sedari begitu lama aku bercuti menulis entry, aku kembali dengan keterujaanku setelah habis membaca sebuah novel lama yang bertajuk ''Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck''. Novel yang berunsur Islamic yang begitu popular hasil karangan Hamka atau nama sebenar beliau Haji Abdul Malik bin Abdul Karim. Sebenarnya dah lama aku berhajat menulis entry tentang ni, hari ini barulah terlaksana.
-ni mak aku yang cakap. hehe.
Waktu tu aku tak berapa endah sangat cerita-cerita novel ni, alasan bagi aku 'tak mau ditipu oleh buku'..yelah bila tau cerita macam sedih-sedih ni tak mau lah layan. Tapi ni lah novel pertama yang buat aku bagai melayang-layang diangkasa (metafora rasa ke'best'an la tu)
bukan apa, hasil tulisan novel ni ditulis begitu rapi dan cantik sekali dengan ayat-ayat yang begitu indah...
Example:
''sekiranya kau bertemu denganku ditengah jalan, tanpa memperdulikan kata-kata orang, aku akan menyimpuh dihadapanmu. seandainya kau tak peduli juga lantaran kebencian memenuhi hatimu, aku akan mengikut kemana saja langkahmu..kerana sekurang-kurangnya kau toleh juga aku dibelakang''
menarik kan maksudnya?..hihi.
jom baca...
ok, sedikit sinopsis yang dicopy dari wikepidia,
Buku ini mengisahkan cinta tidak kesampaian seorang pemuda kampung miskin yang tidak punya saudara bernama Zainuddin terhadap seorang gadis daripada keluarga ternama bernama Hayati. Namun cinta mereka tidak mendapat restu keluarga Hayati. Pinangan Zainudin ditolak, dan Hayati dijodohkan dengan pemuda pilihan keluarga bernama Aziz yang dikatakan lebih layak.
Penangan Van der vijck, banyak ayat terbaik dalam novel ni aku salin dekat privacy note. hehehe..
6 komen disini:
akak da penah baca dulu. dah naik lupa citernye
tanpa budi tiadalah bahasa,
tanpa malu, hilanglah budi pekerti seseorang individu.
i like its frend luv u so much sebab bg pinjam bku nie
dah kata kan...? hehehe..
Saya sungguh berminat untuk membaca sumua entri di blog ini... tp tolong kami alih widget gadis tu.. supaya tak m'halang padangan...
terima kasih kerana berminat... :) maaf diatas kesulitan, Insyaallah atas pandangan itu akan dilaksanakan.. :) :) jom kemari lagi
Post a Comment
titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah