~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kau bilang kau sahabat


Kau bilang kau sahabat,
Sehingga dirinya menaruh percaya,
Namun percaya yang diharap,
Kian pudar ditelan zaman,
Selari tuanya umur persahabatan.
Kau bilang kau sahabat,
Kisah baiknya kau kecilkan,
Hikayat buruknya kau besarkan,
Sedang dia menyebar baikmu,
Sedang dia mengubur burukmu.
Kau bilang kau sahabat,
Salah temanmu kau biarkan,
Katamu, dia hidup dia aku hidup aku,
Sedang dia tidak jemu ingatkan salahmu,
Bimbang nasibmu.
Kau bilang kau sahabat.
Aibnya kau cerita, bahan ketawa,
Bukan hanya kepada seorang, kepada semua,
Sedang maruahmu dijaga olehnya,
Sedang aibmu erat digenggamnya.
Kau bilang kau sahabat,
Baikmu hanya dirimu sahaja,
Tidak peduli kepada si dia,
Katamu, dia sudah baik sempurna,
Tidak perlu diajak dipelawa,
Ah! Kau lupa, dia juga manusia.
Kau bilang kau sahabat,
Ya, kau memang sahabat baginya,
Walaupun doamu tiada,
Namun doanya untukmu tetap tersedia,
Percaya yang kian sirna,
Dikukuh kembali, dipatri rapi,
Ya, dia masih percaya,
Percaya kau sebagai sahabatnya.
Baginya kau masih sahabat,
Sahabat dunia Akhirat,
Walau bagimu dia bukan sesiapa,
Bagimu dia hanya sahabat dunia.

Pena Kelana


menyapa seketika dengan secangkir puisi khas buat semua insan yang bernama sahabat :)  puisi indah yang ku salin tampal milik Muhammad Hasif Tumiran. 
jagalah sahabatmu, fahami lah dia kerana dia lah manusia yang akan berlari sepantas2nya untuk mendapatkanmu saat yang lain pula berlari pantas meninggalkanmu.
dia yang mengerti saat kau berkata 'aku lupa', akan setia menunuggumu selamanya meski kau berkata 'tunggu sebentar'. namun..dia takkan tinggalkanmu saat kau berkata 'tinggalkan aku sendiri'. dia akan membuka pintu meski kau belum mengetuk dan berkata "boleh saya masuk?"


sahabat Afibs yang terlalu aku rindui, dimana pun kalian berada semoga bahagia selalu. semoga kenangan kita bersama tidak dilupa :) Allah bless ur


4 komen disini:

LiFe KaMi said... [reply]

rasanya blog kamu dah ok,kami cari kat google blog kamu takde masalah..kena take time sikit..

ROJAK said... [reply]

Life kami, keyword apa yang senang jumpa blog ni?

anahiettah said... [reply]

life kami: yea..sy da cuba, mulanya memang ada problem malware tp sebab x senang ati sikit sy try g, & cuba pulak buang link rakan yang dijangkiti. alhamdulillah skrg da ok :)

anahiettah said... [reply]

Rojak_ tya apa tu?.. keyword rojak tu.. :)

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...