~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

apa ada di kota belud?


ada pokok,
ada rumah, ada batu, tanah, dengan udara yang sama.. apa bezanya dengan tempat lain?  kalau pasal bangunan, ada lah... tapi tak setinggi KLCC atau menara PWTC Amerika yang dilanggar habuk. (habuk?) hehe..anak buah gelar kapal terbang tu habuk.. ntah sapa la ajar budak ni.

Pasal binatang atau haiwan2 lak, of course ada...mustahil kota zoo ni tiada binatang. Sepanjang perjalanan mesti nampak hewan2 peliharaan ada disana sini. lembu, kambing, kucing, anjing serta golongan2 berbisa yang amat digeruni.. jalan raya tu macam rumah kedua mereka, jangan heran..sungguh jinak-jinak belaka. jangan pulak korang tanya Dinosour, ada nanti kena ketuk ni.. heee

berbalik kepada tajuk utama. apa ada di kota belud?.. bertanda soal pulak tu, takpa la..aku soal, aku jawab sendiri. sekali sekala buang tebiat.

disebabkan aku sendiri sebagai pemilik blog ni berasal dari Kota belud, jadi dengan rasa bangga nya aku mau perkenalkan daerah tercintaku ini. (semangat, ala2 YB berucap)

macam tidak ngam pulak tajuk tu. kalau soalan apa yang ada, mestilah macam2 ada,..kalau diceritakan memang takkan habis. jadi aku ambil kesimpulan dengan mengubah tajuknya "apa yang best dekat kota belud"
best atau tidak, tengok jelah apa yang best.....
jom lihat satu persatu.

1. budaya
di daerah Kota Belud, mempunyai pelbagai keunikan budaya disebabkan kepelbagaian kaum yang ada. contoh suku kaum bumiputera seperti kaum Dusun, Bajau, Irranun, Murut serta Sungai. Hanya sebilangan suku kaum kantonis dan hindu. dalam kategori kaum ni ada yang beragama Islam dan ada beragama Kristian. masing-msing mempunyai perbezaan bahasa dan budaya. perbezaan ini bukan menjadi halangan dalam penyatuan negara merdeka. masih ingat lagi konsep pembinaan negara yang digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w.? hah, tu sejarah penting tu...mesti ingat & tau


2. makanan & alatan
bila budaya, serta bahasa lain-lain. semestinya juga wujud kepelbagaian dari segi makanan dan alatan hasil ciptaan tangan manusia. sebut pasal makanan, memang banyak kuih2 tradisional yang ada. carik saja dekat tamu atau pasar, jangan risau semestinya HALAL. dekat kota belud, jualan daging2 atau makanan yang TIDAK halal tidak akan dijual secara terbuka samaada di pasar-pasar yang berdekatan berbanding ditempat lain.  kecualilah dekat restoran2 yang diusahakan oleh pemilik yang bukan muslim. antara kuih tradisional yang paling popular dekat sini ialah:
kuih penjaram!!
KUIH PENJARAM
boleh didapati dalam macam2 perasa. manis2 sedap... ada banyak lagi tapi tu saja yang aku mau bagi tengok..






3. Tamu besar- Ini merupakan tarikan utama pengunjung luar untuk datang ke Kota belud. tamu besar ini merupakan tamu terbesar yang ada di Malaysia. mau tau macamana besarnya, datang la ya...welkem2. cuma event ni setahun sekali saja.. ni antara gambar2 yang terjumpa dalam google..yelah tue
puteri2 bajau
parang
kraftangan
kuih tradisional

4. Cowboy of kota belud - Abang2 panglima berkuda ni popular di seluruh dunia dengan gelaran 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. 
ni yang bestnya, apa-apapun perayaan seperti majlis perkahwinan, aktiviti sambutan yang melibatkan kedatangan pengunjung akan diadakan perarakan berkuda yang lengkap dengan perhiasan bajunya.
ni contoh perarakan dari pihak pengantin lelaki

ada berani ka

semangat negaraku
warna warni kota belud 
cukuplah ni saja yang dapat aku rungkaikan tentang ke'best'an yang ada di kota belud. korang jangan cakap xbest lak.. jagalah hatiku walau sedikit..he2.
 kesimpulannya, kena ada peribahasa ni. ''dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung'', yang penting? jangan lupa diri..


"Bertahajjud menyerikan wajah, bersyukur membajai barokah, bermuhasabah mencetus hikmah, bertawakkal membuahkan pasrah, bersaudara menyemai ukhwah kerana Allah" 


p/s: lupa pulak bagi tau tempat2 menarik yang ada di kota belud, takpa la..nanti bila dah ingat aku bagitau 
~jangan berkerut~

7 komen disini:

anahiettah afibs said... [reply]

hihi....ya ya... kota belud ni.. jom lah dtg melawat2 jiran tetangga...

Unknown said... [reply]

sy suka p tamu besar KB.. hihi

rostinimajin said... [reply]

saya pun suka sangat pergi ke Tamu KB...beli jagung kg....bila la ada peluang mau pulang KB ni....

know me said... [reply]

wah mcm2 ada...
nk pegi, nk pegi
tp bkan sbb smua tue, nk pegi sbb ksygn2 akak ada kt sana........

anahiettah afibs said... [reply]

ekeleh akak, hehehe... tu la, bila dapat g sini?.. adinda2 mu disini sentiasa menanti kedatanganmu wahai ukhti ku sayang..hehe

Emmet said... [reply]

wah, post yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

anahiettah afibs said... [reply]

makasih emmet...

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...