assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,,
hatiku dimana?.. hatiku bukan di Kinabalu, tapi disini...
disini..
jap..
jap..
amaran: entry kali ni x sesuai untuk bahan bacaan.
aku menulisnya khusus untuk diriku dan insan2 yang aku amat berharap diaorang akan baca suatu hari nanti. bukan sahaja untuk hari ini tapi dimasa akan datang. insyaallah.
ini bukan informasi, motivasi, puisi, sajak atau tazkirah yang biasa ku dendangkan. datuk dr. Fadzilah Kamsah pun takda kena mengena dalam ini cerita. apalagi encik Sami Yusof yang aku teringin sangat nak jumpa (minta otograp). cuma sebuah cerita yang bermula... tentang,
kerinduan...rindu..
Rinduu...
perasaan terindah anugerahmu ya Allah.
cengengnya aku.. baru sebulan berpisah dari keluarga dikampung, kerinduaanku tak tertahan lagi..ewah. mestilah, aku orang yang suka merindu yang bukan buluh perindu.
memang benarlah, manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. biarpun sebenarnya aku tidaklah berpisah sangat dari keluarga sebab disini aku tinggal dengan kakak. aku cuma teringin sangat bersama semua ahli keluargaku hidup 1 bumbung, sentiasa ada disisi...ya Allah, aku tidak berniat meninggalkan kakak, bahkan manusia yang bergelar kakak kandung yang aku cintai ini tulus ikhlas aku ingin membantunya. apalagi abang ipar yang banyak membantu membiayai pembelajaran aku disini. sungguh aku terhutang budi. perkenankan doaku ya Allah untuk dapat membalas kebaikan insan-insan ini. amin..
dahulu...
kawan karib aku selalu tanya "bertahankah aku tanpa keluarga disisi, tanpa mama..."
biarpun umur sudah menjangkau macamni (sengaja secretkan) baru kali ni,, -aku tahu aku akan berpisah lebih lama dari mereka-.
masa sekolah menengah, kawan-kawan selalu ajak turun pekan lepas dari sekolah. seperti biasa aku menolak, kalau boleh aku secepatnya mahu sampai kerumah dan berharap wajah yang menanti aku di muka pintu adalah wajah mama...
aku suka sangat ikut mama masuk hutan belakang rumah, pergi kebun tanam macam2 yang boleh ditanam..
buah.... (lupa lak) |
aku suka ikut bapak dan abang adik lelaki aku tangkap ikan terutama ikan jalak@haruan. aku tak pandai makan, kalau aku masuk akuarium ikan nih,, hehe
budak 2 org takda baju tu, anak sedara aku paling sulung. kesukaan diorang balik kampung. |
aku suka ikut abang2 aku, tengok diaorang main bola (semangat kesukanan tinggi ni) cuma satu ja, boleh tak pakai seluar panjang2 sikit..hihi
wakil negeri, adik lelaki aku duduk ditengah tu |
aku paling suka, bila kumpul dengan keluarga. apalagi dengan 5 orang kakak aku tu, kitaorang berkongsi, bercerita, ketawa & menangis bersama. aku rindu...
paling aku suka jugak, hampir setiap hari aku bertemu dengan Afibs, lepak dengan Afibs.
sahabat terbaik kurniaanmu ya Allah.
beberapa tahun meninggalkan alam persekolahan, aku hanya dikampung. Surat-surat tawaran menyambung pelajaran aku sembunyikan..bila date expired baru aku keluarkan. tak baik punya kan..?. hm..kelantan, selangor, perlis, melaka hampir satu Malaysia ada. paling jauh aku dapat email tawaran at Madinah al munawarrah (madinah?..negara arab tu) a'ah, dekat selangor. hehe. maksudnya kampus dia dekat Selangor. ok la tu, sebuah intitusi pengajian Islam. aku berminat tapi belum jodoh nampaknya.
kenapa kau tak pergi?.. jauh la kak..
abis kau ingat selama-lama kau dengan keluarga? duduk dikampung? ajal maut kita tidak tau, suatu saat kita berpisah juga. kita tak dapat kejar masa, peluang tu x datang berkali. ambilah dulu pengisian ilmu..biar berjaya dunia dan akhirat. ingat tu..
Ingat kak..
tapi tetap berdegil aku~
kerana mahu selalu dekat dengan keluarga aku ambil keputusan bekerja di pekan sebagai kerani sebuah kedai. lepas setahun aku berhenti, kemudian aku bekerja sementara sebagai guru pengganti di taski. biarpun tak lama tapi dekat sana aku belajar tentang realiti hidup seorang guru, menghadapi kanak-kanak yang berbagai ragam. mungkin mudah bagi aku berhadapan dengan mereka, sudah terbiasa aku dengan kanak2 sebegini. anak buahku saja semuanya dah masuk 16 orang..cerita pasal diaorang, buat aku tambah rindu... T_T
masih terngiang lagi suara anak murid memanggil "cikgu ustazah anahiettah...cikgu ustazah anahiettah...!"
mendengar diaorang sebut 'anahiettah' itu kadang2 buat aku ketawa sendiri.
sudahlah cikgu, ustazah pulak tu...
pengalaman ni..buat aku rindu..rindu lagi...
sebelum tu...
ce' tah! ce' tah! (sebutan hampir sama dengan Cheetah pula) anak kecil ni panggil aku, dia try sebut -makcik Ita- perkataan pertama yang dia sebut 'ta ta'. mak dia pun heran kenapa bukan 'mama'. anak buah yang rapat sangat dengan aku, dia lah yang paling lama aku jaga. dari dia lahir hingga umur dia 3 tahun lebih. dia membesar depan mata aku, jatuh bangun cuba berdiri & belajar berjalan, belajar bercakap hingga fasih.
masa mak bapa dia bawa dia pergi. aku takda dirumah, balik dari sekolah aku cari dia.. mama cakap diaorang dah pergi. aku menangis....... lama...aku menangis...
sekarang umur dia masuk 5 tahun, sekolah dah pun.. kamu cantik & manis mcm acik..hehe
sepanjang hidup ni, aku tak pernah asing dengan anak2 kecik, rumah di kampung sentiasa riuh dengan suara diaorang. si kuat gaduh, kuat nangis, kuat ketawa, kuat marah, kuat berdandan. macam2 ragam...
tapi tu yang buat aku rindu sangat... rindu menyakat diaorang sampai nangis. pulakk?
aku suka tangkap gambar diaorang buat kenang2 an...
rindu tengok senyuman diaorang...
rindu lagi...
semua cerita tentang rindu kan..?
kasih, sayang, cinta..
tetapi semuanya milik Allah. Irhamna ya Allah ya Rahman! sesungguhnya hatiku disini bersamamu
sepanjang hidup ni, aku tak pernah asing dengan anak2 kecik, rumah di kampung sentiasa riuh dengan suara diaorang. si kuat gaduh, kuat nangis, kuat ketawa, kuat marah, kuat berdandan. macam2 ragam...
tapi tu yang buat aku rindu sangat... rindu menyakat diaorang sampai nangis. pulakk?
aku suka tangkap gambar diaorang buat kenang2 an...
rindu tengok senyuman diaorang...
rindu lagi...
semua cerita tentang rindu kan..?
kasih, sayang, cinta..
tetapi semuanya milik Allah. Irhamna ya Allah ya Rahman! sesungguhnya hatiku disini bersamamu
2 komen disini:
Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh...
ssungguhnya cite nie sanggaaattttt touching
xmo sedih2 k syg, lau adik sedih mak lagy la sedih
lau syg sgt kat mak jgn drindu2,
sian bulu mata mak gugur... ;)
hehe..akak.. Insyaallah takkan bersedih..hehehe.
yaa..rindu ngan mama & semua warga kampung..hehe,
akak nomie :) syg akaaak...
Post a Comment
titipkan sepatah dua kata untukku runtum penuh hikmah