~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!! "

jom join sama2

بسم الله الرحمن الرحيم

Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: "Ballighu anni walau aayah" Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat

ketika singgah melawat mencari pedoman dekat blog Encik abang Qamarguyz ternampak la kempen ni, maka tertarik dan sungguh tertarik la diri untuk sama2 berkempen juga. apa tidaknya, ni kan kempen dakwah jadi sudah menjadi tugas kita sebagai orang Islam untuk berdakwa menyebarkan kebenaran kalamNya. kempen anjuran cik kak atika aula ini diharapkan mendapat perhatian ramai, kerana ia bukan sahaja menyedarkan diri dan tanggungjawab kita tapi turut mengajak kita berkongsi kebaikan dalam arena pemblogingan ini.

Tidak dinafikan bukan semua bloggers Islam arif tentang persoalan agama, tetapi sekurang2nya jagalah hukum Islam itu. Turut dinamakan dakwah apabila kita tidak menulis perkara yang sia-sia serta memaparkan gambar2 yang tidak baik. turut dinamakan dakwah bila kita membantu dalam perkongsian maklumat terkini serta mempromosi site2 islamik dan ilmiah. Blog merupakan medium paling mudah dicapai lapisan masyarakat, melalui blog sewenangnya kita bebas melontarkan idea penulisan kita. macam2 yang cuba dikongsi menurut rentak hati kita. tak kisah lah statusnya berkisarkan personal diary, perbahasan, masakan, tanaman ataupun keagamaan ayuhlah kita turut serta jadikan blog sebagai medium dakwah!..

Islam melarang kita daripada memandang remeh akan amalan yang kecil (kurang publisiti) yang dilakukan oleh seseorang kerana berkemungkinan dengan amalan yang dianggap kecil itu sebenarnya mempunyai pahala dan kedudukan yang lebih tinggi dan mulia di sisi Allah S.W.T. Allahualam.

Dalam konteks ini Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu memperkecil-kecilkan kebaikan walaupun sedikit. Sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri” (Muslim).

blognadi ana pilih 3 pemilik blog ini, jom dakwah yuk :>
1.rostini majin
2.muttaqiah
3.che siti


 

5 komen disini:

tieykah said... [reply]

bersama perjuangkan agama kita.:)

anahiettah afibs said... [reply]

Insyaallah, berani kerana benar... jom join sama

Anonymous said... [reply]

jom jom jom....

Atika Aula said... [reply]

syukran sebab sudi join contest ni..betul apa yg awak tuliskan tu. kita lakukan mengikut kemampuan diri kita kan. :)

anahiettah afibs said... [reply]

alhamdulillah ya...guna stigma amar mahruf nahi mungkar, menyeru kebaikan mencegah kemungkaran. kalau x dapat dilakukan dengan kekuasaan, lakukan dgn menasihati, klu xmampu jg...ingatkan dlm hati..

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...