✿¸.•❤••❤•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •❤••❤•✿¸.
sesudah milik insan yang pertama ini aku menulis tentang lelaki selepasnya.
patuh ku sebagai anak yang belum bernikah, ku sandarkan rasa cinta dan kagumku pada lelaki yang bernama ayah. bapak..ya, dialah lelaki selepas pertama itu.
andai aku masih si anak kecil
tanpa segan aku akan memeluk dan menciumnya tiap kali berlari mendapatkannya..
aku akan merengek penuh mengada-ngada untuk menarik perhatiannya
lalu mendengar dia berkata ''putri ku yang manja"
-saat itu aku akan tersenyum-
tapi sayang...itu cuma luahan 'andai saja...'
mungkinkah peristiwa itu pernah ku alami 20 tahun lalu..
saat anak kecilnya ini tertidur di ribaan tangannya.
dengan rentak tarian terhinjut-hinjut dari melodi yang dinyanyikan mama.
lalu ketawa hingga nampak beberapa batang gigi yang baru tumbuh
maka dia terhibur disana..
-hatinya terhibur-
tapi sekarang, terlalu dewasa kah aku hingga tidak lagi pernah untuk memeluknya..
bukan....kerana dia yang tidak pernah cuba untuk memelukku..
saat aku dilepaskan di kejauhan, aku cuma melihat mama mencium dan memelukku..
tapi dia...? _ _ _
aku mengerti disebalik sifatnya lelaki...ya..

❤❤"disaat melepaskan kamu pergi,
tidakkah kamu tahu bahawa tubuh seorang ayah kaku untuk memeluk anaknya.
yang dia lakukan hanya menghapus sedikit air mata di sudut matanya dalam diam.
Dia hanya membenarkan tangannya dicium lalu menasihat "jaga dirimu baik-baik nak"
padahal dia ingin sekali menangis seperti mama dan memelukmu erat-erat.
dia melakukannya agar kamu KUAT untuk menjadi dewasa. dan itu adalah BENAR...
dia tidak seperti mama yang setia menemani dan memanjakan anaknya
dia ibarat kapten di medan perang, yang begitu tegas mendidik.
dia tidak pernah berhenti untuk memberi nasihat itu dan ini.
andai dikira penat lelahnya,
terasa remuk jantungmu untuk memikirkannya..
tiada balasan budi yang diharap melainkan untuk melihat kau berpegang pada prinsip hidup
berjaya didunia dan di akhirat selamanya ❤❤
Pengorbanan seperti apa yang mampu ku lakukan buatnya ya Rabb? lelaki yang kucinta dan kukagumi ini.
Ya Allah, jadikan dia manusia yang mampu menjadikan tiap umurnya adalah nafas-nafas perjuangan untukMu. Barakallahi Dia......Saat nyala lilin membias di wajahnya. hamparan doa mengharap dia bahagia.~~biarlah aku terus menjadi penjaga hatinya~~
Ya Allah, jadikan dia manusia yang mampu menjadikan tiap umurnya adalah nafas-nafas perjuangan untukMu. Barakallahi Dia......
Saat nyala lilin membias di wajahnya.
hamparan doa mengharap dia bahagia.
~~biarlah aku terus menjadi penjaga hatinya~~
dan aku mempunyai persoalan ini.....
Mungkinkah tubuh dan lengannya masih gagah untuk melindungi kita...?
Mungkinkah bila tibanya saat dia melepaskan kita pada seseorang yang dipercayainya dia akan merasa lega?
4 komen disini:
soalan 2 djwb dgn pkataan 'mungkin' jg. sebenarnye seorang ayah akan sllu mperlihatkn dirinya gagah ddepan anak2. dan dia xkan pernah lega sekalipun. percaye la.
puisi yg menarik.
saya syg bapa saya...biasa laa tu...dh besar2...tp kasih sayang tetap mcm dulu...tp kita sbg anak kena sentiasa gembirakan hati kedua ibu bapa kita... ^_^
@tuan aji nomoto
rasanya saya bukan buat puisi..cuma kata2 yg terbit dari hati.hehe. apapun terima kasih.
ya..dia tetap lelaki gagah yg kukenali
@Zack Hazze
saya syg bapa saya jugak..selamat hari bapa kepada semua bapa2 didunia. termasuk bkl bapa en.zack ni..:P
Post a Comment
titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah