_Penuh sindiran tajam namun berisi_
Sarcsam beerti satu cara penyampaian penulisan atau sebutan yang menggunakan ayat-ayat SINDIRAN yang disampaikan kepada pembaca mahupun pendengar. mereka lebih dikenali sebagai 'Sarcastic' yang berniat lebih kepada 'memerli' sehingga boleh membuatkan orang berkecil hati atau terasa.
namun bagi penulis Sarcasm Islamik, ayat-ayat sindirannya bukan sahaja pedas, tajam malah mempunyai maksud tersirat yang sebenarnya 'membina insani' -sindiran mereka tajam namun berisi.
Di negara ini, ramai penulis blog menggunakan konsep 'Dakwah' dalam menyampaikan berita, pesanan dan pengajaran yang berunsurkan Islam. Namun tidak ramai penulis yang menggunakan idea penulisan jenis 'Sarcasm'.
Konsep 'sindiran berisi' yang digunakan mampu menarik pembaca untuk meneruskan pembacaan meski ayat yang ditulis berjela panjangnya. disebalik nota pengajaran yang ingin disampaikan terselit ayat-ayat romantis, lucu, misteri dan mencuit hati. Namun adakala ia begitu TEGAS, GARANG dan nampak KASAR.
Pada mulanya pembaca seolah sengaja 'dikelirukan' dengan tajuk-tajuk entry seperti "cara memikat wanita'' sedangkan blog berunsur dakwah Islam. dari tajuk sahaja menunjukkan penulis bijak memikat pembaca hanya kerana ia peka dengan isu-isu terkini yang menjadi permintaan ramai. Namun tanpa dijangka, gambaran isi kandungan melalui tajuk tersebut berbeza sama sekali. pembaca akan terasa sindiran bertubi-tubi sehingga tidak sanggup mencelah dan menyangkal kebenaran yang disampaikan,
Penulis 'Sarcsam' kebanyakan adalah 'PERAHSIA'. mereka tidak ingin dikenali, dalam erti kata lain mereka tidak mengejar Populariti. Mereka sering membuat pembaca tertanya-tanya siapa penulis atau pemilik sebenar blog tersebut.
berbeza dengan penulis "sarcasm yang berunsur POLITIKus", mereka bersembunyi dalam penulisan yang kebanyakannya suka menghentam dalam sindiran, fitnah, tomahan serta kata-kata kesat semata-mata ingin memuaskan hati dan keinginan. mereka seringkali dibenci pembaca. mereka merencana sesuatu dalam diam ''ibarat melontar batu menyorok tangannya"
Bagi penulis Sarcasm Islamik, mereka bukan saja melontar satu atau dua batu...tetapi beribu-ribu batu sehingga pembaca terasa hentakkan kuat di kepala. Sadis dan Gramatis, parah jadinya.. Ni kalau tak dapat terima..ada yang boleh 'menangis' baca ayat-ayat sindiran mereka...hehehehehe...
Niat hanya satu "menyampaikan kebenaran al-Kalam" Insyaallah
selama aku meronda mencari bahan bacaan mengutip ilmu dari rakan-rakan blog. aku terjumpa beberapa blog yang menggunakan idea penulisan 'Sarcasm' dalam menyampaikan dakwah, seperti
Blog kereta mayat,
blog BH kesah dengan engkau
blog ZOMBIE INSAF
bagi pembaca yang tidak sehaluan,
ini amaran mereka "jangan amalkan apa yang ditulis tanpa RUJUKAN dalil dari al-Quran dan al-Hadith". mereka sekadar memberi pendapat untuk sama-sama beringat.
p/s : idea penulisan mereka sangat menarik. penyampaian mereka Insyaallah tidak menyimpang seringkali ada teguran berguna yang boleh diambil iktibar. Bijak berkomentar dan bagi aku mereka penulis yeng ber-IQ tinggi.. (aku tak reti nak buat suspen2 segala...asyik berpuisi adalah) ewah..
sekian terima kasih,
(suka quote BH :-aku nak ingatkan yang lupa agar aku turut ingat pada pesanku sendiri)
.
4 komen disini:
Tulisan macam ni ada ketikanya diperlukan,
selagi tidak menyimpang dan memberikan
impak yang baik, masih diterima :)
betul tu..yg penting apa yg disampaikan benar & X menyimpang. kadang2 pembaca harus dikejutkan dgn cara begini, insyaallah mudah masuk ke jiwa :)
masih lagi tak dapat nak jadi setanding dengan mereka, banyak lagi yang nak kena belajr ni
samalah,, tp Insyaallah...masing2 ada kelebihan. saudara juga apa kurangnya..bermotivasi dalam penulisan & ramai membantu pembaca diluar sana.
Post a Comment
titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah