~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hidupkan generasi al-Quran

hari ini 16 ogos aku membuka blog setelah beberapa hari menyepi. yelah tu. akibat kebusyan melampau2 di bulan ramadhan. halaman masih kaku bersama entry2 lama tanpa sentuhan & nafas baru. jadi niat hati hendak menghembus kesegaran nafas seharum kasturi di bulan ramadhan ini. harum ke..? hehe.
start buka blog td, terdengar suara cik shalina teriak, I tag YOU!!.. uiss, klu dengar betul2 mesti merdu suara beliau tu. c kawan ni tag aku dekat entry segmen yang dia sertai ok I join jugak ni. dengan penuh semangatnya, terimalah........!!!

Klik banner untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dan join ;)
buat masa sekarang aku berusaha menghafal surah Al-Qiamah, surah ke-75 dalam al-Qur'an.. Insyaallah, teringin menjadi hafizah. lagipun ayat ini menerangkan pengajaran cukup tentang KIAMAT (hari akhirat). takwil surah ini ialah "Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya."

75:1  
Aku bersumpah dengan Hari Kiamat;
75:2
Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)!
75:3
Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?
75:4

Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).
75:5
(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat).
75:6
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
75:7

Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
75:8
Dan bulan hilang cahayanya,
75:9

Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
75:10
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"
75:11
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!
75:12
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.
75:13
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
75:14
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
75:15
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri).
75:16
Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).
75:17
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
75:18
Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;
75:19
Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).
75:20
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya.
75:21
Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
75:22
Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri;
75:23
Melihat kepada Tuhannya.
75:24
Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,
75:25
Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan.
75:26
Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong,
75:27
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
75:28
Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan;
75:29
Serta kedahsyatan bertindih-tindih;
75:30
(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
75:31
(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)!
75:32

Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar!
75:33
Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah.
75:34
(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!
75:35
Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak.
75:36
Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?
75:37
Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
75:38
Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)?
75:39
Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan.
75:40
Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)! 

 aku tinggalkan video ni, alunan merdu bacaan surah al-qiamah. sungguh menusuk jiwa.  
 



ana tag mereka-:
cik zanna
cik kak tini
cik yanti
cik kak nor mie
encik abg helfis

3 komen disini:

syamimi omar said... [reply]

smoga dpt menjadi hafizah~
=)

anahiettah afibs said... [reply]

hh Insyaallah.. terima kasih m12omer

ROJAK said... [reply]

bila nak update blog?

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...