~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

tak jadi nikah gara2 kuih apam

kisah seorang suami yang jujur. Apa sahaja perkara yang dia hadapi atau lakukan mesti dikongsi dengan isteri. suatu hari si suami berniat bernikah dengan seorang wanita yang ditemuinya tapi di hatinya merasa gusar untuk memberitahu kepada isteri. risau kalau-kalau tidak mendapat restu dan tidak dibenarkannya bernikah lagi.
hari demi hari meneruskan perhubungan dengan wanita itu, makin timbul rasa bersalah dalam diri suami kerana merahsiakan perkara tersebut hinggalah suatu malam dengan berat hati si suami terpaksa berterus terang kepada isteri.

''sayang, abang nak cakap sikit boleh tak..? dah lama abang nak cakap, abang nak terus terang'' 
''cakap apa abang..terus terang apa..nampak cam penting sangat je.." jawab isteri dengan lembut, berdebar rasa hatinya..tapi sedaya upaya si isteri sembunyikan. dia sedar suaminya kebelakangan ini seperti orang tidak kena, seolah ada yang disembunyikannya.
''err....abang..abang.. nak bagitau.." tersekat-sekat suara si suami, terasa gementar nadanya seolah tidak sanggup meneruskan kata-kata, takut hati isterinya terguris.
'yea..abang nak cakap apa?'' ''abang nak... minta kebenaran sayang, abang nak menikah lagi satu. boleh tak sayang?."
mendengar kata-kata itu seolah ingin menitis air mata si isteri, tersentap seketika seolah tidak percaya dengan permintaan suaminya tapi dengan semampunya dia menahan diri dengan berlaku tenang di hadapan suami.
dengan lembut si isteri bertanya "siapa dia abang?, abang kenal dekat mana?...abang betul nak nikah?" makin gementar suami menjawab "dia wanita yang abang kenal dekat office, dia wanita baik..ya abang nak nikah tapi abang kena minta kebenaran sayang dulu.. kalau sayang tak bagi abang akan batalkan saja niat tu....'' "abang...." dengan pantas isteri memintas kata-kata suaminya, terpaksa dia menahan sebak didada..tak sanggup melihat insan tercintanya kecewa. "abang...abang bawalah dia kemari, bawa dia sini besok. saya nak tengok calon madu saya..." si isteri mengukir senyuman walaupun tau senyumannya itu penuh palsu.

awal pagi, sebelum berangkat si suami melihat isterinya sedang sibuk mengemas serta melakukan kerja-kerja rumah seperti kebiasaannya. tapi kali ini, suami melihat bersungguh-sungguh si isteri mengemas serta menghias rumah mungkin buat kehadiran tetamunya nanti. terdetik juga rasa kasihan di hati suami dengan isterinya itu. sesudah sarapan si isteri menghampiri lalu mengucup tangan si suami, sebelum bertolak si isteri sempat berpesan "abang, nanti bila bawak dia kesini..abang jangan lupa belikan saya kuih apam ek..tapi... saya nak dua jenis, satu warna merah dan satu warna putih..jangan lupa tau"
"baik sayang...untuk sayang apapun abang belikan". sambil tersenyum suaminya menurut.

Pertemuan pada petang itu dengan wanita yang dibawa suaminya, si isteri hanya menurut baginya wanita itu memang tiada kurangnya. berbudi bahasa, lemah lembut, berpakaian sopan menutup aurat dan menghormati dirinya. dia hanya mampu membalas senyum mesra meski dihatinya merasa duka. masakan tidak, insan yang dicinta sepenuh jiwa telah dan akan berbagi cintanya.
selesai pertemuan itu, si isteri terus bertanya kepada suami tentang pesanannya tadi pagi, kerana dia tidak melihat pun suaminya membawa kuih yang dimintanya. "abang..mana kuih apam?'' "ada..jap abang ambik". bila si isteri membuka bakul plastik yang diberi, dia hanya nampak kuih apam berwarna putih. lalu bertanya "mana lagi kuih apam warna merah?..abang.."  si suami pun berkata "abang dah cari banyak tempat tapi hari ni takde sorang pun jual kuih tu warna merah..semua warna putih" terpamer rasa kecewa diwajah sang isteri lalu berkata "ayang nak yang ada warna merah juga, tak apa lah..tak mau makan dah, kalau cuma ada warna ni..abang ambik la..." melihat keletah isterinya, suami pun berkata "alahai sayang, jangan lah merajuk. apalah sangat beza kuih tu..setakat warna lain-lain tapi rasanya sama kan..."

"tak ada beza kan abang?..." tiba-tiba isterinya menyampuk dan serius berkata. "cuma ni saya nak bagi abang sedar, kuih apam tu takde beza rasanya, biarpun warnanya berbeza. macam tu juga wanita..wajah tak sama, kulit lain-lain tapi apa yang ada pada saya itu yang ada pada mereka.." abang tak cukup sebab untuk menikah lagi.

terdiam suaminya seketika..berfikir jauh dan membenarkan kata-kata itu "abang faham sayang, sebenarnya sayang tak ingin abang menikah lagi kan..abang tak boleh pentingkan diri, terima kasih sayang kerna sedarkan abang...abang janji tidak akan berhubungan lagi dengan pompuan tu.." kedua-dua pasangan melemparkan senyuman penuh mesra.




ok tak story dia..? khas buat insan-insan berumahtangga, terutama suami2 yang teringin nak tambah calon lagi..hihi (xda kena mengena dgn yg masih hidup atau telah meninggal dunia) kisah yang disampaikan dari mulut ke mulut..I mean dari ustaz yang pernah bagi ceramah/syarahan. skrg nak bg tulis lak.

so.....what the conclusion?.. ehem, sudah2 la tue jgn terlampau senyum lak..nanti jem mulut. hehe...
but wait, ini bukan soal 'mempertikaikan poligami', jauh sekali...
cuma sekadar cerita biasa yang lebih menunjukkan rasa 'tangungjawab, kasih sayang & kesetiaan' dalam sesebuah hubungan.




"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil, maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (kahwinilah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman."
(Al-Quran, surah an-Nisa': Ayat 3)


:-mungkin saja si suami terus cair didepan isteri, kerana baru sedar 'bimbang x dapat berlaku adil'...
mungkin.~
mungkin~
atau mungkin ada musabab lain jugak..

tak tau lah, mungkin silap story ni x berapa details...tapi aku yakin kalian faham

8 komen disini:

know me said... [reply]

^________________^

anahiettah afibs said... [reply]

senyum ek...hehe..

Anonymous said... [reply]

best best best... x phm ade ag suami yg nak kawin ag 1 wlupun isteri dye baik ag tawaduk. tapi tu la, wallahu a'lam.. =)

Gee baru tulis"Followers, Wajib Bace!"

anahiettah afibs said... [reply]

mmg susah nk faham She's Gee.. dh lumrah manusia, sukar utk kita ketahui keikhlasan hati..samaada hendak mencari kesempurnaan atau sekadar mencapai kpuasan diri..

nuranne said... [reply]

Khusyuk baca ni, Suka..thanks for sharing.

Emmet said... [reply]

wah! entry yang bagus, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

Christian Kurniawan Abdullah said... [reply]

not bad lah cite ni tapi timbul beberapa persoalan...kenapa mesti menghalang kehendak suami yang ingin berpoigami...? alasan semua wanita sama seperti kuih apam nampak seperti tak kuat sangat,mungkin kalau si isteri memberi alasan gaji suami yang kecil bolehlah diterima...bukankah menghalang niat suami untuk berpoligami adalah berdosa...dan nampak suami macam lurus dan bodoh jer....

anahiettah afibs said... [reply]

Abdullah@ its not about poligami, jauh sekali untuk mempertikaikannya. siapa kita nk menolak hukum Allah. tidak berniat untuk mengelirukan pembaca, mohon maaf saya disini.
~no! jangan & tidak akan pernah anggap suami
'b_ d_h'

Post a Comment

titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...