~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini pilihanku

✿•••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••

(amaran : sama sekali tidak sesuai dijadikan bahan bacaan...hehe)

Hari ini terasa mau buat entry bersifat diari pulak, 
mungkin ini adalah entry terakhir selama aku berada di Wilayah Persekutuan. InsyaAllah esok, aku akan kembali ke tanah air..(ewah..macam perajurit pula)

baiklah, bila dah sampai kampung maka blog ini akan semakin-makin sepi lah ia. Mungkin aku akan update blog seminggu sekali, dua minggu dan boleh jadi jugak sebulan sekali. uis..sibuknya, macam menteri engkau...
alasan??..erkk..rahsia...

Sukar sebenarnya hendak membuat pilihan. selesai pembelajaran, selasa lepas aku ada menghadiri panggilan temuduga jawatan kerani akaun di sebuah syarikat swasta  di wilayah ini. Mula-mula bersemangat juga aku untuk berharap agar diterima bekerja lagipun memang impian aku juga untuk bekerja dalam pejabat. hehe..
Tapi, ntah...waktu ditemuduga tu tiba-tiba hati berbelah bagi teringat harapan mama yang mahu aku balik kampung menemaninya.
soalan-soalan si penemuduga aku jawab endah tak endah, dalam hati berkata ''harap-harap lah aku tak dipilih'', padahal aku tahu bukan cuma aku seorang yang datang untuk ditemuduga.

Tapi sudah namanya rezeki jugak hari yang sama telefonku berdering..
''Hello..cik,, (namaku disebut)
''ya..saya.."
''Cik macamni, kami sudah buat keputusan dan cik berjaya diterima bekerja, besok cik start kerja lah..ok jam 8 pagi, nanti ada orang yang bawa cik pergi buat ujian operator..ok"

........................tet ........................
aku tak sempat membalas apapun, talian dimatikan begitu saja..cakap 'ok' pun tak sempat apalagi mau bagi alasan-alasan lain.
Ya Allah ini satu kejutan yang memang tak disangkakan. Begitu cepat sekali, memang tak bersedia.. Rasa diri dalam dilema dan bingung hendak membuat pilihan. Antara membalas kebaikan orang (kakak dan abang ipar yang banyak membantu aku dan berharap aku terima kerja tu) dan (harapan mama di kampung). Biarpun aku tahu mama takkan menghalang aku jika bekerja disini, tapi wajah sayunya berlegar-legar difikiranku, yelah..sebab aku dah janji dengan dia, minggu ni aku balik.

sayang hendak dilepaskan, sebab terasa mau ambil pengalaman bekerja..hendak ditangguh pun tak boleh, akhirnya Fikir fikir, bincang-bincang, istikharah semua... rezekiku bukan disitu.
Lagipun aku terima alasan lain, persekitaran, pergaulan mungkin tu menambah lagi berat penerimaanku. Majikan yang berbangsa cina dan kebanyakan pekerjanya juga bukan muslim. Sebenarnya aku boleh bergaul dalam mana-mana manusia pun di dunia ni tapi ntahlah, seolah berat sangat rasanya hati. Aku teringat soalan kak Nor "dekat sana ada ruangan solat ke, surau ke dekat-dekat pejabat tu?" -''Tak tau lagi kak, mungkin adalah kot, tapi kalau surau takda pulak..yang pasti tokong ada"... ''hehehe...amboi, ikut kata hati adik la, apapun pilihan ita..semua ada hikmah disebaliknya..jangan sedih-sedih tau, fikir baik-baik...bincang ngan kakak apa semua..yea"

Jadi inilah keputusan aku, lepaskan pilihan untuk bekerja itu..
waktu yang sama aku menerima mesej dari kak Nor lagi, dan ia cukup menyentuh hatiku:



''adikku syg...
tiada yg perlu dirimu khuatirkan atau kesalkan mengenai pilihanmu...
yakinlah syg, pilihan yg dibuat berlandaskan kepentingan agama tidak akan mendatangkan kerugian...
yakinlah sygku sesungguhnya Allah tdk akan membiarkan hambanya yang beriman terumbang ambing tanpa hala tujuan.......
setiap yg berlaku ada hikmahnya kan ;)
tenangkan hati tue + senyum2 selalu :)''

setiap kata-katanya sangat berbisa..terima kasih mendidikku akak.. 'walaupun akak jauh dimata tapi dekat dihati..selamanya InsyaAllah' :)



dan aku percaya....:)



..................................................

2 komen disini:

teha said... [reply]

rezeki ade di mn2 kan :)

bicara said... [reply]

teha..betul tu..Insyaallah :) terima kasih merajinkan diri melawat disini tau..hehe..

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...