~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~The Word Inside the Word~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Apa kita Nak Jawab?

Bismillahirrahmannirrahim..

Selama ini dimata para pembenci Islam..Nabi Muhammad SAW digambarkan sebagai seorang pedofil kerana menikahi Aisyah yang berusia muda. Bagaimana seharusnya kita bersikap sebagai seorang muslim ketika menghadapi tuduhan atau hinaan kaum kuffar terhadap nabi kita seperti ini? Baiklah..tulisan ini saya kutip dari salah satu video ceramah Yusuf Estes, seorang ulama dan pendakwah dari Amerika Syarikat, semoga dapat memberi pengajaran bagi kita bagaimana seharusnya kita bersikap dan berhadapan dengan seseorang yang menghina Nabi Muhammad SAW..
............beliau menceritakan.......

“Ketika aku berceramah di Universiti George Mason. Seorang non muslim menghampiri dan bertanya kepadaku “Apa yang akan kau katakan tentang seseorang yang berumur 53 tahun yang berhubungan seks dengan seorang anak berumur 6 tahun?”

Ketika dia mengatakannya, aku hampir pengsan kerana aku tidak percaya ada orang yang berkata sesuatu seperti itu. Aku merasa sangat marah, aku beri jubahku kepada seorang syeikh yang ketika itu sedang bersamaku,”Tolong pegang jubahku, aku mahu ajar orang ini!”

Aku berkata kepada orang yang bertanya itu “Apakah pertanyaanmu adalah pertanyaan retorik? Jika anda bertanya sekadar menghina Rasulku, aku akan menyeretmu ke belakang dan aku akan memenggal kepalamu!”
Dan dia berkata,”Bukan, bukan, bukan. Ini hanya pertanyaan retorik.”
“Kalau begitu, pertanyaan ini tidak memerlukan jawapan” kataku.

Tidak ada seorang muslim pun yang akan bersetuju dengan perkataannya, Kerana kita tahu Rasul kita tidak akan melakukan hal seperti ini.

Akhirnya aku menemui para ulama dan bertanya kepada mereka bagaimana aku seharusnya menjawab pertanyaan seperti ini. Mereka berkata,”Pertama sekali, jangan marah.” Kerana tercatat dalam hadits Nabi “La taghdab” (jangan marah). Pernah seseorang berkata pada Rasulullah, “Berikan aku nasihat.” Kata Rasulullah, “La taghdab,” dan kemudian, “La taghdab, la taghdab.”
Jangan marah dan cuba bertenang.

Yang kedua adalah, jika anda tidak tahu jawapannya, maka katakan  “saya tidak tahu”. Tetapi berbaik dan ramahlah pada mereka,

Tak lama, sekali lagi aku bertemu orang yang sama. Kali ini aku yakin sudah bersedia untuk berhadapan dengan persoalannya. Walaupun pertanyaannya berbeza namun amat jelas kata-katanya hanya untuk menghina Rasulullah kerana dapat dilihat dari cara dia mengatakannya. Tetapi kali ini aku berkata, “Terima kasih kerana bertanya tentang agamaku.
” Dia terkejut. Dia tidak menduga hal itu. Dia sangkakan aku akan marah."
Kemudian aku berkata kepadanya “Sebagai muslim aku tidak boleh berbohong. Jika aku berbohong, aku akan masuk neraka. Dan jika aku tidak berkata benar, jika aku salah, kau boleh memeriksanya. Kerana segala sesuatu tentang Islam telah tersimpan dan terpelihara 100% didalam Al-Qur’an dan Hadits yang kami miliki hingga ini sama seperti yang kami miliki pada ratusan tahun yang lalu. Jadi jawapannya ada di sana. Sangat mudah bagi engkau menemukan jawapannya”

Aku bertanya lagi “Jika kau mendengar jawapanku dan kau suka dengan jawapan itu hingga berkata, “Itu lebih baik daripada apa yang pernah aku dengar”, apakah engkau bersedia untuk melakukan perubahan untuk menjadi lebih baik?” Dia berkata, “Ya.”
 Maka akupun memberikan jawapannya.

“Pertama sekali, di dalam hadith Bukhari mengatakan Aisyah berumur 6 tahun, ketika dia sedang bermain, ibunya datang kepadanya dan kemudian membawanya masuk ke dalam rumah bertemu ayahnya. Ayahnya melakukan tradisi yang selalu menjadi sebahagian dari tradisi Arab. Dia menawarkan anak perempuannya untuk bernikah dengan teman baiknya, seorang pemimpin, seseorang yang sangat penting baginya. Dia berkata kepada Rasulullah, “Aku ingin kau menikahi anakku.”

Kemudian apa yang terjadi? Aisyah kembali keluar dan terus bermain bersama rakannya. Didalam hadith ini langsung tidak disentuh perkataan ‘seks’. Darimana kalian mendengar kata “seks” di sana? aku pikir kalian terlalu banyak melihat halaman utama sebuah tabloid dan majalah remaja dengan huruf s.e.x terpampang di sana.

Hadith lain mengatakan Aisyah berusia lebih matang, ibunya membawanya kepada ayahnya dan kemudian ayahnya menawarkan pernikahan. Didalam Al-Qur’an, Allah berfirman pada surah An-Nisa ayat 19. Dengan jelas dinyatakan, “Hai orang-orang yang beriman, kalian tidak boleh menikahi wanita dengan paksaan”. Ini salah satu syarat bagi wanita untuk bernikah, dia haruslah cukup matang untuk mengetahui dan memahami apa yang sedang terjadi, dan cukup baligh untuk mempunyai anak. Selain daripada itu dia tidak boleh bernikah. Itu pernikahan ilegal dalam Islam.
Ya atau tidak?”
Meskipun Aisyah bertunang pada usia yang masih muda, tetapi mereka tidak bernikah hingga Aisyah cukup umur dan matang.

Orang yang bertanya tadi hanya mengangguk dan berkata, “Aku tidak tahu itu.”

Hal ini terjadi lagi ketika aku berada di Chennai. Seseorang mengatakan hal yang sama dan aku memberitahu mereka dengan cara yang sama. Aku berikan mereka pula pertanyaan, "Apakah semua yang anda  dengar tentang pernikahan Aisyah itu adalah berasal dari Aisyah sendiri.? Dalam kira-kira 2600 atau 2200 hadits dari Aisyah, apakah Aisyah hanya mengatakan perkara dan hal yang baik-baik tentang suaminya, Muhammad SAW. Ya atau tidak?
Bila aku lihat mereka menunduk tidak memberikan sebarang respon, lantas aku terangkan:.

Ya! Aisyah selalu mengatakan kebaikan tentang suaminya. Bahkan, dia selalu memuji dan mencintai Rasulullah. Aisyah juga bercerita ketika dia masih muda, dia selalu berlumba lari dengan suaminya dan suaminya selalu sengaja memenangkannya. Aisyah juga ada berkata, “Aku semakin tua, berat badanku bertambah sehingga akhirnya Nabi Muhammad dapat mengalahkanku dalam lumba lari” Aisyah juga biasa menggoda Rasulullah dan memainkan beberapa permainan bersama baginda. Tetapi tetap saja Nabi Muhammad SAW adalah seorang suami yang sangat penyayang kepada Aisyah hinggalah baginda wafat.

Nabi Muhammad meninggal di rumah Aisyah dalam keadaan kepala baginda berada di ribaan pangkuan Aisyah. Namun apa yang Aisyah lakukan terhadap baginda? Aisyah memegang berus gigi, dia membuka mulut Nabi SAW dan kemudian membersihkan gigi baginda kerana dia begitu mencintai baginda.
Di sepanjang hidupnya, Aisyah selalu bercerita tentang baginda dan tidak pernah mengucapkan satu pun perkataan buruk tentang suaminya.

Soalan aku sekarang, “Di zaman ini, beritahu padaku siapa wanita yang tidak pernah bercakap buruk tentang suaminya? Apakah kalian tahu satu wanita saja yang dapat melakukannya selama satu tahun? Atau satu bulan? Atau satu minggu? Mungkin belum sehari dia sudah berkata buruk tentang suaminya.
sedangkan Aisyah r.a tidak pernah mengucapkan satu kata buruk pun tentang suaminya. Ya atau tidak?

Aisyah tidak pernah mencari pengganti suaminya sepanjang hidupnya. Dalam hati dan pikirannya dia hanya menikahi Muhammad SAW, dan mereka akan bersama di Jannah dan hidup bahagia di sana selamanya.

Pernahkah kalian mendengar kisah cinta terbaik seperti ini? Ataukah kalian lebih menyukai cerita yang ditulis oleh Shakespeare tentang Romeo dan Juliet di hari Valentine? Membicarakan tentang, “Oh, betapa kisah cinta yang mengagumkan Romeo dan Juliet!” Sepasang kekasih yang bercinta dan berakhir dengan bunuh diri? Menurut agama Yahudi, Kristian dan Islam, mereka pasti masuk neraka. Ya bukan?

Terdiam manusia yang bertanya tadi, demi Allah setelah itu aku menjadi saksi keislaman mereka.
Kalimat  “Asyhadu an-Laa Ilaaha Illallah wa Asyhadu an-na Muhammadar rasuulullah” akhirnya berkumandang.

Ingatlah saudara, tak kisahlah betapa beratnya pertanyaan yang diajukan kepada kita, kita bertanggungjawab untuk mewakili Islam dalam cara yang terbaik. Anda tak perlu jadi seperti Ahmed Deedat, Zakir Naik atau Yusuf Estes, jadilah diri kalian sendiri sebagai muslim yang terbaik. Aminn….


p/s: Kita tidak layak menghakimi manusia yang hidup dalam bukan zaman kita. Orang dulu-dulu bentuk fizikal dan kematangannya berbeza dengan kita sekarang. Sedangkan nenek moyang kita  ramai yang berkahwin muda, inikan manusia yang hidup ribuan tahun sebelum kita. Bayangkan orang-orang selepas kita pula menghakimi zaman kita... Adilkah?

aku tanya apa khabar..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Hari ini Khamis 26 mac 2015 waktu Malaysia.. aiseh.
Sudah terlalu lama rasanya...baru hari ini aku berkesempatan menjenguk laman blogku,
Tiada berita yang mahu dilampirkan, sekadar sapaan kepada pembaca yang menjadi teman media berkongsi cerita mahupun pendatang yang ter-klik tak sengaja pautan laman BNM ini.

Apa khabar agaknya kalian.
Mudah-mudahan segala aktiviti dalam penghidupan ini berjalan dengan baik disamping mendapat rahmah dan kasih sayang dari Allah SWT. Aminn...

Tahun lalu begitu banyak cerita sebenarnya yang ingin diluah tapi belum ada kesempatan membuka lembaran entry bertarikh 2014. Sengaja ku biarkan ia sepi..... (melayan perasaan kali)

hmm...2014, kalau dipinta komen, responku hanya satu. "semoga baik-baik saja"
ya..semoga baik-baik sahaja.
Dunia semakin tua, dan begitu juga engkau, aku dan dia...tapi benar-benarkah kita kelak sampai ke tua? entah hari ini, esok atau lusa nafas tak lepas di kerongkong.

ishh...aku masih sama dengan ayat yang berbelit-belit.

takpa-takpa...nanti aku sambung cerita...
hehehe

Ramadhanku dan Ramadhanmu

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi.

Rahmat Ramadhan menyemarak kembali
Peluang terbuka meraih redgha Ilahi
Kemaafan sesama hamba-Nya syarat diberi
Namun ada yang perlu didahului

Rangkai kata kukirim pengganti diri
kata yang mengguris hati
Setiap tingkah yang menyakiti
mudahan syarat utama dapat dipenuhi
ku mohon keampunanmu seikhlas hati
mudahan Ramadhan kali ini dapat dimanfaati
mengembalikan diri ke keadaan yang suci
 menerima rahmat dan keredhaan Ilahi
Dikurniai Syurga kejayaan Hakiki..
InshaAllah aminn...


best lagu maher zein ni. :)

Bassam al-Muslimani?



Ingatkan wartawan yang pernah terperangkap dalam konflik Afghanistan. Sebuah negara yang dilabel dunia barat sebagai sarang pengganas.
Ditugaskan membuat liputan kehidupan warga Islam di Afgan untuk mengumpul bukti-bukti keganasan.
Kuasa Allah, dia terjatuh bersama kameranya dan penyamarannya diketahui.
Ketakutan menyelubungi diri saat dia ditahan tentera Taliban dan di penjarakan.
Disangka kehidupannya akan berakhir dengan tragis.
"akankah tubuhku disiksa dan diratah dengan kejam seperti yang dilakukan tentera barat terhadap banduan...?"

Persepsinya berubah sama sekali setelah mendapat layanan baik yang diberikan. Bahkan tempat penahannya lengkap dan berhawa dingin.
Dia tidak disentuh langsung disentuh tentera lelaki bahkan bila berjumpa dengannya, mereka menundukkan pandangan.
Hidayah Allah menyapa dirinya saat melihat adab, kesopanan dan kepatuhan tentera yang tetap melaksanakan solat dan membaca al-Quran.

sejenak dia terkenang nasib banduan Islam di penjara Abu Gharib yang dilayan dan diseksa seperti binatang.

"aku harus membuka minda masyarakat..siapa pengganas sebenarnya"

Dia dibebaskan dan kembali ke negara asalnya Britain sehingga berita kepulangan tersebar. Saat media meminta dia menceritakan kembara tragedi yang dilaluinya di Afghan, mereka semua terkejut kerana ia tidak seperti yang disangkakan.

Setelah mengetahui berita pengislamannya.Tomahan demi tomahan diberi, dia dipulau dan diberhentikan kerja serta dituduh berpenyakit mental kononnya diseksa teruk dipenjara Taliban.

Namun dia menjernihkan tanggapan itu dengan membukukan kisah yang dilaluinya yang bertajuk
 "In the Hand of Taliban".
Dia kembali kepada masyarakat sebagai seorang aktivis dan pejuang Islam. Menghadiri Muktamar dan sering diundang memberikan ucapan dalam majlis-majlis gerakan Islam.



"dulu..dia menentang habisan-habisan kini dia antara tokoh zaman moden yang lantang membela Islam"
Bassam al-Muslimani atau nama yang lebih dikenali sebagai Yvonne Ridley.
Bekas wartawan terkenal Britain dari akhbar "Sunday Express".
Sungguh Hidayah Allah itu akan menyapa hati manusia-manusia yang mencari kebenaran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...