Bismillahirrahmannirrahim....
menyingkap hobi dimasa lapang, aku memang jenis orang yang suka membaca, lapang ke tak lapang memang kena setiap masa membaca. yelah, persekitaran dikelilingi huruf-huruf adjab, roman, jawi dan sebagainya bak kata orang seribu satu huruf yang digunakan diseluruh dunia. maka kita akan bermula untuk membaca dan membaca kemudian jemari mula menyusun kata bergerak dengan pena mengalun rasa~~treng teng teng,,,
aduhai, kalau ikutkan tangan ni menaip entah apa-apa la merepeknya.
Niat hati cuma nak bagitau hobi terpendam selain membaca dan menulis ialah 'membuat poster'. "payah ngabar?'' ehehe..
aku kalau dah jumpa komputer, selagi aku tak bedah siasat semua perisian dalam tu memang tidak sah. konon wajib lah ni yea...
tapi dalam banyak-banyak perisian untuk 'edit mengedit' ni..aku jatuh cinta dengan Adobe Photoshop biarpun ada lagi yang lebih UNGGUL dibandingkannya. ceh! ayat takleh pakai betul..
ikutkan memang banyak poster yang telah aku hasilkan, tapi apakan daya folder tak tersusun, hilang dan terpadam perkara biasa..hehe.
ni antara poster 'kata-kata motivasi' yang aku printscrin dari album facebook, bercampur-campur dah dengan poster orang lain. -suka copy2- ngee~
yang lain malas pula nak masukkan...heee
kadang-kadang aku perhatikan ramai suspek yang copy gambar-gambar ni. tapi aku tak kisah, malah aku turut senang sebab aku sebahagian dari mereka, copy, learn and share adalah lebih baik kerana melalui gambar juga sesuatu yang ingin disampaikan mudah difahami apalagi ia berkaitan dakwah islamiah.
baru-baru ni aku ikut peraduan mencipta poster dakwah di Facebook dalam official FB fage ustazah pilihan Firuz. kontest ni berakhir 5 febuari 2012 jadi sekarang tengah kumpul LIKE la gamaknya. tapi jenis aku yang tak rajin nak usha rakan-rakan facebook untuk minta dan paksa (sambil-sambil acu senapang) untuk diaorang klik 'LIKE' memang takkan berhasil.. aku sekadar 'share' sahaja, mana-mana yang berkenan tu pandailah diaorang like sendiri.
aku pun tak berniat nak menang biarpun ada hadiah cukup lumayan. Poster rakan yang lain jauh lebih gratis, inovatif dan fantastik...gulp~
dengan tanpa segan silu, aku hantar 5 poster. terlebihhh sudahh!!
hobi kaaaaan.....
tu diaaa...
harap dapat diterima..
sebarang lontaran komen membina sangat digalakkan..
Assalamualaikum :)
2 komen disini:
like sgt2, especially yg 2nd tue.... ~_^
emm...hihi.. cuma diedit & diubah suai kata2 org.. terima kasih akak
Post a Comment
titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah