~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wanita dan Biskut

••بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ ••

Sebelum meneruskan penulisanku tentang lelaki yang dicintai buat edisi ketiga. Rasa nak rehatkan entry kepada bacaan yang lebih santai. yelah, asyik buat entry yang nampak berat untuk dihadam (tiada idea lagi sebenarnya. hehe) lagipun beberapa entry lepas asyik beremosi saja. 

Takpa lah, hari ni rasa free dan tiba-tiba datang kerajinan hendak menaip maka dengan senang hati aku teringin share sebuah cerita yang aku terbaca dari sebuah risalah milik Syarikat Alam Maritim. (memandai aku sebut nama syarikat orang)

ok, lets begin!

seorang wanita semasa dilapangan terbang membeli sebungkus biskut dan disimpan didalam tas tangannya.

sementara menunggu waktu berlepas, beliau singgah disebuah restoran. Memandangkan semua meja dipenuhi pelanggan, wanita itu terpaksa duduk dimana ada seorang lelaki juga duduk disitu.

wanita itu berasa tidak selesa, namun tetap memesan minuman dan mengunyah sekeping demi sekeping biskut diatas meja itu.

wanita itu berasa sangat jengkil dan tidak senang hati bila lelaki disebelahnya itu turut memakan biskut itu. Dalam hatinya berkata "Enaknya kamu memakan biskut aku tanpa izin pun". Dan setiap kali wanita itu mengambil biskut, setiap kali itulah lelaki itu mengambil dan memakannya.

Sakitnya hati wanita itu terhadap lelaki tersebut bukan kepalang. Bagaimanapun, lelaki itu tetap ceria dan tersenyum meskipun menyedari wanita disebelahnya sangat tidak senang dan memandang jelik kepadanya.

Sehinggalah tinggal sekeping biskut yang terakhir diatas meja itu  dan kali ini wanita itu berhenti mengambilnya. Dalam hatinya berkata, "aku mahu lihat apa lelaki itu mahu buat pada kepingan biskut yang terakhir itu".

Setelah beberapa ketika, apabila difikirkan wanita itu tidak mengambilnya, lelaki itu pun mengambil biskut itu dan mematahkannya menjadi dua. Sebahagiannya diberikan kepada wanita itu manakala sebahagian lagi dimakannya. Bertambah-tambah sakit hati wanita itu.

Setelah mendengar pengumuman penerbangan pesawatnya, wanita tersebut terus menuju ke pesawat. Didalam pesawat, wanita itu membuka tas tangannya dan alangkah dia terkejut apabila mendapati didalam tas tangannya masih ada biskut yang dibelinya tadi!.
Barulah wanita itu tersedar, biskut yang dimakan tadi adalah milik lelaki itu..

malunya aku...!


Jadi apa kesimpulannya?
Kisah yang memalukan sebegini mungkin pernah terjadi dalam hidup kita walaupun dalam cerita dan peristiwa yang berbeza.  ada sesiapa yang tak reti nak rasa malu? emm..buat-buat tak malu tu, ada lah kan..

mungkin kisah sebegini hanya dianggap satu perkara yang remeh "ala...kesilapan kecil saja. lagipun tak sedar..takpa la..Malu sekejap oke maintain." 

dalam pada nak cover rasa malu tu, kebanyakan kita terlupa atau sengaja tak mahu nak ingat peristiwa tersebut apalagi hendak meminta maaf.
jadi jom tanya diri masing-masing apakah proses maaf dan memaafkan ini sudah terlaksana sebagai kewajipan atau sekadar tradisi yang tidak bermakna dan beerti dalam kehidupan. 

"jadi kau mau aku buat apa, terjun dari pesawat tu semata-mata nak cari lelaki tadi untuk minta maaf?"

Tidak..apakata kau minta maaf pada dirimu sendiri dahulu sebab berkelakuan sinis dan sombong. 

(bingung dengan ayatku..?)

Ya..terjun saja kalau berani. :)

Mohon ampun kepada Allah SWT, minta maaf kepada manusia

Dasarnya, MANUSIA merupakan makhluk yang ego, yang sentiasa ingin menang dan memperlihatkan dirinya sentiasa benar. Tidak ada salahnya jika yang ingin dipertahankan itu adalah kebenaran yang semestinya telus, shohih dalam setiap pandangan. Namun, bagaimana jika terus berlanjutan menegakkan benang yang basah? yang memerhati adalah akal fikiran bukannya bicara nampak buaya dikata biawak yea... 

ini adalah bukti dari kepingan risalah itu..bukan copy paste dari Google tau.
Motif~saja nak tunjukkan aku rajin menaip. ehehe..
tak tanya pun~


eh eh...ter'upload pula gambar boipren.
(buat gosip sendiri)
astagfirullah al azim..



-Ada satu peristiwa yang pernah berlaku dekat aku. Tidak lah memalukan sangat cuma rasa sebal sikit bila terhantuk dekat tiang penghadang, kemudian hampir terjatuh dekat publik lak tu. bunyi dah kuat, rasa nak bergegar otak juga..macamana lah boleh tak nampak ni?..ish ish.. paling tak best bila dengar suara orang-orang tu ketawakan kita. Ada pula yang tanya "sakit ka?''

 ....emm..boleh tahanlah, Allah dah bagi rasa sakit...Husnuzon, untuk ingatkan kita yang Dia sayangkan kita....
peringatan lah tu..jalan elok-elok.




p/s : Mungkin tulisan ni nampak terlalu mengada-ada, atau naif mencerna maksud yang tersirat. kemungkinan yang ingin disampaikan terlalu berlebihan atau salah. Hamba cuma mengajak kita menelaah sesuatu kebiasaan dalam kehidupan kita. wallahualam. 

Wasalam.   

2 komen disini:

Zack Hazze said... [reply]

sekali dia yg malu makan biskut laki...tp laki tu mmg gentleman laa siap patahkan biskut nk kongsi...

siap ada gmbar bopren lg yaa ita...kenalkan laa pd Zack bopren ita tu...hehehe...

yg terhantuk kepala klau org tnya "sakit ka???"
suruh dia try plak...hehhee...

anahiettah afibs said... [reply]

hehehe..zack hazze, sy x boleh ktwa kuat2..bapak sy cakap nanti menangis..apalah kamu..

a'ah kan, gentleman..mesti dia kesian tgok pmpuan tu..

yg bopren tu, zack xpyh kenal..nnti zack pulak yg minat dkat dia..ish ish...

xda pula sy suruh dia try..
jujur saja sy ckp 'sakit' em em em...

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...