~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bauan najisnya menjadi seharum kasturi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Entry hari ni sekadar berkongsi sebuah cerita yang mungkin anda pernah dengar, tapi tidak ada salahnya kan kita kembali memautkan ingatan untuk mengutip hikmah dan pengajaran yang ada. InsyaAllah..



-Kisah pemuda yang takut zina-

ianya berkenaan seorang pemuda yang tampan dan segak yang cuba diperdaya dan digoda oleh seorang wanita yang telah lama menaruh hati kepadanya. wanita tersebut telah menjerat pemuda itu dengan mengugut jika pemuda terbabit tidak mengikut perintahnya (berbuat zina) .. wanita itu akan menjerit meminta tolong agar semua penduduk tahu bahawa pemuda itu berniat tidak baik terhadapnya.


namun, pemuda tersebut yang tulus hatinya telah mendapat satu idea dimana pemuda itu meminta izin untuk pergi kebilik air dan dalam masa yang sama, pemuda itu menyuruh wanita itu bersiap-siap. pemuda itu menbuang air besar dan melumurkan najisnya keseluruh badannya. alangkah terkejutnya wanita itu dan dengan rasa jijik, pemuda tersebut dihalau.

setelah terlepas daripada keadaan itu, pemuda tersebut ingin pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan dalam masa yang sama, azan juga berkumandang. dengan bauan yang tidak enak ditubuhnya setelah membersihkan diri tadi, pemuda itu terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya.

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi.

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. KUATKANLAH HATIMU DENGAN AYAT-AYAT SUCI DARINYA.

takutlah dengan azab Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

wallahualam Bissawab

0 komen disini:

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...