pada yang tengah bersedih tu apapun yang dialami cekalkan hati. Allah sentiasa bersamamu, DIA ada disana merindui rintihan kita. La Tahzan! merenunglah dan bersyukurlah, yang lalu biarkanlah berlalu, hari ini adalah milik anda, masa depan akan datang dengan sendirinya. Allah akan menggantikan sesuatu yang hilang atau pergi itu dengan lebih baik.
hehe-macam pernah dengar ja ayat ni kan..? mestilah, antara topik yang dimuatkan dalam buku Dr. Aidh al Qarni iaitu 'La tahzan'-jangan bersedih.
tak tau?...hm, rugi tau tak baca. wah! sempat promote..
apapun, perjuangan belum selesai. Dunia terlalu indah untuk ditangisi.
TERSUNGKUR DI PERJALANAN ADALAH LUMRAH
TETAPI
JANGAN JADIKAN ALASAN UNTUK TERUS REBAH
p/s : PERNAH rasa nak cari ibrah dalam kartun Tom & jerry tak. kenapa aku rasa kasihan dengan si kucing Tom tu?? isk isk...
0 komen disini:
Post a Comment
titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah