~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

mengapa aku baru tau...itu sami yusof

baru tau?
baru kenal?
..ketinggalan zaman kamu anahiettah....

tidak lah, bukan baru kenal Sami Yusof..dah lama...(ayat macam penah jumpa depan mata). hehe..
eleh..korang suma kenal ke ngan sami yusof? alaa..jejaka Inggris yang nyanyi lagu nasyid tu..sedap2 lagu beliau..(mcm la boleh makan..) sapa? Maher zain.? Maher zain korang kenal pulak... bukan..bukan, dia teman seangkatan Maher zain la tu... macam tau sangat..


ok dan baiklah, kepada yang tidak mengenali.  berbalik kepada Sami yusof, tadi aku cakap dia 'jejaka Inggeris' kan?..hehe itu, kot sahaja...macamni ceritanya, beliau berasal dari Tehran tapi membesar di negara British. Inggris la tu..lebih senang orang cakap negara omputeh. tapi memang la kalau tengok iras muka, tak lari putihnya... =D

beliau ni bukan sahaja seorang penyanyi, tp juga seorang komposer yang lebih terarah mencipta lagu-lagu berunsur kerohanian. beliau start dikenali sewaktu album pertamanya 'Al-Muallim' dilancarkan tahun 2003. waktu ni la, aku memang dah kenal dia. lagu 'al-Muallim' yang begitu enak dan merdu sambil lirik maksudnya memperlihatkan perwatakan Nabi Muhammad yang kita cintai. (sanggup beli disk album ni tau walaupun susah mau dapat waktu tu.)


lepas album al-muallim, x lama lahir lagu2 beliau lain yang semestinya sentiasa menggetarkan jiwa.. hehe.
dulu kerana minat, cari kedai disk..belek sana sini tak jumpa. sekarang senang klik search kompom ada. save download terus masuk fon. maka penuhlah list song with nasyid sami yusof.


Maher zain

hari berganti hari, bulan dan tahun. kecurangan diri terserlah.. makin jarang dan terlupa tengok perkembangan beliau. apalagi kehadiran encik Maher Zain yang sentiasa memenuhi janji2 dengan kalimah 'InsyaallahNya'.

tapi.... ada suatu ketika.. buat aku tertanya2.

'lagu apa ni'? lagu sapa ah?..

aku terdengar di corong radio Sabah selepas maghrib, (selalunya time2 saluran tertumpu pada ceramah agama dan lagu2 rohani) aku tertunggu2 penyampai radio tu sebut tajuk lagu dan nama penyanyinya tapi x sebut2 jua. alangkah kecewanya diri..

aku x tau mana mau carik? nak tanya kawan, aku sendiri pun x tau macamana nak terangkan. yang aku perasan lagu tu semacam liriknya mengandungi nama2 Allah.
hendak tanya google, google jawab ''apa bah kau mau cari ni..? bingung aku.." (perumpamaan saja, google tu org sabah kali arr) hehe..

hampir2 aku berputus asa..
 hampir2 aku ingin lupakan saja...

tiba tiba..
aku terdengar lagu tu digunakan dalam soundtrack program ceramah pagi tv 2 'anda musykil?'.. tp takda pula dibagitau tentang lagu tu.. 
tapi takpa, aku berusaha cari program tu dalam youtube, tak jumpa lagi, mungkin program baru kot....
aku sepantasnya tanya google lagi... mujur ada satu pencarian sesuai tapi program tu di link kan dari Facebook. maka aku berlari2 anak buka akaun dan Men'like' page 'anda musykil'. baca, baca dan baca.... takda yang berkenan pun..

dah like page tu, aku tengok ramai orang bagi macam2 soalan dekat wall 'Anda Musykil'. maksudnya tanya soalan dekat Ustaz yang buka akaun tu.. baguslah..mereka ni dikalangan orang2 yang tidak ingin sesat dalam mencari kebenaran. alhamdulillah..

aku pun tak mau ketinggalan utk cari jalan lurus agar tak tersesat, lalu aku taip soalan "ustaz, saya minta maaf kerana beri soalan luar tajuk, boleh tak saya tau soundtrack program yang disiarkan ni?" beraninya aku...

 ingatkan takda siapa yang akan layan pertanyaan ku.. Syukur alhamdulillah biarpun Ustaz tu tak jawab tapi ada orang lain yang beritahu itu lagu "Sami yusof yang bertajuk asma Allah"


rupanya dia....KENAPA AKU BARU SEDAR.. sekali lagi hadir dengan melodi kebesaran Ilahi.. berkumandang dengan pujian nama2 Allah yang memberi keinsafan dan ketenangan. Masyaallah.. Allahuakbar.

aku dah temui jodohku,
'asma Allah' cukup menenangkan.

mau dengar tak?.. dengarla... I Fall in Love with this song..

ya Allah..minta maaf byk2 yea teman2, mungkin video bergerak lancar tapi lagunya bersimpang siur dengan bunyi orang main piano tu. kurang jelas kan.. klik u tube dekat tepi ya..sori menyusahkan..
hendakkan liriknya? klik disini



   


Encik Sami Yusof, tau tak..aku carik lagu ni sampai berpeluh2.. jatuh bangun sendiri tau.. onak dugaan ku tempuhi..cehwah.. kenapa lah tak bagitau awal2. huhu. U pulak cuma duduk tersenyum disana.. xpa la, teruskan tersenyum manis :)






p/s : anak buah ku suka nyanyi lagu Hasbi rabbi  :)

7 komen disini:

know me said... [reply]

never fail to make me laugh
love u soo much adikku syg... ^_^

anahiettah afibs said... [reply]

hehe..akak nomi gelak ea... sekadar cerita tentang diri.. makaCih akak.. love u too much also :)

know me said... [reply]

walaupun pd zahirnya xde yg lucu
tp cara pnyampaian tu yg always mncuit hati,
dtambah plak bila mmbygkn situasi pd masa tue
it tickles my heart ;D
really like ur way ~_^

Rosa said... [reply]

ada2 sja akak ni....oowh..sempat g ya, komen blog..heee

Inspector Saahab said... [reply]

sami yusof is better than maher zain, to me la. used to hear from him a lot. :))

anahiettah afibs said... [reply]

@kak nomie- ada2 jelah.. terima kasih so much slalu bg kta peransang & kata2 hikmah yg senantiasa berkesan di hati..

@rosa- komen jgn x komen..amacam, blog da ok?

anahiettah afibs said... [reply]

@yes Inpektor saahab. 4 me anyone who tried to preach in any medium, such as nasyid which wud I choose. but, yea.. sami yusof more striking in my heart..hehe

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...