'guru penjana tranformasi pendidikan negara' |
perjalananku bersama guru
Dulu karier guru langsung tak pernah ku intai untuk ku kagumi pun sebenarnya, malah tak pernah ku ambil kisah, yang aku tau dah memang tugas guru untuk mengajar budak sekolah. Tak pernah ku ambik tau perit duka mereka melaksanakan tugas yang diberi. tapi pengalaman mengikuti kakak yang kebetulan merupakan seorang guru yang mengajar di sekolah rendah pedalaman Pitas pertengahan 2008 lalu telah membuka pintu hati, rasa terharu menyelimuti diri membuatku begitu kagum dengan insan yang bergelar 'guru' ini.
pagi Isnin, kurang lebih jam 4.00 subuh aku dikejutkan kak anie untuk bersiap kerana niatku ingin mengikutinya balik ke Pitas. dari Kb mengambil masa 3 jam lebih untuk sampai ke daerah itu. bayangkan dengan suasana perjalanan yang agak gelap aku cuma melihat tubuh kecil yang memandu toyota avanza itu dengan sayup mata kuyu kerana terpaksa bangun seawal itu. ku lihat matanya bersinar, nampak bersemangat sekali memulakan sesi pengajaran awal minggu itu. tiba di pekan Pitas dah masuk jam 6.30 pagi, dan suasana sudah kelihatan benderang..aku melihat kakak hanya tersenyum padaku, mungkin melihat aku asyik tertido dalam perjalanan. sepanjang perjalanan hati sentiasa merungut 'bila lah mahu sampai ni..?' nampaknya masih jauh lagi. melalui jalan sepi yang tidak berturap dan tidak rata, hati mula tertanya2 'ada orang ke tinggal dekat sini??" akhirnya kelihatan juga beberapa buah rumah namun sungguh daif, seolah berdindingkan papan yang hanya ditampal2...oh hidup....
tiba pada satu peristiwa yang menyentuh hati, aku terpandang seorang lelaki yang sedang singgah dekat anak sungai untuk membasuh seluarnya yang habis kotor disaluti lumpur padahal dia kemas berkemeja. motor yang ditungganginya juga dipenuhi selut kuning, ini gara-gara tanah yang sedang basah juga lembab berlumpur. timbul rasa kasihan, aku tanya kakak "tengok orang tu!, dia pi mana tu...?" lalu kakak berkata "kalau kau mau tau, dia cikgu" mata aku asyik melirik lelaki tadi. mungkin dia cikgu yang ditempatkan disekolah sama kakak ku mengajar.
aku tanya kakakku kembali, dengan soalan bodoh aku ajukan "kenapa dia tak pakai kereta?'' aku tengok kakak menjelingku "kau ingat cikgu ni kaya kah?'' sejenak aku berfikir tentang kakakku itu. jarang sekali dia balik dalam cuti mingguan, kalau balik pun hanya bila ada urusan penting. nak save bajet lah katakan. yelah gaji habis buat isi minyak, untuk pelajar pula tak dilupa. belikan hadiah lah, hias kelas la, bayar itu..bayar ini..mcm2 lagi la.....hmm..
dalam pada fikiran jauh melayang aku terpandang budak-budak berseragam sekolah sedang jalan kaki dengan baju lusuh, kasut berlumpur dan yang lainnya hanya berselipar..kesiannya...fikirku mungkin tak lama lagi sampailah dekat sekolah yang dituju tapi fikiranku jauh meleset kerana perjalanan masih jauh lagi. 'ya Tuhan, jauhnya mereka jalan kaki..' aku melihat kelibat guru lelaki tadi dengan motornya tetapi kali ini dia diapit dengan beberapa penunggang motor lain seolah berkonvoi.. 'aik ramai pula...' kakak cakap 'mestilah, semua tu cikgu..dorang tinggal di pekan. bayangkan sekolah yang kita pergi ni nanti adalah sekolah pertama yang paling dekat dari pekan, kalau mau tau ada 6 atau 7 buah sekolah lagi yang ada didepan tu"... terkejut aku mendengar! "perjalanan sejauh ini..? dan sekolah inilah yang paling dekat??'' rasa hendak nangis pun ada melihat liku-liku kehidupan yang baru tergambar diruang dimata. perjalanan ini telah memberi seribu keinsafan lantas menghantui fikiranku..bagaimana masa depan anak-anak disini? dan sampai bila guru-guru disini terus bermandi lumpur dan selut?.... cubaan...
rasa gembira terasa bila dah sampai, aku melihat sekolah tersebut dengan nada bangga dihati ''betapa baktimu diperlukan". keluar dari kereta aku terkejut dengan corak lumpur yang menghiasi kulit kereta itu..'hehehe, rasakan kau hidup di pedalaman!'' kakak menyuruh aku masukkan barang2 di rumah kecil (seolah pondok stor) belakang sekolah..disana lah dia menghabiskan sisa waktu bila tamat pengajaran. katanya 'yang penting ada tempat tinggal' hm..bangga juga aku dengan sifatnya sebegitu, semata-mata demi tugas dan tanggungjawab. awal pagi dia terus memulakan sesi pengajaran, sedang aku hanya terperap dalam rumah yang serba kekurangan itu, dari corong jendela kecil aku mengamati suara-suara cikgu termasuk suara kakakku tekun mengajar.
melihat raut wajah anak-anak yang belajar disitu, terpamer impian diwajah mereka inginkan kejayaan untuk merubah kehidupan.. dengan harapan mampukah mereka menjadi anak bangsa yang berilmu, dikagumi dan disegani suatu masa nanti. seandainya tidak ada guru yang sanggup mengajar di sekolah-sekolah pedalaman seperti ini, mampukan impian anak-anak ini terlaksana..? tidak mungkin.. kini aku berbangga dengan jiwa kental yang dimilki oleh guru-guru di tanah airku. bukan wang ringgit yang dikau kejar tapi curahan ilmu demi anak bangsa..tahniah GURUku!! ...
SELAMAT HARI GURU!!!!!..... khas buat kakakku cikgu Rosainie, serta guru2 yang pernah mengajarku sejak ditabika dulu, di sekolah rendah dan menengah. terima kasih cikgu.. juga guru-guru di Malaysia... really proud of U!!... ~~~I LOVE MY TEACHER~~~ (gambar hanya hiasan)
3 komen disini:
selamat hari guru buat cikgu2 aku!!
sayang cikgu juga...semua cikgu dari tadika sampailah aku habis menuntut ilmu..insyaallah
sad story. but great, happy teacher day..
Post a Comment
titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah