salam pertemuan,
Kalau anda kenal dengan penulis Fatimah Syarha Mohd.Noordin, anda pasti kenal dengan karya-novelnya yang cukup hebat bertajuk ''Syabab Musafir Kasih''. Tapi kali ini aku bukan ingin bercerita tentang jalan cerita mahupun sinopsis Syabab, cuma ingin berkongsi sebuah puisi menarik yang dipetik dari novel tersebut. (kalau mahu tahu ceritanya, sila baca novel...hehe)
Puisi ini menampilkan situasi realiti pemuda akhir zaman, ia cukup sinis memberi bibit-bibit kesedaran dan motivasi kepada insan yang bernama lelaki.
ayuh jom.. hayati bersama...
Dulu
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi
Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah
Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh
Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul
ambil yang jernih, buang yang keruh..
sekadar perkongsian.. jap nanti aku akan cari tentang 'wanita' pulak..
yang penting jaga diri hiasi peribadi. Lelaki atau wanita masing-masing berperanan sebagai pembela agama dan bangsa. Ayuh perbaiki diri lagi, pengajaran untuk diri juga. yeah...
yang penting jaga diri hiasi peribadi. Lelaki atau wanita masing-masing berperanan sebagai pembela agama dan bangsa. Ayuh perbaiki diri lagi, pengajaran untuk diri juga. yeah...
p/s: mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan terima kasih buat admin ke-2 BNM.. Zack Hazze, terima kasih kerana sudi melemparkan idea penulisan anda disini. Jangan lupa hayati puisi tu baik2 yea..
0 komen disini:
Post a Comment
titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah