~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apa kita Nak Jawab?

Bismillahirrahmannirrahim..

Selama ini dimata para pembenci Islam..Nabi Muhammad SAW digambarkan sebagai seorang pedofil kerana menikahi Aisyah yang berusia muda. Bagaimana seharusnya kita bersikap sebagai seorang muslim ketika menghadapi tuduhan atau hinaan kaum kuffar terhadap nabi kita seperti ini? Baiklah..tulisan ini saya kutip dari salah satu video ceramah Yusuf Estes, seorang ulama dan pendakwah dari Amerika Syarikat, semoga dapat memberi pengajaran bagi kita bagaimana seharusnya kita bersikap dan berhadapan dengan seseorang yang menghina Nabi Muhammad SAW..
............beliau menceritakan.......

“Ketika aku berceramah di Universiti George Mason. Seorang non muslim menghampiri dan bertanya kepadaku “Apa yang akan kau katakan tentang seseorang yang berumur 53 tahun yang berhubungan seks dengan seorang anak berumur 6 tahun?”

Ketika dia mengatakannya, aku hampir pengsan kerana aku tidak percaya ada orang yang berkata sesuatu seperti itu. Aku merasa sangat marah, aku beri jubahku kepada seorang syeikh yang ketika itu sedang bersamaku,”Tolong pegang jubahku, aku mahu ajar orang ini!”

Aku berkata kepada orang yang bertanya itu “Apakah pertanyaanmu adalah pertanyaan retorik? Jika anda bertanya sekadar menghina Rasulku, aku akan menyeretmu ke belakang dan aku akan memenggal kepalamu!”
Dan dia berkata,”Bukan, bukan, bukan. Ini hanya pertanyaan retorik.”
“Kalau begitu, pertanyaan ini tidak memerlukan jawapan” kataku.

Tidak ada seorang muslim pun yang akan bersetuju dengan perkataannya, Kerana kita tahu Rasul kita tidak akan melakukan hal seperti ini.

Akhirnya aku menemui para ulama dan bertanya kepada mereka bagaimana aku seharusnya menjawab pertanyaan seperti ini. Mereka berkata,”Pertama sekali, jangan marah.” Kerana tercatat dalam hadits Nabi “La taghdab” (jangan marah). Pernah seseorang berkata pada Rasulullah, “Berikan aku nasihat.” Kata Rasulullah, “La taghdab,” dan kemudian, “La taghdab, la taghdab.”
Jangan marah dan cuba bertenang.

Yang kedua adalah, jika anda tidak tahu jawapannya, maka katakan  “saya tidak tahu”. Tetapi berbaik dan ramahlah pada mereka,

Tak lama, sekali lagi aku bertemu orang yang sama. Kali ini aku yakin sudah bersedia untuk berhadapan dengan persoalannya. Walaupun pertanyaannya berbeza namun amat jelas kata-katanya hanya untuk menghina Rasulullah kerana dapat dilihat dari cara dia mengatakannya. Tetapi kali ini aku berkata, “Terima kasih kerana bertanya tentang agamaku.
” Dia terkejut. Dia tidak menduga hal itu. Dia sangkakan aku akan marah."
Kemudian aku berkata kepadanya “Sebagai muslim aku tidak boleh berbohong. Jika aku berbohong, aku akan masuk neraka. Dan jika aku tidak berkata benar, jika aku salah, kau boleh memeriksanya. Kerana segala sesuatu tentang Islam telah tersimpan dan terpelihara 100% didalam Al-Qur’an dan Hadits yang kami miliki hingga ini sama seperti yang kami miliki pada ratusan tahun yang lalu. Jadi jawapannya ada di sana. Sangat mudah bagi engkau menemukan jawapannya”

Aku bertanya lagi “Jika kau mendengar jawapanku dan kau suka dengan jawapan itu hingga berkata, “Itu lebih baik daripada apa yang pernah aku dengar”, apakah engkau bersedia untuk melakukan perubahan untuk menjadi lebih baik?” Dia berkata, “Ya.”
 Maka akupun memberikan jawapannya.

“Pertama sekali, di dalam hadith Bukhari mengatakan Aisyah berumur 6 tahun, ketika dia sedang bermain, ibunya datang kepadanya dan kemudian membawanya masuk ke dalam rumah bertemu ayahnya. Ayahnya melakukan tradisi yang selalu menjadi sebahagian dari tradisi Arab. Dia menawarkan anak perempuannya untuk bernikah dengan teman baiknya, seorang pemimpin, seseorang yang sangat penting baginya. Dia berkata kepada Rasulullah, “Aku ingin kau menikahi anakku.”

Kemudian apa yang terjadi? Aisyah kembali keluar dan terus bermain bersama rakannya. Didalam hadith ini langsung tidak disentuh perkataan ‘seks’. Darimana kalian mendengar kata “seks” di sana? aku pikir kalian terlalu banyak melihat halaman utama sebuah tabloid dan majalah remaja dengan huruf s.e.x terpampang di sana.

Hadith lain mengatakan Aisyah berusia lebih matang, ibunya membawanya kepada ayahnya dan kemudian ayahnya menawarkan pernikahan. Didalam Al-Qur’an, Allah berfirman pada surah An-Nisa ayat 19. Dengan jelas dinyatakan, “Hai orang-orang yang beriman, kalian tidak boleh menikahi wanita dengan paksaan”. Ini salah satu syarat bagi wanita untuk bernikah, dia haruslah cukup matang untuk mengetahui dan memahami apa yang sedang terjadi, dan cukup baligh untuk mempunyai anak. Selain daripada itu dia tidak boleh bernikah. Itu pernikahan ilegal dalam Islam.
Ya atau tidak?”
Meskipun Aisyah bertunang pada usia yang masih muda, tetapi mereka tidak bernikah hingga Aisyah cukup umur dan matang.

Orang yang bertanya tadi hanya mengangguk dan berkata, “Aku tidak tahu itu.”

Hal ini terjadi lagi ketika aku berada di Chennai. Seseorang mengatakan hal yang sama dan aku memberitahu mereka dengan cara yang sama. Aku berikan mereka pula pertanyaan, "Apakah semua yang anda  dengar tentang pernikahan Aisyah itu adalah berasal dari Aisyah sendiri.? Dalam kira-kira 2600 atau 2200 hadits dari Aisyah, apakah Aisyah hanya mengatakan perkara dan hal yang baik-baik tentang suaminya, Muhammad SAW. Ya atau tidak?
Bila aku lihat mereka menunduk tidak memberikan sebarang respon, lantas aku terangkan:.

Ya! Aisyah selalu mengatakan kebaikan tentang suaminya. Bahkan, dia selalu memuji dan mencintai Rasulullah. Aisyah juga bercerita ketika dia masih muda, dia selalu berlumba lari dengan suaminya dan suaminya selalu sengaja memenangkannya. Aisyah juga ada berkata, “Aku semakin tua, berat badanku bertambah sehingga akhirnya Nabi Muhammad dapat mengalahkanku dalam lumba lari” Aisyah juga biasa menggoda Rasulullah dan memainkan beberapa permainan bersama baginda. Tetapi tetap saja Nabi Muhammad SAW adalah seorang suami yang sangat penyayang kepada Aisyah hinggalah baginda wafat.

Nabi Muhammad meninggal di rumah Aisyah dalam keadaan kepala baginda berada di ribaan pangkuan Aisyah. Namun apa yang Aisyah lakukan terhadap baginda? Aisyah memegang berus gigi, dia membuka mulut Nabi SAW dan kemudian membersihkan gigi baginda kerana dia begitu mencintai baginda.
Di sepanjang hidupnya, Aisyah selalu bercerita tentang baginda dan tidak pernah mengucapkan satu pun perkataan buruk tentang suaminya.

Soalan aku sekarang, “Di zaman ini, beritahu padaku siapa wanita yang tidak pernah bercakap buruk tentang suaminya? Apakah kalian tahu satu wanita saja yang dapat melakukannya selama satu tahun? Atau satu bulan? Atau satu minggu? Mungkin belum sehari dia sudah berkata buruk tentang suaminya.
sedangkan Aisyah r.a tidak pernah mengucapkan satu kata buruk pun tentang suaminya. Ya atau tidak?

Aisyah tidak pernah mencari pengganti suaminya sepanjang hidupnya. Dalam hati dan pikirannya dia hanya menikahi Muhammad SAW, dan mereka akan bersama di Jannah dan hidup bahagia di sana selamanya.

Pernahkah kalian mendengar kisah cinta terbaik seperti ini? Ataukah kalian lebih menyukai cerita yang ditulis oleh Shakespeare tentang Romeo dan Juliet di hari Valentine? Membicarakan tentang, “Oh, betapa kisah cinta yang mengagumkan Romeo dan Juliet!” Sepasang kekasih yang bercinta dan berakhir dengan bunuh diri? Menurut agama Yahudi, Kristian dan Islam, mereka pasti masuk neraka. Ya bukan?

Terdiam manusia yang bertanya tadi, demi Allah setelah itu aku menjadi saksi keislaman mereka.
Kalimat  “Asyhadu an-Laa Ilaaha Illallah wa Asyhadu an-na Muhammadar rasuulullah” akhirnya berkumandang.

Ingatlah saudara, tak kisahlah betapa beratnya pertanyaan yang diajukan kepada kita, kita bertanggungjawab untuk mewakili Islam dalam cara yang terbaik. Anda tak perlu jadi seperti Ahmed Deedat, Zakir Naik atau Yusuf Estes, jadilah diri kalian sendiri sebagai muslim yang terbaik. Aminn….


p/s: Kita tidak layak menghakimi manusia yang hidup dalam bukan zaman kita. Orang dulu-dulu bentuk fizikal dan kematangannya berbeza dengan kita sekarang. Sedangkan nenek moyang kita  ramai yang berkahwin muda, inikan manusia yang hidup ribuan tahun sebelum kita. Bayangkan orang-orang selepas kita pula menghakimi zaman kita... Adilkah?

aku tanya apa khabar..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hari ini Khamis 26 mac 2015 waktu Malaysia.. aiseh.
Sudah terlalu lama rasanya...baru hari ini aku berkesempatan menjenguk laman blogku,
Tiada berita yang mahu dilampirkan, sekadar sapaan kepada pembaca yang menjadi teman media berkongsi cerita mahupun pendatang yang ter-klik tak sengaja pautan laman BNM ini.

Apa khabar agaknya kalian.
Mudah-mudahan segala aktiviti dalam penghidupan ini berjalan dengan baik disamping mendapat rahmah dan kasih sayang dari Allah SWT. Aminn...

Tahun lalu begitu banyak cerita sebenarnya yang ingin diluah tapi belum ada kesempatan membuka lembaran entry bertarikh 2014. Sengaja ku biarkan ia sepi..... (melayan perasaan kali)

hmm...2014, kalau dipinta komen, responku hanya satu. "semoga baik-baik saja"
ya..semoga baik-baik sahaja.
Dunia semakin tua, dan begitu juga engkau, aku dan dia...tapi benar-benarkah kita kelak sampai ke tua? entah hari ini, esok atau lusa nafas tak lepas di kerongkong.

ishh...aku masih sama dengan ayat yang berbelit-belit.

takpa-takpa...nanti aku sambung cerita...
hehehe

Ramadhanku dan Ramadhanmu

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi.

Rahmat Ramadhan menyemarak kembali
Peluang terbuka meraih redgha Ilahi
Kemaafan sesama hamba-Nya syarat diberi
Namun ada yang perlu didahului

Rangkai kata kukirim pengganti diri
kata yang mengguris hati
Setiap tingkah yang menyakiti
mudahan syarat utama dapat dipenuhi
ku mohon keampunanmu seikhlas hati
mudahan Ramadhan kali ini dapat dimanfaati
mengembalikan diri ke keadaan yang suci
 menerima rahmat dan keredhaan Ilahi
Dikurniai Syurga kejayaan Hakiki..
InshaAllah aminn...


best lagu maher zein ni. :)

Bassam al-Muslimani?



Ingatkan wartawan yang pernah terperangkap dalam konflik Afghanistan. Sebuah negara yang dilabel dunia barat sebagai sarang pengganas.
Ditugaskan membuat liputan kehidupan warga Islam di Afgan untuk mengumpul bukti-bukti keganasan.
Kuasa Allah, dia terjatuh bersama kameranya dan penyamarannya diketahui.
Ketakutan menyelubungi diri saat dia ditahan tentera Taliban dan di penjarakan.
Disangka kehidupannya akan berakhir dengan tragis.
"akankah tubuhku disiksa dan diratah dengan kejam seperti yang dilakukan tentera barat terhadap banduan...?"

Persepsinya berubah sama sekali setelah mendapat layanan baik yang diberikan. Bahkan tempat penahannya lengkap dan berhawa dingin.
Dia tidak disentuh langsung disentuh tentera lelaki bahkan bila berjumpa dengannya, mereka menundukkan pandangan.
Hidayah Allah menyapa dirinya saat melihat adab, kesopanan dan kepatuhan tentera yang tetap melaksanakan solat dan membaca al-Quran.

sejenak dia terkenang nasib banduan Islam di penjara Abu Gharib yang dilayan dan diseksa seperti binatang.

"aku harus membuka minda masyarakat..siapa pengganas sebenarnya"

Dia dibebaskan dan kembali ke negara asalnya Britain sehingga berita kepulangan tersebar. Saat media meminta dia menceritakan kembara tragedi yang dilaluinya di Afghan, mereka semua terkejut kerana ia tidak seperti yang disangkakan.

Setelah mengetahui berita pengislamannya.Tomahan demi tomahan diberi, dia dipulau dan diberhentikan kerja serta dituduh berpenyakit mental kononnya diseksa teruk dipenjara Taliban.

Namun dia menjernihkan tanggapan itu dengan membukukan kisah yang dilaluinya yang bertajuk
 "In the Hand of Taliban".
Dia kembali kepada masyarakat sebagai seorang aktivis dan pejuang Islam. Menghadiri Muktamar dan sering diundang memberikan ucapan dalam majlis-majlis gerakan Islam.



"dulu..dia menentang habisan-habisan kini dia antara tokoh zaman moden yang lantang membela Islam"
Bassam al-Muslimani atau nama yang lebih dikenali sebagai Yvonne Ridley.
Bekas wartawan terkenal Britain dari akhbar "Sunday Express".
Sungguh Hidayah Allah itu akan menyapa hati manusia-manusia yang mencari kebenaran

format blog dah tukar!! yeh.. yeh...


sayangku blog nadi Anahiettah.... BICARA NADI MILIKMU...
ini kebiasaannya, menulis dalam bahasa yang mudah difahami oleh dirinya sendiri.
dia biarkan gemalai jari bertingkah riang di papan kekunci menarikan huruf-huruf konsonan dan vokal lalu membina ayat-ayatnya yang sukar dimengerti. waduh! sekali lagi... sungguh teruja.... ahaha

aku rindukan bahasaku....bahasa penulisanku....
bahasa ibunda dan bapakndaku...

(lalu akulah perosak bahasa) :( tidak.....maafkan tuan hamba..

aku ada kekuatan disini kenapa mengubah format bahasanya sekali lagi dari bahasa Inggeris ke bahasa melayu. (ada kau kisah?)
kerana aku ingin berbicara sesuatu yang aku mudah terjemahkan dari kotak fikiran dan longgokan madah yang banyak tersimpan dihati. Banyak??

ya! terlalu banyak...hanya melalui tulisan yang disalin tampal dari minda aku bisa segarkan semula ruang penyimpanan di fikiran.

bunga.....bunga....berbunga!!
belit..belit..berbelit!!

kerana itu tidak ramai yang mampu memahamiku..
straight to the point?
berterus terang terlalu payah..tanyalah dirimu... untunglah yang memahami.. ahaha


selamat datang anahiettah!!
pap...papp.....paappppp...dumm (bunyi mercun)

Van der wijck?

Assalamualaikum and hallo reader :)

Now, I want share to you some summary about one book in English version........! oh yeah..

Have you read Van der Wijck novel? It was first novel I have finished in my whole day..

was first published as a serial in his weekly Islamic.


The summary from Wikipedia source

Van Der Wijck sinking ship is a famous work by Prof Dr. Hamka. It is a love story of a poor village youth who do not have relatives named Zainuddin against a girl from reputed family called Embrace. They love Embrace the family blessing. Zainudin proposal was rejected. Embrace joined together with a choice young man named Aziz's family is said to be eligible to accompany the Embrace. Like segment has met the book, return to the chin like a beard, whether ethnic secondly, a moon of the sun. Embrace family view was, when they agreed to betroth Embrace and Aziz.


my ideal partner (assignment)

I thought it might be interesting to say what our dream partner would be. So here goes for me:

“My ideal partner will be someone who is confident, someone who believes in family values and understands the importance of family. Who has the spirit to take up challenges and overcome them”.
“Understanding between each other and taking care of each other is key to Happy Marriage,   My Life Partner should have is love n caring nature”.
“Who is more responsible enough and who can hold me in his Loving and Caring hands. I feel where there is Trust and Understanding there will be the divine existence and happiness throughout the life. Life Partner should not be money minded”.
“I am looking for a good mature life partner who will love me, care for me n understand me”.
“In any relation a good friendship is essential. So partner should be my good friend also, as I will be hope for the best”.
“Together we can enrich each other’s life, laugh together, and face challenges together. All in all, Lets enjoy this beautiful journey called LIFE TOGETHER”.
“Looking for an understanding and caring man who will love me for what I am”.
“I believe that the chemistry between two people has to work out for a smooth, strong & long term relationship. I believe in respecting everyone's individuality”,

“I want a friend who understands me, a friendly soul who can add a meaning to my life and to whom I can say -You make My Life simple”.
“I am looking for a partner who will be a friend, willing to stand by me at every stage of my life.....and would like non-SMOKER''



but what for sure...I should believe this quote "When I stop searching for a prince and make Allah the king in my heart, He will help me to complete my fairytale." Insya'Allah :)



a selection of poem

The ROSEBUD


A flower of Allah’s design,

But I cannot unfold the petals,

With these clumsy fingers.

The secret of unfolding flowers,

Is not known to such as I,

Allah opens this flower so sweetly,

Then in my hands they die.

If I cannot unfold a rosebud,

This flower of Allah’s design,

Then how can I have the wisdom,

To unfold this life of mine?

So I’ll trust in Allah for leading,

Each moment of my day,

I will look to Allah for His guidance,

With Each step I take in life.

The pathway that lies before me,

Only Allah knows,

I’ll trust Allah to unfold the moments,

Just as Allah unfolds the rosebud.




oh my English!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Now is a second month I continuous my new writing style with using an English language in my entry.
Absolutely for your as a reader, I hope please do not laugh at my grammatical error.
It's enough if you just smiling and shake your head repeatedly from side to side then ask “are you Portuguese?"

Hehehe

I don’t know why very hard I try to speak, read and write in English eventually I studies this language from child. I still remember my English teacher from Philippines when I study English in private class at Labuans.
He teach and talk to me very fast until I just look at his lips whereas am look not understand even one word. I take a seat very near in front just because I like the way his speak. When he teach his student, mostly can speak better except me and I always think like that.


 Actually I can understand but I cannot use that with perfect just because worried about my grammar. But  my blogger friend have says to me that “don’t shy to try". Hello! Qusyairy..Im not smart like you but I will try be smart than you! hehehe..
Addition my lecture says “No wonder, just making you believe what you say. Even though nobody listen you or you like "syok sendiri"
Over...you try than you know how great you are.


Look! i'am very confident.

Dear my lecture,
MR Roslan. How dare you, I wrote you name in this entry that will be perceive with my hundred readers. Ahak. I ‘am popular you know….:D

but  \o/
                                 < \
You still the best……..!!
.*_*.  hihihihihi



 and... Mr Zack Hazze. The CELOTEH ZACK owner, he did't agree even though I changed the blog format from the 'Bahasa' to English language but thanks so much because still loyal and appreciate my writing.

Maybe I should think

Just One Good Deed Today Or Not?

Every day and every night, I think about the day, so bright.

Did I do well or did I do badly? Did I ever make anyone mad?

I think about the deeds I have done. Did I just spend the day having fun?

Did I do anything to please my Allah? Did I praying my Salah properly?

Did I read my Qur’an with love? Did I do Dhikr, remembering my lord?

Or did I just stay sitting, looking out of the window bored?

Good deeds, bad deeds, which did I do today? Is the record the same as everyday?

Did I give a helping hand to anyone? Did I visit the sick, give them some company?

Or did I only think about me me and only me?!!

Maybe I should think, just for a minute or two, did I do just one good deed, even if it’s nothing new? Did I do just one good deed?






Oh God....please forgive me



"They're All Our Children"



Aren't They All Our Children? 
who ran naked
Cleft in the sun
While singing a song
Fear these days
who bear the burden
our oversight
Until he does not know
Awkward cultural nation itself
Save our children
New Order politicians obsolete
Just in case our children
Not to be slaves
Just in case our children
We are free people
Call them back
Father teaching son
About the brash
So they will not be alone anymore
Call them back
Father teaching son
About the brash
So they will not dimomok again

thinks...
 are they save in the hands of the artisan distorted?

are they save in the hands of the puppeteer?

are they save in the hands of the experts corporate?

are they save in the hands of the soul doctor?

are they save in the hands of experts that book?

are they save in the hands of the Gods?


Dear AFIBS



I miss you....





Without you
I live it up a little more every day
Without you
I'm seeing myself so differently
I didn't wanna believe it then
But it all worked out in the end
When I watched you walk away
Well I never thought I'd say
I'm fine
Without you

Hebatkah aku?




Hebatkah aku dalam berbicara jika sekadar yang terluah hanya bait dari kerasnya lidah.
Hebatkah aku berintonasi melontar segala yang terpendam dari hati untuk memuaskan diri dan akal fikiran berpaksi tuduh hanya diri yang betul.
Hebatkah aku bersyarah jika sememangnya hujahku tidak pernah kukuh untuk menjadi shahih.
Hebatkah aku???

Sungguh aku kelihatan hebat, bila mampu menafsir apa yang tersembunyi dek hati sehingga tiada yang mampu memahami melainkan aku perlu mengubah kejahatan yang berpaksi lama dalam diri

back to the school

Bismillahirrahmannirrahim.....

kembali ke sekolah.. Di saat-saat ke'busy'an melanda diri aku cuba juga menghadirkan penceritaan dengan entry yang terlalu peribadi dan bersifat Diary. Aku menulis penuh kebingungan samaada aku akan publish nanti atau simpankan saja sebagai draf.. (baik tak payah buat kan)
entahlah...lihatlah nanti.


Apa sebenarnya yang aku mahu sampaikan?
.................kosong..................

Ini memang entry mengarut yang menyimpang dari wadah kebiasaannya, tanpa perlu ada perkongsian ataupun bimbingan nasihat yang perlu dikutip menjadi ibrah apatah lagi ditafsir untuk dirungkai segala permasalahannya.

aku tahu, satu yang tak berubah ialah ayat yang panjang berjela dan berbelit-belit bicaranya.
begitulah...

ya Allah, andai mampu ku zahirkan lakaran yang bermain di minda dalam hidup.. alangkah bahagianya.

Terlalu banyak aku bermimpi dan berkata-kata yang tak pernah cukup...
aku bermimpi seperti diawang-awangan sehingga aku masih belum bisa percaya
yang aku akan kembali ke sekolah....!! sekolah yang cukup dewasa bagiku dengan fail-fail yang dikepit di lengan. dengan buku-buku setebal kamus Oxford dan beratus-ratus anak tangga yang perlu di lalui untuk sampai ke tempat kuliah.
ah....tangga-tangga kejayaan.....hehehe.

aku mengeluh?... tidak...

bukankah kita telah lama perlu kembali kepada fitrah dan MOTIF utama kenapa kita diciptakanNYA.
bersusah-susah dahulu dan bersenang lenang kemudian...orait

jadi....cik ROSITAH BINTI MAJIN
tabahkan hati dalam pendakian menuntut ilmu.
ceChayo...ceChayo...ceChayo


Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

Perlukah Cinta???


Perlukah cinta???
Mungkin kerana cinta kita bahagia...sampai bila bahagia???
Selamanya???
Atau sekadar cuma beberapa ketika??? Apa yang menjadikan kita gila??? Itu adalah cinta...
Cinta sekadar mungkin tidak gila...tapi siapa yang menggilakan kita??? Cinta??? Atau kita yang menggilakan cinta???

Cinta banyak berkorban kerana itu cinta makin berani berkata-kata...awak cintakan saya??? itu cinta??? atau itu gila??? Cinta telah semakin berani dengan mempersendakan hukum cinta sejati...apakah cinta??? Cinta itu buta??? Cinta itu tak kenal siapa??? Tapi kenapa ada yang mengatakan 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'??? Cinta semakin hebat bila suka sama suka...Cinta makin menjadi bila sama-sama hanyut bersama lautan cinta...apakah cinta itu salah??? atau cinta itu alpa??? Cinta semakin gila bila bersama-sama...Apakah cinta itu salah??? Cinta semakin bergelumang dengan noda dan dosa...ya cinta itu salah...tapi apakah cinta itu salah??? Tidak...cinta tidak salah...yang salah adalah kita...

Mungkin kerana bukan kerana cinta...tapi kerana kita...yaa...kita lupa Mencintai Allah s.w.t yang telah Menciptakan kita dan juga seluruh alam semesta...maka marilah mendapatkan cinta Allah semoga kita semua  
bahagia selama-lamanya...marilah kita mencintai Allah s.w.t dan Rasul-RasulNya...

Perlukah cinta??? Ya...kita perlukan Cinta Allah kepada kita...Allahuakhbar...kami perlukan cintaMu ya Allah...




Tahukah anda.. tentang kebetulan?





PERNAHKAH … Saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba kamu terpikirkan ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?

Itu adalah Allah …
Yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk hatimu …


“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma’ruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian karena mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar …” (QS. 4 :114).

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (QS 2 :195).

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.” (QS 28 :77).



Pernahkah …
Saat kau sedang sedih … kecewa … tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?

Itulah saatnya di mana Allah … ingin agar kamu berbicara padaNYA …


“Ya’qub menjawab: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tiada mengetahuinya.” (QS. 12 :86).



Pernahkah …
Kamu tanpa sengaja memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu dan tiba-tiba orang tersebut muncul atau kamu bertemu dengannya atau menerima telepon darinya?
Itu adalah Kuasa Allah yang sedang menghiburmu. Tidak ada namanya kebetulan …

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” (QS. 3:190-191).


Pernahkah …
Kau berada dalam situasi yang buntu semua, terasa begitu sulit, begitu tidak menyenangkan … hambar … kosong … bahkan menakutkan …?


Itu adalah saat di mana Allah Swt. mengizinkan kamu diuji, supaya kamu menyedari KewujudanNYA. Kerana Dia tahu kamu sudah mulai melupakanNYA dalam kesenangan …

“Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” (QS. 47 :31).
“Dan Sesungguhnya Kami merasakan kepada mereka sebahagian azab yang dekat (di dunia) sebelum azab yang lebih besar (di akhirat), mudah-mudahan mereka kembali (ke jalan yang benar).” (QS. 32 :21).


Sering Allah Swt menunjukkan KASIH-SAYANG dan KUASANYA di dalam area, di mana saat manusia merasa dirinya tak mampu.
Apakah kau pikir tulisan ini hanya kebetulan terbaca olehmu …?
TIDAK! Sekali lagi TIDAK ada yang kebetulan …


Beberapa saat ini tenangkanlah dirimu …
Rasakan kehadiran-Nya …


Dengarkan suara-Nya yang berkata: “Jangan Khawatir, AKU ada disini bersamamu ..!”
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” (QS. 2 :214).

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (QS 2 :186).

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.” (QS 50 :16).

Tersenyumlah …
ALLAH KNOWS what is the BEST for you ..
Because ALLAH loves you more than you love yourself …

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. 2 :216).

“Katakanlah: “Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi.” Katakanlah: “Kepunyaan Allah.” Dia telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya. Orang-orang yang meragukan dirinya mereka itu tidak beriman.” (QS. 6 :12).


Wallohu A’lam Bishshowwaabb. [sudah tahukah anda]









Cabut gigi kerana Rasulullah SAW

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
entry pertama dibulan puasa tahun ni, aku kembali hanya untuk mendendangkan sebuah kisah Hamba Allah yang begitu besar cintanya kepada Nabi Muhammad SAW. Sebahagian dari kita mungkin tahu dan masih ingat kisah ini, sengaja aku memautkan ingatan sebentar betapa indahnya cinta itu. Ingatkan kalian pemuda yang bernama Uwais al-Qarni, dirinya cukup terkenal dan namanya seringkali menjadi sebutan penduduk langit kerana martabatnya yang tinggi disisi Allah hanya. Subhanallah


PADA zaman Rasulullah SAW berlaku sebuah kisah seorang hamba Allah yang hidup penuh takwa. Dia menyara hidup dengan memelihara unta kepunyaan saudaranya di sebuah daerah di Qarni.Sehinggalah pada suatu hari Uwais al-Qarni yang duduk seorang diri menerima khabar Rasulullah SAW sedang berhadapan dengan peperangan Uhud.

Dia mendapat tahu bahawa gigi Rasulullah SAW patah dalam pertempuran itu. Bagaimanapun, dia tidak tahu bagaimana dia boleh menerima berita itu.Kerana pada ketika itu tiada seorang pun yang menghantarkan berita kepadanya. Dia yang hidup dalam kesucian menerima berita itu secara ghaib.Selepas mendapat berita itu, Uwais mencabut sebatang giginya untuk merasai sendiri betapa sakit yang ditanggung oleh Rasulullah SAW yang mengalami kepatahan gigi. Begitulah besarnya rasa cinta Uwais terhadap Baginda.

Berdasarkan riwayat, Uwais hanya bertemu sekali dengan Rasulullah SAW iaitu ketika Baginda berangkat ke medan Perang Uhud. Dia bukan saja menjaga unta saudaranya malah terpaksa menjaga ibunya, kerana itulah dia tidak dapat bertemu dan mengikuti Baginda sekali lagi dalam medan perang.

Bagaimanapun, dia sempat meninggalkan pesanan kepada isteri Rasulullah SAW bahawa dia akan datang untuk menemui Baginda. Apabila Rasulullah SAW pulang dari medan peperangan Baginda pun bertanya kepada isterinya adakah sesiapa yang datang hendak menemuinya. Isteri Rasulullah SAW pun menyampaikan pesanan Uwais."Adakah engkau melihatnya," tanya Rasulullah SAW. Jawabnya: "Saya hanya melihat belakangnya.""Maka Rasulullah SAW bersabda: "Engkau akan masuk syurga kerana memandangnya begitu."Ketika Rasulullah SAW berada di katilnya ketika saat akhir hayatnya, Rasulullah SAW berpesan kepada isterinya supaya baju yang sedang dipakainya itu diberikan kepada Uwais.

Saidina Umar dan Ali sentiasa bertanya kepada orang ramai sekiranya ada di antara mereka di situ yang berasal dari Qarni.Tiba-tiba seorang lelaki tampil ke hadapan dan menyatakan kesanggupannya untuk membawa kedua-dua sahabat itu ke wilayah Qarni.Kemudian mereka berangkat ke Qarni dan menanyakan penduduk di situ nama yang disebutkan Rasulullah SAW.

Penduduk kampung terkejut apakah sebabnya dua sahabat besar Baginda hendak menemui pengembala unta yang tidak terkenal dan dikatakan gila itu. Apabila tiba di rumah Uwais, dia sedang khusyuk sembahyang. Selepas selesai dia ternampak dua sahabat itu sedang memerhatikannya dan berkata: “Sesungguhnya inilah kali pertama ada orang melihat aku bersembahyang." Kedua-dua sahabat memperkenalkan diri selepas memberi salam kepadanya.

Sahabat bertanya kepada Uwais: "Jika tuan sayang kepada Rasulullah SAW mengapa tuan tidak selalu menziarahinya ketika dia masih hidup". Uwais tidak menjawab pertanyaan sahabat itu sebaliknya dia bertanya pula sama ada mereka turut menyertai Baginda ke Perang Uhud. Jika benar turut sama bertempur adakah mereka tahu gigi Rasulullah SAW yang mana satukah yang patah dalam pertempuran itu.

Saidina Umar tertarik dengan kesederhanaan pemuda itu lalu meminta Uwais mendoakannya. Uwais menyatakan setiap kali selepas dia sembahyang dia tetap mendoakan keampunan dan kesejahteraan untuk semua kaum Muslimin."Sekiranya engkau takwa kepada Allah dan mentaati segala ajaran rasul-Nya, maka engkau akan terima berkat doaku di akhirat kelak."Kedua-dua sahabat itu kemudian meninggalkan tempat itu dengan perasaan puas selepas berjaya menemui dengan orang yang disebutkan Rasulullah itu. Uwais adalah orang yang tidak dikenali oleh penduduk dunia tetapi besar kedudukannya di sisi penduduk langit.

Bauan najisnya menjadi seharum kasturi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Entry hari ni sekadar berkongsi sebuah cerita yang mungkin anda pernah dengar, tapi tidak ada salahnya kan kita kembali memautkan ingatan untuk mengutip hikmah dan pengajaran yang ada. InsyaAllah..



-Kisah pemuda yang takut zina-

ianya berkenaan seorang pemuda yang tampan dan segak yang cuba diperdaya dan digoda oleh seorang wanita yang telah lama menaruh hati kepadanya. wanita tersebut telah menjerat pemuda itu dengan mengugut jika pemuda terbabit tidak mengikut perintahnya (berbuat zina) .. wanita itu akan menjerit meminta tolong agar semua penduduk tahu bahawa pemuda itu berniat tidak baik terhadapnya.


namun, pemuda tersebut yang tulus hatinya telah mendapat satu idea dimana pemuda itu meminta izin untuk pergi kebilik air dan dalam masa yang sama, pemuda itu menyuruh wanita itu bersiap-siap. pemuda itu menbuang air besar dan melumurkan najisnya keseluruh badannya. alangkah terkejutnya wanita itu dan dengan rasa jijik, pemuda tersebut dihalau.

setelah terlepas daripada keadaan itu, pemuda tersebut ingin pulang ke rumah untuk membersihkan diri dan dalam masa yang sama, azan juga berkumandang. dengan bauan yang tidak enak ditubuhnya setelah membersihkan diri tadi, pemuda itu terus menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya.

Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi.

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. KUATKANLAH HATIMU DENGAN AYAT-AYAT SUCI DARINYA.

takutlah dengan azab Allah
"lahirkanlah keikhlasan dihatimu"

wallahualam Bissawab

Lelaki yang dirindui_ Syabab Musafir kasih

salam pertemuan, 

Kalau anda kenal dengan penulis Fatimah Syarha Mohd.Noordin, anda pasti kenal dengan karya-novelnya yang cukup hebat bertajuk ''Syabab Musafir Kasih''. Tapi kali ini aku bukan ingin bercerita tentang jalan cerita mahupun sinopsis Syabab, cuma ingin berkongsi sebuah puisi menarik yang dipetik dari novel tersebut. (kalau mahu tahu ceritanya, sila baca novel...hehe) 
Puisi ini menampilkan situasi realiti pemuda akhir zaman, ia cukup sinis memberi bibit-bibit kesedaran dan motivasi kepada insan yang bernama lelaki. 

ayuh jom.. hayati bersama...



Dulu
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira


Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi


Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi


Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita


Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga


Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda


Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama


Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya


Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah


Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah


Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh


Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh


Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh


Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul


ambil yang jernih, buang yang keruh..
sekadar perkongsian.. jap nanti aku akan cari tentang 'wanita' pulak..
yang penting jaga diri hiasi peribadi. Lelaki atau wanita masing-masing berperanan sebagai pembela agama dan bangsa. Ayuh perbaiki diri lagi, pengajaran untuk diri juga. yeah...

p/s: mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan terima kasih buat admin ke-2 BNM.. Zack Hazze, terima kasih kerana sudi melemparkan idea penulisan anda disini. Jangan lupa hayati puisi tu baik2 yea..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...