✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.
Apa kelebihan Ka’bah dari aspek sains fizik dan spiritual serta gelombang yang bergetar di sekeliling Ka’aba jika melakukan tawaf mengikut arah lawan jam sebanyak 7 kali ?
Mungkin sebahagian daripada pembaca blog buaya-Merah sudah pun menyedari akan kelebihan ‘ arah lawanjam’ ini.Mari kita renungi bersama kelebihan Kaa’bah ini.
Allah S.W.T. telah berfirman: Maksudnya: Dan (ingatlah), ketika Kami menjadikan rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian maqam Ibrahim (tempat berdiri Nabi Ibrahim ketika membina Ka’bah) sebagai tempat solat. Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail:
“Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, iktikaf, rukuk dan sujud”. (Surah al-Baqarah: Ayat 125).
Kenapa Kaa’bah berbentuk empat segi? Bentuk Kaa’bah empat segi kerana menunjukkan struktur Islam itu sendiri dan gelombang otak juga mempunyai empat jenis iaitu “beta”, “alpha”, “theta” dan “delta”.
Kenapa Kaa’bah ditutupi kelambu berwarna hitam? Ini menunjukkan manusia dipenuhi dengan hawa nafsu. Islam sahaja yang boleh mengawal hawa nafsu tersebut seperti sedikit warna emas yang terdapat pada kelambu Kaa’bah itu.
Kenapa putaran tawaf di Kaa’bah berdasarkan arah lawan jam? Jika dilihat dari satelit, Kaa’bah berada di pusat bumi. Putaran tawaf berdasarkan arah lawan jam kerana ia tertakluk kepada hukum tangan kanan. Kalau seseorang itu bertawaf dengan betul, tenaganya akan meningkat pada gelombang ini dan orang yang sakit pun boleh sembuh.Seperti kisah-kisah yang kita selalu dengar apabila adanya tetamu Allah yang agak uzur atau berpenyakit namun apabila sampainya di Tanah Suci menjadi sihat.
Kenapa solat menghadap Kaa’bah (kiblat)? Solat menghadap kiblat juga seperti bertawaf di Kaa’bah. Ini jika dibuat pengiraan dari sudut ketika rukuk, sujud dan sebagainya dalam perlakuan solat.Cuba kita fikirkan kebaikan ketika bersujud yang dijelaskan dapat menghilangkan stress.
Kenapa Kaa’bah di Masjid al-Haram dipanggil Baitullah? Baitullah ialah rumah Allah. Semakin rendah gelombang maka semakin kuat tenaga seseorang itu. Doa’ makbul di Kaa’bah kerana kesedaran bertuhan iaitu semakin kuat tenaga seseorang itu menunjukkan dia semakin mencintai Allah.
Rumusannya ialah kita mesti menghayati ibadat sama ada ketika bertawaf di Kaa’bah atau ketika solat di negara sendiri. Bagi menyelaraskan gelombang Kaa’bah dan gelombang kita ketika solat, lakukan solat dengan tenang.Insya Allah kita akan jadi lebih sihat.
~aku melihat betapa beruntungnya umat islam yang menjadi tetamu Allah ke Tanah Suci ini.. akan kah tiba juga langkah ini kesana...? perkenankan ya Allah..amin ya Rabbal alamin
1 komen disini:
Pulau pandan jauh ke tengah,
gunung daik bercabang tiga,
hancur badan di kandung tanah,
BUDI yang BAIK dikenang juga
:) terima kasih atas post saudara.
Post a Comment
titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah