seolah suram dunia
tiada cerah yang kelihatan
tapi gelap sekeliling dunia
hingga sesak dadamu..tersekat-sekat nafasmu
kau rasa tempatmu bertaut terlalu rapuh
hingga tunggu masa untuk jatuh
bagimu dunia amat sunyi
dan kau fikir kau berseorangan
menggenggam semua duka.
menggalas semua masalah.
mujur kau tidak salahkan takdir
menimpah ujian sebegitu berat buatmu..
kau bertafakur, bermunajat memohon agar beban menjadi ringan.
sepanjang malam air mata menjadi teman
hingga kau lupa untuk tersenyum.
suara-suara nyaring unggas
kau rasa seolah mengejek
tapi pernahkah engkau hayati disebaliknya?
andai saja kau tahu, kau pasti terkejut
betapa suara sayu mereka memecah kesunyian alam
jika kau fikir dalam kesedihan kau berseorangan,
kau silap..dunia menangis melihat kau bersedih.
dan aku tidak mahu melihat kesedihan itu..
izinkan aku tampil sebagai pengubat hatimu.
meski kau tak perlukan aku..
aku pohon kepadamu pulangkan keceriaan mereka.
SENYUM lah..'' ;-)
dont be sad tau....^_^
8 komen disini:
senym :)
Jangan bersedih
Senyumlah,senyumla,ahai cek mek molek
nk kena nyanyi lagu najwa ni..senyum x perl kata apa2..hehe
senyummmm....xperlu kata apa2...:-)
senyum kemudian saya kata suka puisi anda
sungguh hijauuuu....that mean like ana..hehehhe. aku xdak apa nk post..budak baru bljr~
still alive_ya senyum x perlukan apa2.. cuma perlu maniskan senyuman lg..
anony_ alhamdulillah, tengkiu bab suka.. ana pun suka kalian.. hee.. geyam2..
budak hijau_hijau mean suka ek.. sy pun budak baru bljr..kita bljr sesama la.. :)
Post a Comment
titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah