~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

imam muda baru

semalam 1 Julai 2011 bersamaan 29 Rejab 1432 hijrah berlangsung siaran akhir rancangan realiti tv yang berkonsepkan keislaman iaitu imam muda 2011 di astro oasis. Program anak tempatan pertama yang mencatat perhatian media antarabangsa dengan jumlah semakan di google 1.7 juta. masyaallah.
akhirnya keputusan juara memihak kepada Imam muda Hassan.
MOHD HASSAN ADLI BIN YAHAYA @ YAHUZA
anak kelahiran Ayer Tawar Perak (org kg encik fy ah..hehe) teman sungguh bangga dengan kome... tahniah kepada imam muda, sememangnya bakat dan karisma yang dimiliki melayakkan beliau mengengam gelaran juara imam muda terunggul 2011 selain memiliki senyuman yang manis...hihi.
sebagai Juara, imam muda membawa pulang hadiah bernilai RM350,000 termasuk biasiswa penuh (pakej platinum) selama empat tahun bagi melanjutkan pengajian di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah.


tidak kurang hebatnya juga dengan naib juara Imam muda Nazrul.
NAZRUL IZWAN BIN ZOLKIFLEE
 anak kelahiran Segamat Johor yang berkerja sebagai guru besar di sekolah rendah agama rakyat Nur al-Syahadah ini turut mempunyai kebolehan dan pakej tersendiri terutama dalam kepetahannya bercakap. sebagai naib juara imam muda mendapat mebiasiswa penuh (pakej emas) di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, wang tunai RM20,000, pakej perabot tajaan Jatimas serta pakej umrah tajaan Salamfon. Serta  pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi.

tahniah & selamat maju jaya termasuk semuanya peserta program tersebut, teruskn perjuangan anda semua dalam berdakwah kepada masyarakat..andalah inspirasi dan Icon nusa dan bangsa... (^_^)


jom intai ulangtayang video kemuncak imam muda 2011.. P/s: nk dengar sound klik stop dulu lagu background dekat bwh 2,,


part 1
 

 part 2

bagi tengok pengumuman ah terus..

tahniah 

0 komen disini:

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...