dari pemanggil misteri tadi.


 “kebetulan atau…….?”


Titt..tett


12:05am        :-satu lagi pesanan ringkas dalam bahasa inggeris. ayat yang membawa maksud sama.. Ah! Mustahil ini dari pemanggil tadi, sebab nombor pengirimnya berbeza dan memang jauh berbeza. rasanya ni bukan nombor Malaysia.
Ya Allah.. siapa dia & dari mana??


12:07am       :-sekali lagi pesanan masuk kuterima, juga dari pengirim yang berbeza. Terkeliru aku seketika, aku cuba membalas pesanan tadi dengan harapan ingin tahu tetapi…..  “aik..sending fail pulak, aku cuba lagi tapi masih gagal. Hm..line takda..kosong”


Titt..tett


Eh! Pesanan dari pemanggil yang tadi tu.. 
 pelik…pelik…… macamana boleh sampai sedangkan line tiada? Makin seram aku rasa..


12:27am    :-sekali lagi aku dapat panggilan. assalamualaikum… suara perempuan yang tak berapa jelas di talian.  Kruk kruk krukkk…”hello hello”… kabur tersekat-sekat.. krukk krukk “tak berapa jelaslah..yeaa kenapa?”




“Allah selamatkan kamu….!”


 Ah...Ni kali suara lelaki, aku mengurut dadaku. Eh! lelaki..Terkejut dan terasa gementar sekali aku mendengar suaranya. “hello..ya..ya…’’ aku cuba memanggilnya kerana tidak begitu jelas dengan apa yang cuba dia katakan.


Talian dimatikan.


Hm?...????????????????????????????????????....


Apa ni?
 Apa sudah jadi?
 semua orang jadi pelik….!!




aku tak dapat tidur …ya Allah!... Dalam kebingungan sendiri ku capai laptop kakak yang masih tersambung line internet Broadbandnya. Pantas ku masukkan email pada laman sosial yang popular tu.


Apa? What? Kyaaaa!?....




Apa dah jadi ngan semua orang ni??... wall FB ku dipenuhi dengan kiriman rakan dengan ayat-ayat  serupa membawa maksud yang sama.




oh tidak.....tidakkk.........




aku...aku.. 


aku...........aku sebenarnya tak lupa, cuma tak berapa nak ingat waktu sekarang usia ku da berganjak ke angka seterusnya. tott.. patutlah semua kawan dok ucap ayat Selamat...hari lahir. 
eleh! buat2 lupa la tu..kan kawan karib ana da bagitau banyak kali. apa boleh buat lah kan, nama pun da tua.. tua? mana adaa....


buang masa betul la..penat baca, ingatkan misteri mana sangatlah cerita dia ni.
anahiettah buat story seram? selalu bagi tazkirah ngan nota2 penuh keinsafan, nah..hilang identiti diri la tu...


seram ka?...
perasaan aku jak kan buat cerita seram, bila tengok muka korang berkedut heran baca entry ni aku rasa mau tergelak pulak...comel muka korang camtu... nah..nah.. tengah senyum lak sekarang, haishh...manis...


yelahh...aku akan mengendingkan story tak menarik ini dengan ucapan berbanyak2 thank you so much! pada doa, ingatan serta ucapan ulangtahun buatku.


terutama buat afibs yang mendahului rangking ucapan terawal 2011 pesanan, panggilan serta lagu birthday, terharu sangat2..sanggup tak tidur kan? hihi:
1. NABIL
 2. ZANA
3. IMAH
comel bah kawan2 ku ini.
buat kak NORMIE ( I know meseg itu darimu)
keluarga Zana yang turut wish, beserta encik madan yang turut menyumbang lagu Allah selamatkan kamu...


buat encik2 dan cik2 pesbuk.. yang berusaha memenuhi wall fb ku
ngan ucapan beserta doa.. sgt2 menghargai dirimu :)
happening betul...

syukran! tima kaceyy..


ayat-ayat drama yang cuba aku tonjolkan, hanya satu tindakbalas untuk mencari keunikan cara menunjukkan rasa terharu yang amat buat insan-insan yang telah menggembirakan hari2 aku. 
buat sahabat yang aku cintai ngan akak nor terima kasih sangat2 ngan birthday party, hadiah & kad ucapan. ingatan aku didalam doamu sudah cukup bermakna buatku.

dikalangan Insan2 ini, ada ucapan dari seseorang yang kunanti setiap tahun. kali ini awal pagi dia membuka pintu bilikku dan mengejutkanku "ita! selamat hari jadi..semoga panjang umur, murah rezeki. dan dapat keja cepat2, bagus2.." insan itu adalah. mama.. semoga tahun2 mendatang buatku masih ada lagi ucapan dan doa darinya. amin...


p/s : anahiettah takkan buat cerita seram, dia tak berminat untuk menakutkan diri atau sesiapa kerana sesungguhnya tiada siapa yang lebih berkuasa melainkan Allah, dan hanya Dia yang perlu kita takutkan. Allahuam, semoga kita senantiasa dilindungi & mendapat rahmat serta keredhaannya. amin ya rabb

0 komen disini:

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...