Fahamkah dan mengertikah kita maksud sebenar yang terkandung dalam "Insyaallah''?
Selalu disebut...bukan takat orang melayu, orang bangsa lain especially yang ber'AGAMA Islam pun sebut. macam aku bangsa Bajau Sabah, dalam masyarakat sendiri, jiran tetangga, rakan taulan, makcik jual kangkung, abang mesin rumput... memang tak asing lah perkataan 'Insyaallah' tu. bila jumpa rakan sembang tu...
'No, pitu kau maung..setemu kiti'.. ''insyaallah amun teko" ..
"kau jangan lupa bagitau siti aku kirimsalam"..
"insyaallah..."
Apakata kita lihat dulu maksud "InsyaAllah" dalam masyarakat kita yang selalunya bererti dan beranggapan:
"jika seseorang menyebut "Insya Allah" maka orang akan fikir orang itu tidak mungkin akan menunaikan kata-katanya. seringkali dengan menyebut "insyaallah'' selalunya digunakan untuk melepaskan diri, yelah..konon supaya nampak "tidak menipu la tu"
kita lebih mengharapkan orang tu cakap "ok kompom besok aku datang" dari mengatakan "IsyaAllah esok aku datang".
kadang ada yang sampai cakap..
"man, ko jangan lupa pegi majlis Anugerah pekerja terbaik untuk aku malam ni"
"oh ya?... tengoklah..."
"engkau ni, rugi tau ko tak datang tengok orang selayaknya macam aku dapat anugerah"
"yelah...insyaallah..nanti aku datang la.."
"ko jangan insyallah..insyaallah je...wajib taw!!"
perhatikan,
sudah lah si teman Man ni melatah pasal 'insyaallah' lepas tu kena wajib datang lagi. apsal dia beriya sangat ajak Man datang. saja la tu mau menunjuk-nunjuk dia dapat anugerah.
si Man pulak nampak macam endah tak endah, bercakap pun tak bersemangat seolah-olah kalau boleh dia nak cakap "hade aku kesah?"
disebabkan masyarakat kita terbiasa dengan cara itonasi dan bahasa macam ni. maka seolah-olah kita meminggirkan Allah dalam setiap tindakan yang kita lakukan. "Kun faya kun" jika Allah mengkehendaki dan mengizinkan sesuatu itu terjadi maka jadilah ia. semua atas izinnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Jom kita cuba faham sama-sama ^_^
Insyaallah yang membawa maksud "dengan izin Allah Swt" adalah satu perkataan yang selalu digunakan berkaitan dengan janji. dalam bahasa omputehnya ialah "with god's will".
selalunya apabila kita berjanji, orang yang perlu menunaikan janji itu akan berkata "insyaallah" bagi memberi faham si penerima janji itu bahawa janji itu konfirm akan terjadi hanya dengan keizinan Allah swt.
saya ulangi ''Hanya dengan Izin Allah SWT.!!"
dalam surah al-kahfi ayat 18 : 23, Allah SWT berfirman:
Dan jangan sekali-kali kamu mengatakan tentang sesuatu "Sesungguhnya aku akan mengerjakan ini besok pagi,"
atau..
atau..
haish..panjang pula cerita....ok stop.
baiklah..
bayangkanlah anda cakap "yea, kompom minggu depan aku datang tengok ko kahwin..jangan risau, aku jadi pengapit ko lagi time tu"
~cis, macamlah anda pasti sangat-sangat yang anda dapat hadir ke majlis kahwin sahabat anda tu. ketentuan Allah kita tak tau. jika ada aral yang melintang, sampai kita tak dapat nak mengelak macamana?. tidakkah nanti sahabat anda tu bersedih dan mengatakan anda "tidak amanah" atau "tidak boleh dipercayai" atau "pembohong" "dusta" dan sebagainya. Allah juga amat membenci orang yang suka memungkiri janjinya, kecualilah orang tu dah berhabis daya berusaha nak pegi tapi tak dapat juga. ni tengok dari hati lah ni..
Allah itu maha penyayang dan maha mengetahui, setiap perkara ada kepentingan dan hikmahnya. siapa tahu saat kita tidak dapat melaksanakan janji itu sebenarnya DIA mahu menyelamatkan kita dari suatu musibah. Allahualam,
tetapi ia berserah pada diri, kita memang berani nak pergi...nak pergi sangat-sangat la ni. tapi yang menentukan cuma Allah SWT.
si pemberi janji "harus TULUS dan IKHLAS menyebut Insyaallah ketika hendak menunaikan janji"
dan si penerima janji pula harus PERCAYA dan sebaiknya 'mendoakan' si dia supaya dapat menunaikan harapan kita.
but...but..but! harus dingat!
yang penting jangan pulak sesuka hati menyebut 'insyaallah'..seperti dalam situasi:
" Insyaallah, malam ni jam 8..tak sabar nak berparty sakan at club baru tu" ok see u.."
"insyaallah, I do the best meniru dalam exam kali ni"
"insyaallah, nanti aku datang umah ko. kita umpat pasal si Salmah tu"
no..no...no!
~ingat, jangan dibuat main..kita guna nama Allah tu~
aku harap, kalian faham
p/s: sesapa yang masih tak faham, cuba dengar lagu Maher Zain 'insyaallah' tu..bessssstt... err?
Entry lama yg tertimbus dalam longgokan draf, time cari gali...terjumpa pula. takpa, nak tarik keluar ke pangkal jalan..
wasalam
2 komen disini:
ana...dH kmbali cuma utk mengomen, good entry! papun, insyaallah dH kembali :) hihi
terima ksih BH, seringlah dtg cni..mmberi sokongan :)
Post a Comment
titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah